Bab 4

109 8 0
                                    

TING! Tong!

Arif yang baru memasukkan makanan ke dalam oven terus kelam-kabut untuk membuka pintu. Pasti itu adiknya, Aminah yang datang nak ambil anaknya semula.

Pintu dibuka, dan seorang lelaki berkaca mata, berpakaian dengan penuh cita rasa fesyen terpampang di hadapannya. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dengan wajah keliru.

Lelaki yang tak dikenali itu menurunkan cermin mata. Sepasang mata biru, dan mukanya penuh karisma persis model majalah. "Kau siapa?"

"Hah?" Arif mengerutkan dahi. "Kau yang datang rumah aku, tanya aku siapa pula." Gumam Arif perlahan.

"Ini rumah aku, kau Israel ke? Tiba-tiba datang rumah orang tanya macam tu?" Sergah Arif balik.

"Oh sorry." Lelaki itu tersengih dan sekali gus menampakkan lesung pipitnya. "Orang Melayu, kan? Saya tengah cari rumah nombor 15."

"Oh, ni rumah nombor 14. Nombor 15 sebelah. Rumah sebelah tersorok sikit sebab ada pokok besar." Walaupun curiga dengan lelaki itu, Arif tetap menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Jiranlah ni dengan orang sebelah!" Teruja lelaki itu. Tiba-tiba dia mengeluarkan kad dari poket depan kemudian diberikan kepada Arif. "Nama saya Chad, kalau perlukan jurugambar boleh panggil saya."

"Okay... that's so random." Pelik pula dengan Chad tiba-tiba peramah.

"Lepas tu, kalau ada apa-apa berlaku dekat jiran sebelah rumah awak ni bagi tahu je saya. Tolong tengokkan dia tau. Kita kan orang Melayu kena saling membantu dekat negara orang. Dia memang introvert sikit, tapi dia baik." Tambah Chad lagi.

"Ohhh... I see..." Arif mengangguk serba tahu dengan senyuman sinis. "So you're one of her guys."

"Well, I guess..." Chad tergelak sambil angkat bahu.

"So you know she has many guys?" Terkejut Arif dengan jawapan Chad yang bersahaja.

"Wait, what?" Kali ni Chad pula tak faham apa yang Arif cuba sampaikan. "She has a boyfriend?"

"Bro, let me tell you. You deserve better. Just ditch her and find someone better." Arif tepuk bahu Chad.

"Kau kacak bro, pergi cari perempuan lainlah." Dia tergeleng-geleng kepala lagi.

"Semalam dia bawa dua lelaki masuk rumah. Lepas tu aku nampak lelaki tu bagi dia duit setiap kali dia keluar rumah. Aku nasihatkan kau ni, dia bukan perempuan yang baik-baik kalau kau betul serius. Perempuan tu banyak sugar daddy."

"Ohh sugar daddy." Chad mengangguk. "Kau ni baguslah, dia baru pindah kau dah kenal jiran kau macam mana."

"Well, of course." Lagak Arif bangga.

"Mana kau tahu semua ni? Ada bukti?" Pancing Chad lagi. Cuba dapatkan maklumat.

"Bukti dia ..." Arif berfikir sejenak sebelum tiba-tiba ada sebuah kereta mewah lalu di hadapan rumahnya kemudian bergerak ke rumah jiran sebelah.

"Tuuu sugar daddy dia yang pertama dah sampai." Dia ajak Chad supaya bergerak ke tepi pokok bunga untuk mengintai jiran sebelah.

Seorang lelaki keluar dari kereta mewah tersebut kemudian menekan butang loceng jiran sebelah.

"Lelaki tu ke yang bagi dia duit tu?" tanya Chad dalam nada berbisik. Dia pun turut serta mainkan peranan.

"Haah lelaki tulah!" Jawab Arif pantas. "Tapi ada lagi satu lelaki naik superbike. Badan dia bulky."

"Ohh dia pun selalu datanglah?" Chad pura-pura tanya.

"Haah, dia pun."

"Macam mana aku nak percaya dekat kau eh?" Kening Chad ternaik. "Entah-entah kau sengaja nak burukkan adik aku sebab kau tak nak ada lelaki lain datang dekat dia."

