Hujan yang membasahi bandar Osaka seolah memahami perasaan yang di alami oleh lelaki bernama Nakamoto Yuta. Payung hitam setia melindungi lelaki itu daripada terkena air hujan yang ketika itu turun dengan lebat. Ayane setia menemani rakan lelakinya yang masih sedih dengan pemergian ibu lelaki itu.
Ramai penduduk apartment mengucapkan takziah kepada Yuta. Yuta hanya mengangguk dengan senyuman nipisnya. Gambar Puan Nakamoto ditatap redup oleh anaknya.
"Yuta pulang dulu, ibu duduk dekat sana dediam tau. Yuta sayang ibu sangat-sangat" ujar Yuta. Ayane mengusap perlahan badan lelaki itu.
"Thanks sebab teman aku uruskan kebumian ibu aku. Aku dah tiada sesiapa dalam hidup aku, mujur kau dengan keluarga kau sudi tolong aku" ucap Yuta kepada Ayane. Ayane mengangguk kecil.
"Awakkan kawan saya, takkan kawan tak boleh tolong kawan dia kan."
Yuta menarik senyuman tipis. Kawan... Entah kenapa hatinya tak terima gadis itu menganggap dirinya sebagai kawan. Dia mahu yang lebih jauh, aihh Yuta apa kau fikir ni..
"Mari lah balik, nanti awak demam sebab lama-lama dalam hujan ni."
"Marilah"
Mereka berdua menghampiri ke arah kereta milik keluarga Ayane dan masuk ke dalam perut kereta itu. Yuta hanya diam memandang luar kota yang sudah dibasahi hujan.
"Yuta lepasni macam mana? Makan minum? " tanya Encik Takata.
"Cari kerja untuk tampung hidup saya, ibu dah tiada kena lah usaha sikit untuk sara hidup saya. " balas Yuta.
"Apa kata Yuta tinggal dengan kami, yalah kamu tu masih bersekolah"
"Ahh tak perlu, cukup makcik dengan pakcik telah uruskan kebumian ibu saya. Saya tak nak menyusahkan pakcik sekeluarga, lagipun kalau saya duduk dengan pakcik takut Ayane tak selesa yalah dia seorang je perempuan" cadangan Encik Takata di tolak perlahan oleh Yuta. Walaupun dia telah berkawan dengan gadis itu, mesti gadis itu tidak selesa dengannya memandangkan dirinya adalah lelaki.
"Hmm kalau itu kamu kata, takkan pakcik nak paksa. Kalau kamu rasa nak makan, datang je rumah pakcik. Jimat sikit" ujar Encik Takata.
"Baiklah pakcik, terima kasih"
"Hal kecil je"
To be continue

YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀ
Fanfictionkalau dia tak dapat gadis itu , tiada siapa pun yang boleh dapat kan dia.