ARIF hanya memandang langit yang ditaburi gugusan bintang yang bersepah. Bersepah, tapi masih lagi lawa. Persis hidupnya. Bersepah, tak teratur, diri sendiri pun keliru ingin menghala ke arah mana, dia tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan, hanya berjalan di jalan yang ada di hadapannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu lalu jalan yang berserabut itu. Tapi setelah semuanya selesai, dan dia berpusing ke belakang melihat semula jalan yang dilalui, ia membentuk satu gambaran yang indah, macam bintang. Dia baru sedar perjalanannya dipenuhi hikmah bila semuanya telah berakhir.
Bintang ialah kisah silam, kesan sejarah yang kita lihat hari ini. Ada bintang cahayanya baru sampai ke bumi setelah berjuta tahun. Dan sekarang kita sedang menyaksikan cahaya yang dipantulkan setelah berjuta tahun. Semua yang kita lihat hari ini realitinya kisah lampau. Termasuk matahari yang merupakan bintang paling hampir dengan bumi. Cahayanya mengambil masa kira-kira 8 minit 20 saat untuk sampai ke bumi. Cahaya yang kita rasa di pagi hari, merupakan cahaya 8 minit yang lepas. Mungkin kerana sifat manusia begitu, hanya nampak sesuatu itu cantik bila perkara itu telah berlalu pergi. Baru sedar perjalanan yang sukar penuh pancaroba itu mampat dengan hikmah setelah masa meninggalkan.
Ah, mindanya semakin merepek.
Arif memukul kepalanya sendiri.
Lama dia merenung keindahan ciptaan Tuhan dari atap rumahnya, layan blues. Album Evermore dan Folklore bergema di telinga menemani malamnya yang sunyi.
Ten! Ten! Ten!
Earphone terus ditanggalkan. Mata terus menghala ke tingkap bilik Mawarti yang lampunya masih menyala walaupun hari sudah lewat malam. Apalah gadis itu buat malam-malam, bising beno.
"Woi Mawarti!"
Tingkap bilik Mawarti terus terbuka. Kepala Mawarti yang hanya bersarung hud terjenguk ke luar tingkap memandang ke kiri dan ke kanan. Lucu gadis itu.
"Ataslah." Arif tergeleng kepala.
Mawarti dilihat sedang mengetatkan hud yang dipakai supaya bahagian leher tidak kelihatan, mungkin tak menyangka Arif berada di situ.
"Kau buat apa atas tu? Nak bunuh diri jauh sikit dari rumah aku, nanti bau bangkai menyusahkan aku pula."
Arif menggolek mata tanda menyampah.
"Diamlah, kau ni malam-malam bising buat apa?"
"Praktis main piano." Mawarti membalas.
"Untuk?" Kening Arif terangkat.
"Saja. Belajar main piano merupakan salah satu perkara yang aku nak buat bila aku dah ada banyak duit dan ada masa lapang." Bahagia sahaja Mawarti tersenyum. "I have a wish list of 100 things to do before I die."
"You're going to die?" Kaget Arif mendengarnya. Dia terus terbangun dari baring di atas atap.
"Semua orang akan mati Arif, kenapa kau tanya seolah-olah kau Goblin?" Mantul Mawarti semula.
"Taklah, aku terkejut, mana tahu kau ada penyakit ke ... Terkejut aku." Entah kenapa Arif rasa lega tiba-tiba.
"Kalau aku mati pun, apa masalahnya?"
"Sekejap," Arif meraup wajahnya. Dia memandang Mawarti dengan wajah serius. "Takkanlah selama ni kau halau abang kau, dingin dengan semua orang sebab kau tak nak ada orang sedih dengan kematian kau?"
"Boleh jadi." Tenang sahaja Mawarti menjawab.
"Kau tak perlu buat semua tu Mawarti, kau tak jauhkan diri pun orang dah menyampah dengan kau. Try hard sangat nak orang benci."
YOU ARE READING
Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)
ChickLitINTROVERTS DON'T MAKE FRIENDS, THEY GET ADOPTED BY EXTROVERTS Hidup di Victoria, Australia merupakan satu perkara yang sukar buat seorang perempuan. Tapi tidak bagi Mawarti, gadis introvert yang hanya keluar rumah 3 bulan sekali. Seorang penulis dan...