"Kamu memang dah malukan kami!"
Terduduk Yumi mendengar jerkahan dari bapanya itu. Gaun pengantin yang tersarung digenggam erat sambil dia cuba menahan tangis.
"Appa, Yumi minta maaf. Yumi tak tahu kenapa dia buat macam tu," ujarnya sedikit gugup.
"Kamu tak bergaduh dengan dia kan Yumi?" soal Puan Lee.
"Tak Omma. Kami okay je,"
"Nampak sangat dia memang bermasalah. Dia ingat keluarga dia kaya raya, dia boleh buat sesuka hati dia? Itu lah kamu, Appa dah pesan fikir baik-baik sebelum buat keputusan. Sekarang tengok, keluarga kita juga yang dapat malu!"
"Sudah lah tu. Awak tu baru je sihat, tak elok marah-marah," Puan Lee mengusap bahu suaminya.
"Macam mana saya tak marah! Kita ni, anaknya dia sorang sahaja. Mesti lah nak majlis yang meriah, alih-alih, dia malukan kita!"
Yumi menahan air matanya. Semua itu memang salah dia.
"Appa, Yumi-,"
"Pergi balik rumah kamu! Buat masa sekarang, Appa tak sanggup nak tengok muka kamu!"
"Appa!"
"Pergi!"
Yumi akur dan bangun lalu berjalan pergi untuk ke pintu. Baru sahaja dia ingin keluar, dia mendengar suara jeritan ibunya.
Dan apa yang dilihat saat dia masuk semula ke sana, bapanya sedang terbaring di atas pangku ibunya dengan tangan di dada menahan sakit.
"Appa!"
Lama tak menulis, ada yang rindu saya tak?🫣