00

84 11 0
                                    

" konnichiwa, Watashi no namae wa Nakamoto Yuta desu "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" konnichiwa, Watashi no namae wa Nakamoto Yuta desu "

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

T

akata Ayane, seorang gadis berketinggian 165 dan mempunyai daya tarikan membuatkan seluruh murid lelaki Osaka Highschool tunduk kepadanya. Setiap langkah kakinya bergema di koridor sekolah, lelaki yang berselisih dengannya segera menundukkan kepala mereka kerana segan memandang wajah cantik itu. Lain pula dengan murid perempuan, mereka memalau gadis itu kerana menganggap Ayane adalah jalang kerana sering menarik perhatian mana-mana lelaki.

Disebabkan hal itu juga membuatkan gadis bermarga Takata itu kesunyian.

"Konnichiwa, Watashi no namae wa Nakamoto Yuta desu"

Kepala Ayane yang sedari tadi terlentok di atas meja di angkat tatkala suasana kelas mulai kecoh dan dia mendengari ada seseorang memperkenalkan diri. Netra matanya memandang ke arah seorang lelaki tinggi berdiri di hadapan sana.

Handsome. Puji Ayane di dalam hati.

" Yuta , kamu boleh duduk di sebelah Ayane sana. Takata Ayane, angkat tangan kamu " ujar Hamada sensei. Ayane segera mengangkat tangannya laju. Seluruh murid perempuan mula membisik-bisik sesuatu dan itu membuatkan Ayane menurunkan tangannya perlahan.

Tuk tuk

Seluruh kelas mula senyap apabila rotan milik Hamada sensei mengetuk meja kayu itu. Dia mengisyaratkan kepada Yuta untuk duduk di sebelah Ayane. Yuta mengangguk dan mula melangkah menuju ke arah tempat di mana Ayane berada.

Yuta menyangkutkan begnya di penyangkut yang tertampal di tepi meja dan menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Nakamoto Yuta" ujar Yuta tiba-tiba. Ayane memusingkan kepalanya memandang ke arah lelaki itu.

"Hah? " balas Ayane keliru. Yuta menarik buku tulis yang berada di meja Ayane dan melihat muka depan buku itu.

"Takata Ayane, okay" buku tulis itu dilemparkan kembali ke meja Ayane. Ayane tergamam.

Yuta mengeluarkan bukunya dan menyelaknya mengabaikan gadis di sebelahnya. Ayane kembali menghadap bukunya dan menahan kantuknya. Tangan kirinya menompang kepalanya dan matanya membaca tulisan yang ada di buku teks itu.

Kepalanya kejap-kejap terlentok tatkala matanya mula terlelap. Yuta yang melihat gadis itu hanya menggelengkan kepalanya. Tangan kanannya di letak atas meja dan mulutnya mengira sesuatu.

"Satu... "

"Dua..."

Pap

"Tiga.. gotcha"  kepala Ayane mendarat di lengan Yuta dan mula lena tidur. Lelaki itu membiarkan kepala gadis berada di lengannya. Dia meneruskan sesi membacanya.

To be continue

Just short story

𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀWhere stories live. Discover now