07

34 4 3
                                    

Di stesen kereta api bawah tanah, Ayane dan Yuta menunggu train yang akan membawa mereka menuju ke kawasan rumah mereka. Mereka berdua duduk bersebelahan di sebuah bangku yang telah di sediakan.

"Lama lagi ke train nak datang? " gumam Ayane perlahan. Dia melihat masa yang tertera di kertas tiketnya, kena tunggu satu jam untuk kereta api itu tiba kerana mereka berdua keluar lambat dari perkarangan sekolah.

"Kau tunggu sini, jangan pergi mana-mana" Yuta meletakkan begnya berada di pangkuan gadis itu. Ayane mengangkat kepala dan memandang lelaki itu yang sudah berjalan menuju ke satu tempat.

Selang beberapa minit, Yuta kembali ke tempat mereka berdua bersama dua roti serta air kotak. Roti berintikan kacang merah di hulurkan kepada Ayane. Gadis itu memandang roti dengan kerutan di dahi.

"Ambil lah, buat alas perut sekejap. Pukul lapan baru train sampai" ujar Yuta apabila gadis di hadapannya teragak-agak untuk mengambil roti yang di belinya serta air kotak berperisa oren tadi.

"Nanti saya ganti balik duit awak. