"Kau dari mana?"
Jaehyun memandang Mingyu yang baru masuk ke dalam pejabatnya itu. Kebetulan, sahabatnya itu ada makan tengahari bersama klien di kawasan pejabatnya. Jadi dia datang menyinggah.
"Butik tempat Yumi kerja,"
Jaehyun bangun dan menyertai Mingyu yang duduk di sofa yang tersedia di dalam pejabat mewahnya itu.
"Lagi? Bukan semalam kau pergi kena halau ke?"
Jaehyun mengeluh perlahan.
Memang itu bukan pertama kali dia ke situ. Semalam dia sudah ke sana dan sama seperti tadi, Yumi enggan bercakap dengannya dan menghalau dia pergi.
"Aku takkan give up selagi aku tak berjaya bercakap dengan dia,"
"Kalau lah Yumi tahu aku yang bagitahu kau tentang tempat kerja dia tu, mesti dia mengamuk,"
"Jangan risau lah, aku takkan cakap kau yang bagi alamat butik tu pada aku," peha Mingyu ditepuk.
"Kau masih ada perasaan pada dia?" soal Mingyu.
Bukan apa, sudah hampir dua tahun sejak kejadian mereka tidak jadi berkahwin itu. Dan selepas itu, Jaehyun menghilang tanpa khabar berita sebelum dia muncul semula dan mengambil alih syarikat penyiaran milik datuknya itu.
"Aku tak pernah berhenti cintakan dia Mingyu,"
"Tapi kau tahu kan, apa yang kau dah buat?"
"Sebab tu aku nak bercakap dengan dia. Aku nak jelas kan apa yang terjadi, dan minta maaf pada dia. Aku nak fix relationship kami,"
Mingyu diam. Dan itu membuatkan Jaehyun memandang ke arahnya.
"Kenapa? Kau rasa aku takde peluang ke?" soal Jaehyun.
"Bukan macam tu. Cuma, ya lah. Kau muncul semula lepas dua tahun kau biar kan Yumi dan keluarga dia tanggung malu. Jadi, aku rasa tak mudah untuk Yumi berbaik dengan kau. Semua tu perlukan masa," balas Mingyu.
Jaehyun mengeluh.
"Aku tahu. Tapi, macam yang aku cakap. Aku takkan give up,"
"Bagus lah, kalau kau bersungguh nak tebus balik kesalahan kau. Aku akan selalu sokong apa yang kau buat,"
Jaehyun tersenyum nipis mendengar itu. Dia beruntung mempunyai sahabat yang supportive seperti Mingyu.