"Bulan depan?" soal Mingyu seakan tidak percaya.
"Nampak macam cepat sangat kan? Tapi, aku tak peduli. Aku tak sabar nak hidup dengan Yumi macam yang kami impikan selama ni," ujar Jaehyun bersama senyuman.
"Bagus lah. Aku tumpang gembira untuk kau," Mingyu ikut tersenyum.
"Oh ya, Yumi minta sesuatu waktu majlis kami tu nanti,"
"Minta apa?"
"Dia nak aku buat live kat TV waktu kami kahwin tu,"
"Live?"
Jaehyun mengangguk.
"Dia nak orang yang pernah kutuk family dia dua tahun lepas tahu yang kami tetap berkahwin lepas apa yang jadi,"
"Haa, bagus lah tu. Lagipun dia kahwin dengan CEO syarikat penyiaran kan, mesti lah kena masuk TV. Kan?" sokong Mingyu.
"Harapnya semua berjalan lancar lah," ujar Jaehyun.
"Yaa, aku ada sesuatu nak cakap," nada Mingyu berubah serius.
"Apa dia? Kau nak kahwin juga?" seloroh Jaehyun.
"Aniya! Calon pun belum ada, macam mana nak kahwin. Aku sebenarnya nak bagitahu kau yang lepas majlis kau nanti, aku kena ke Jepun,"
"Jepun?"
"Ya. Kakak aku kan baru lepas bersalin, jadi dia nak fokus besarkan anak dia. So, aku lah yang kena ambil alih syarikat kat sana,"
"Berapa lama?" soal Jaehyun.
"Tak pasti. Tapi kalau lama pun, kau bukannya tak boleh jumpa aku. Aku akan balik juga ke sini untuk lawat parents aku,"
"Haish, aku dah balik sini, kau pula pergi. Takpe lah, yang penting kau akan datang waktu hari penting aku,"
Mingyu tersenyum.
"Mestilah, kau kan bestie aku,"