CEO JCT TV ditinggalkan calon isteri pada majlis perkahwinan.
Viral! Video pengantin ditinggalkan calon isteri semasa majlis perkahwinan.
Breaking News! Pengantin perempuan kepada CEO syarikat penyiaran terkenal tidak munculkan diri pada hari perkahwinan.
Yumi tersenyum sinis sebelum dia mematikan skrin telefon bimbitnya itu lalu disimpan ke dalam beg tangannya. Dia kemudian menyandar pada kerusi penumpang kereta di bahagian belakang itu.
"So, dah puas hati?"
Dia menoleh ke sisi sambil menolak cermin mata hitamnya ke atas.
"Sangat! Thank you sebab dah tolong saya," ujar Yumi dengan senyuman lebar.
"Anything for you sayang," senyuman dibalas.
"So, lepas ni kita akan terus ke Jepun?" soal Yumi lagi.
"Ya sayang. Omma, Appa dengan Noona saya semua dah ada kat sana. Persiapan pun dah ready. Tinggal tunggu kita sampai je dan majlis akan mula,"
"Thank you Kim Mingyu sebab sudi tunggu saya,"
Mingyu mencapai tangan milik Yumi dan dikucup lembut.
"Thank you juga sebab terima saya,"
Yumi tersenyum lalu dia merehatkan kepalanya di bahu Mingyu dan puncak kepalanya dikucup lelaki itu.
Ya, semua yang terjadi adalah rancangan mereka. Mingyu yang memberitahu Jaehyun tentang tempat kerja Yumi. Dan malam di mana Yumi tercedera itu, sedikit sebanyak memudahkan rancangan mereka.
Kemudian, pertemuan di rumah orang tuanya yang membawa kepada persetujuan untuk mereka bersatu kembali, itu juga rancangan mereka.
Semuanya sudah dirancang oleh Yumi dan Mingyu tanpa Jaehyun sedari. Semuanya hanya kerana satu sebab. Dendam dia pada lelaki itu.
'Selamat Tinggal Jung Jaehyun,'
.....
Dua tahun sebelum...
"Yumi yaa,"
Yumi memandang Mingyu yang baru selesai menghantar tetamu terakhir di majlis penghormatan terakhir buat mendiang ibunya itu.
"Gomawo Mingyu yaa. Kau banyak tolong aku," ujar Yumi.
"Hal kecil je lah Yumi,"
"Kecil tapi bermakna sangat. Ya lah, aku dah takde keluarga lain. Kalau kau takde, tak tahu apa akan jadi,"
Mingyu boleh nampak kesedihan dalam mata gadis itu. Membuatkan dia tekad untuk menyuarakan hasratnya.
"Yumi, aku tahu ini bukan masa dan tempat yang sesuai. Tapi, aku tetap nak cakap juga. Izinkan aku jaga kau Yumi?"
"Mingyu-," Yumi hilang kata.
"Kau tahu kan, perasaan aku macam mana?"
Yumi mengetap bibir. Dia tidap pernah lupa yang lelaki itu pernah meluahkan perasaan padanya semasa mereka belajar dahulu. Tetapi dia menolak dan lebih memilih Jaehyun yang baginya adalah aturan Tuhan buat dia. Namun, dia silap.
"Aku akan jaga kau kalau kau bagi aku peluang. Aku takkan sakitkan kau macam Jaehyun. Jadi, bagi aku peluang, boleh?"
"Okay. Tapi, dengan syarat,"
"Syarat?" soal Mingyu.
"Aku nak tunggu Jaehyun balik dan balas dendam pada dia dulu. Dia patut rasa apa yang aku rasa sekarang. Bila semua tu dah selesai, aku akan terima kau. Boleh Kim Mingyu?"
Mingyu tanpa ragu menganggukkan kepalanya.
"Gomawo, Kim Mingyu,"
Dan kedua mereka saling berpelukan.
~The End~
Thank you for reading🫶🏻