07

75 13 0
                                    

"Appa saya nak saya fokus untuk ambil alih syarikat dari Haraboji. Awak tahu kan, saya kena bersaing dengan sepupu saya? Jadi saya kena ke US, untuk ambil hati Haraboji saya dan buktikan pada dia yang saya boleh jadi pewaris yang tepat,"

Yumi tertawa kecil mendengar itu.

"Jadi awak tak datang sebab awak lebih pentingkan business keluarga awak?" soal Yumi sinis.

"Awak tahu kan, betapa pentingnya syarikat tu untuk keluarga saya? Appa saya nak saya yang jadi pewaris syarikat tu,"

"Sampai awak sanggup biar keluarga saya tanggung malu?" laju Yumi memotong.

"Saya minta maaf Yumi yaa. Saya tahu saya pentingkan diri dan tak fikir soal maruah keluarga awak. Saya minta maaf,"

Tangan Yumi yang berada di atas meja dicapai dan diusap.

"Saya betul-betul minta maaf," ujar Jaehyun lagi.

"Jadi, awak balik ni sebab awak dah dapat semuanya? Pangkat dan kuasa dalam syarikat tu?"

Jaehyun mengangguk.

"Saya dah dapat semuanya. Tapi saya tak happy sebab rasa serba salah pada awak, pada keluarga awak. Sebab tu saya nak tebus kesalahan saya sekarang,"

"Tebus kesalahan awak?"

"Saya masih cintakan awak Yumi,"

Yumi dapat rasakan keikhlasan Jaehyun saat memandang sepasang anak mata milik lelaki itu. Hatinya mula terusik.

"Awak dah takde perasaan pada saya ke Yumi? Kalau takde, saya janji, saya takkan ganggu awak lagi lepas ni," ujar Jaehyun.

"Awak takkan tinggal kan saya lagi kalau saya bagi awak peluang?" soal Yumi.

"Takkan. Saya akan tebus semua kesalahan saya dulu dan akan pastikan awak takkan lalui perkara yang sama lagi,"

"Janji?"

Jaehyun mengangguk.

"Janji,"

GiftWhere stories live. Discover now