"Takkanlah aku nak tipu..." Arif terdiam seketika. "Kau cakap apa? Adik?"

"Woi Chad!" Satu suara garau menegur dari belakang mereka. Seorang lelaki dengan badan sasa berpeluk tubuh memandang Chad dengan Arif di tepi pokok bunga ros dengan gaya mengendap.

"Kau buat apa dekat situ?"

"Abang Badang!" Chad tergelak kecil. Dia terus bangun dari gaya mengendap tadi. "Bila sampai?"

Abang Badang pandang Arif yang keliru di tepi pokok bunga ros. "Siapa budak ni?"

"Ohh niii... Jiran adik. Dia fitnah adik ada sugar daddy." Chad tarik belakang baju Arif suruh bangun. Muka Arif terus biru.

"Suka hati je eh kau tuduh perempuan yang baik-baik sebagai penzina. Kalau ni zaman Rasulullah kau ni dah kena sebat 80 kali dah."

"Dia cakap adik apa?" Mata Abang Badang terus mengecil. Makin kecut perut Arif bila Abang Badang sudah datang mendekat. Tanpa ditangguh, telinga Arif terus dipiat.

"Kau cakap apa dekat adik aku? Kau ni pervert eh? Mengintai-ngintai adik aku! Lepas tu tuduh dia berzina!"

"Aaaaaaaa!" Arif terjerit kecil. "Ampun bang!!!"

"Pukul je bang!" Chad makin galak mengusik Arif bila Arif dah ketakutan. Tangan Arif dikunci dari belakang tak bagi lari seolah-olah suruh Abang Badang pukul Arif sampai lunyai.

"Woi-woi kau orang buat apa ni?" Abang Aqil sergah tiba-tiba.

Abang Badang yang baru mengacah nak tumbuk perut Arif terus terhenti. "Dia fitnah adik ada sugar daddy." Macam kaki mengadu perangai masing-masing.

"Dahlah tak kenal siapa adik, lepas tu dia selalu intai adik buat apa, jumpa siapa, lepas tu tuduh kita sebagai sugar daddy adik."

"Sorry bang, janji tak buat lagi. Mana tahu dia adik abang." Arif cuba mempertahankan dirinya.

Chad menghantar kenyitan mata kepada Abang Aqil di belakang Arif. Abang Aqil menahan tawa dengan muka garang.

"Sorry naik lori! Maruah adik aku dah tercalar sebab kau! Sekarang macam mana kau nak tebus kesalahan kau?"

Abang Aqil juga turut serta masuk dalam sketsa yang dicipta Badang dan Chad untuk kenakan Arif yang penakut. Kelakar pula dengan mimik muka Arif.

"Saya... Saya janji akan jaga adik abang. Kalau ada apa-apa berlaku saya report dekat abang."

"Konon! Kau sebenarnya nak intai adik aku kan?"

"Sumpah tak, bang!" Arif buat muka nak nangis. "Saya... Saya janji tengokkan dia, kalau dia lapar saya bagi dia makan."

"Ingat adik aku anjing kelaparan ke?" Abang Badang makin mengacah nak tumbuk Arif. Terjerit Arif dekat situ.

"Apa benda bising-bising ni?" Mawarti yang lengkap bertudung terus keluar dari rumah. Sekali gus, mata Arif dan Mawarti bertembung.

Arif terkesima seketika. Dia terkejut melihat gadis bertudung merah di hadapannya ini. Ini merupakan pertama kali dia menatap wajah Mawarti depan-depan. Mawarti cantik! Seindah bunga mawar merah yang ditanam di tepi rumahnya.

"Mawarti..." Bisik Arif perlahan. Walaupun begitu, Mawarti tetap mendengar suara itu jelas.

"Kau siapa? Macam mana kau tahu nama aku?"

"Mawarti anak Yusuf." Nyata Arif tiba-tiba. Dia menarik lengannya dari genggaman Chad.

Abang-abang Mawarti hanya memandang dengan wajah keliru.

****

Jeng jeng jenggg! Dramatic zoom in zoom out ahfdhafvbakb

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now