BAB 1

246 9 0
                                    

Silalah komen banyak-banyak heheh :)

***

13 tahun kemudian.

MAWARTI menyanyi kecil di dapur sambil memotong bahan mentah untuk memasak makan tengahari. Hari ni dia masak potato with beef macaroni tapi dia buat stail piza.

Pintu gelangsar dapur lutsinar dibuka untuk membenarkan udara dingin masuk ke dalam rumah walaupun cuaca di luar negatif 5 darjah Celsius. Suhu biasa di Australia. Tapi kalau waktu musim panas suhunya bisa mencanak naik sampai 40 darjah celcius. Ketika musim panas biasanya dia tak akan keluar rumah langsung, kerana dia kurang gemar dengan cahaya matahari. Pintu, tingkap, langsir akan sentiasa tertutup melainkan waktu malam kerana tak mahu cuaca panas masuk dalam rumahnya.

Ya, dia puteri lilin.

"Drop everything now, meet me in the pouring rain, kiss me on the sidewalk, take away the pain, because I see, sparks fly whenever you smile..." Lagu Taylor Swift dinyanyikan merdu olehnya.

Ah, dia bahagia hidup begini.

Bahagia bagi dia adalah tinggal di rumah yang luas dalam keadaan dia bersendirian, boleh buat apa yang dia suka tanpa perlu ada tanggapan dari manusia lain serta ada halaman yang memaparkan landskap semula jadi.

Dia keluar di belakang rumah sebentar setelah masukkan makanan dalam oven.

Ada kanggaru sesat di belakang rumahnya. Salah satu sebab dia duduk di Australia dan memilih kejiranan ini kerana kanggaru comel yang bebas di belakang rumah.

"Bunyi kanggaru macam mana pak cik? Meow ke?"

Mawarti tersentak mendengar suara kanak-kanak berbahasa Melayu di halaman belakang jirannya. Pantas dia masuk semula ke dalam rumah memandangkan dia tidak bertudung tadi. Langsir terus ditutup. Urgh, dia malas nak beramah dengan jiran di sebelah walaupun dia orang Melayu. Di sini memang ada komuniti Melayu dari Singapura dan Malaysia.

Halaman belakang rumah mereka sememangnya bersambung dan tidak berpagar untuk memaparkan padang yang luas di tepi bukit. Padang tersebut dikongsi komuniti di sini. Sebab tu kanggaru masuk padang pun mereka relaks aje.

Dah tiga bulan dia duduk sini, dan dia malas nak beramah mesra dengan jiran sebelah. Baginya tak penting.

Makanan yang sudah siap dimasak, diletak di atas meja. Dia buat air coklat panas kemudian letakkan dua ketul marshmello di atasnya.

Sempurna untuk musim bunga!

Selepas ni dia nak binge watch drama Korea lagi. Esok baru dia sunting manuskrip novel yang bertimbun.

Semalam dia tidur agak lewat kerana menonton Vincenzo Cassano dan hasilnya dia bangun setelah matahari sudah naik. Sejuk-sejuk begini seronok tidur sahaja. Tambahan pula dia uzur, memang agak lemah untuk buat kerja lain.

Rutin harian Mawarti memang begitu. Dia merupakan seorang penulis dan editor bebas yang hanya bekerja di rumah kerana faktor tertentu. Dia hanya bekerja Isnin hingga Khamis sahaja, selebihnya adalah masa untuk diri sendiri. Sebagai penulis novel, Mawarti memerlukan rehat yang cukup untuk merehatkan minda. Dia harus jaga kesihatan mental dan fizikal dengan sebaik mungkin kerana dia tinggal seorang diri.

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai wartawan. tetapi dia berhenti setelah tiga bulan. Faktor utama kerana gangguan seksual daripada bos sendiri. Kemudian dia bekerja di syarikat pengiklanan, tapi dia terlampau sibuk dan tak ada masa untuk diri sendiri. Tidak kena dengan jiwanya.

Akhirnya Mawarti memilih untuk menjadi editor dan penulis bebas dengan ijazah yang dimiliki. Dia ada mengeluarkan buku genre seram dan misteri di Australia dan alhamdulillah bukunya terjual laris. Bukunya kemudian diterjemah dalam bahasa Melayu dan berjaya menembusi pasaran di Malaysia. Bakat yang diasah selama lima belas tahun akhirnya membuahkan hasil. (Penggunaan dia terlalu banyak. Perkataan 'nya' juga terlihat kurang kemas bila dibaca di bahagian narasi. Narasi telah diubah, tetapi penulis boleh mengubah kembali ikut style sendiri jika perlu. Cuba ubah narasi supaya lebih kemas dan tidak meleret. )

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now