Bab 16

185 7 0
                                    

TUBUHNYA lengkap dengan hud tebal dengan seluar kapas yang tebal, nampak seperti perempuan gemuk dari dalam cermin. Mawarti mengeluh kecil. Badannya memang susah nak gemuk, lemak pun tak banyak, sebab tu kena pakai baju tebal. Walaupun sekarang musim bunga, tapi bagi Mawarti setiap hari sejuk melainkan musim panas. Kalau musim sejuk datang pula, dia orang pertama yang berbungkus macam pocong, duduk bawah selimut dengan pemanas, nak keluar rumah jauh sekali. Tapi dia suka cuaca sejuk.

Hari ini dia terpaksa keluar rumah untuk berjumpa dengan rakan kongsinya dan juga selaku penerbit buku-bukunya.

Selendang warna merah dibetulkan. Lipstik yang hanya menampakkan warna merah bibir dicalit sedikit. Senyumannya menyeringai. Padahal dia setakat nak pergi depan rumah aje, sebab 'dia' akan datang ke rumah Mawarti. Langkah ringan ke luar rumah bila deruman enjin itu kedengaran. Tersengih Mawarti bila nampak sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dengan pakaian gaya dandy yang sangat memukau. Penuh karisma lelaki itu membuka pintu kereta bergerak ke pagar depan rumah Mawarti. Laju Mawarti keluar dari rumah.

"Wei Mawar..." Arif yang kebetulan berada di hadapan rumah, sudah mengangkat tangan ingin menegur Mawarti, tapi gadis itu sudah lari berdesup ke pagar rumah, tak hiraukan dia. Rasa macam batu pula tiba-tiba.

"Benjamin!" Mawarti terjerit girang.

"Mawarti!" Benjamin juga terjerit sekali.

Arif tercengang. Rasanya itu pertama kali dia nampak Mawarti tersenyum selebar dan semanis itu. Fikirnya mereka akan berpeluk kemudian berpusing-pusing macam dalam drama, tapi Mawarti berhenti betul-betul satu meter di hadapan lelaki yang tak dikenali itu.

"Sekejap, aku ada surprise untuk kau." Benjamin berlari-lari anak ke arah bonet kereta, kemudian bonet dibuka. Di dalamnya penuh dengan kotak hadiah yang berbagai-bagai. Ada juga hadiah dalam bentuk hamper, beberapa jambak bunga asli yang mengancam.

Dagu Arif jatuh. Matanya sudah tajam memandang Benjamin. Siapa pula Benjamin ni senang-senang je datang nak pikat Mawarti pakai hadiah. Matanya merenung Mawarti cuba menduga reaksi gadis itu, pasti gadis itu akan menolak. Mawarti kan dingin dengan lelaki. Dia tersenyum serba tahu.

"Banyaknya! Untuk aku ke semua ni?" Tangan disatukan kemudian dibawa ke pipi kanan dengan wajah yang terharu. "Thank you!"

Arif nyata terkejut dengan reaksi itu. "Oh kau, aku bagi sandwic murah kau pandang sebelah mata je eh."

Benjamin hanya tergelak kecil. "Aku tak buat apa pun, ini semua hadiah dari peminat kau."

"Wahh baiknyaaa!" Mawarti mengesat air matanya yang turun. Bukan menangis, tapi kalau dia terlebih bahagia automatik air mata turun.

"Nah." Sejambak bunga ros dihulur kepada Mawarti.

"Orang ni suruh bagi dekat tangan kau sendiri."

"Siapa?" Hidungnya menghirup udara jambangan bunga itu. Ingin sahaja dia buka mulut kemudian makan semuanya. Tapi Benjamin ada, nanti tak sopan pula. Dah jadi gila bunga ros dia.

"Peminat nombor satu kau."

Dengar sahaja ayat itu, Mawarti membuka kad yang diselitkan pada bunga itu. Ada merpati putih yang dilukis tangan, dengan kapsyen,

"Terbanglah setinggi mana pun, saya sentiasa ada untuk melabuhkan sayap. Kalau penat terbang, berehatlah sebentar. Don't push yourself too hard."

Kapsyen yang sama dari peminat yang sama. Peminatnya cuma tukar ayat bawahnya sedikit sahaja, tapi ayat atas itu dibiarkan. Contoh dua bulan lepas dapat ayat,

"Terbanglah setinggi mana pun, saya sentiasa ada untuk melabuhkan sayap. Kalau lapar, turunlah sebentar makan sebelum sambung terbang." Kadang Mawarti dapat ayat berkenaan burung, terbang, langit, angin, elemen yang sama, seolah-olah peminatnya cuba menggambarkan yang Mawarti ini tak ubah seperti seekor burung.

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now