Jaehyun membetulkan bow tie miliknya di hadapan cermin yang berada di dalam bilik menunggu pengantin lelaki itu.
"Sudah-sudah lah tengok cermin tu. Dah kacak dah,"
Jaehyun menoleh ke arah pintu. Mingyu sedang berjalan menuju ke arahnya setelah menutup pintu bewarna putih itu.
"Dah ready nak jadi suami orang?" soal Mingyu.
Dia juga lengkap bersuit bewarna biru gelap sempena majlis perkahwinan kawan baiknya itu.
"Dah. Kali ni aku akan pastikan Yumi betul-betul jadi milik aku," ujar Jaehyun.
"Of course, aku yakin kau takkan lari lagi kali ni,"
"Yaa, kau ni-,"
"Sorry, bergurau je,"
Mereka berdua tertawa.
"Oh, by the way, parents aku minta maaf sebab tak dapat datang. Noona aku dah masuk labor room pagi tadi, jadi diorang pergi tengok dia,"
"It's okay. Kau wakil pun dah kira cukup," bahu Mingyu ditepuk.
"Jae, majlis dah nak mula,"
Mereka menoleh bila ibu Jaehyun, Puan Jung muncul di pintu.
"Jom,"
Mingyu mengiringi Jaehyun untuk keluar ke dewan di mana majlis akan berlangsung. Kelihatan beberapa orang pekerja dari syarikat penyiaran mereka sudah bersedia. Mingyu meminta diri untuk ke tempat duduknya.
"Congrats Tuan Muda, kami akan pastikan live ni akan trending hari ni," seorang staff sempat menyapa Jaehyun.
Bunyi muzik mula memenuhi sesisi dewan bila Jaehyun berjalan menuju ke altar.
"Pengantin perempuan boleh masuk sekarang," suara pengacara majlis kedengaran.
Kini semua mata tertumpu ke arah pintu masuk. Menanti Yumi muncul sambil diiringi oleh flower girls yang disediakan oleh pereka majlis.
Senyuman di bibir Jaehyun perlahan mengendur bila Yumi masih belum muncul. Begitu juga dengan tetamu-tetamu lain. Semuanya mula berbisik sesama sendiri bila pengantin perempuan belum muncul setelah hampir lima minit menanti.
"Jae!"
Puan Jung mendapatkan anak tunggalnya itu dengan nota di tangannya.
"Diorang jumpa dekat bilik yang Yumi guna tadi,"
Jaehyun merampas kertas putih yang dilipat dua itu.
Jung Jaehyun.
So, macam mana? Suka tak dengan hadiah saya?
Apa perasaan awak bila pengantin awak
tak muncul pada hari sepatutnya dia muncul?Apa pun yang awak rasa, itu lah perasaan saya
selama dua tahun ni.
Kalau bukan sebab awak, Omma dan Appa saya
masih akan hidup sampai sekarang.Sebab awak, saya tak sempat dapat kemaafan dari Appa dan Omma saya. Sebab awak juga, keluaraga saya kena tanggung malu sampai sekarang.
Jadi isteri awak?
Dalam mimpi pun saya tak sudi Jaehyun.Jaehyun meraup wajahnya setelah membaca isi kandungan surat itu. Kertas di tangannya itu dironyok sebelum dia berjalan pergi dari situ. Meninggalkan seisi dewan yang mulai kecoh.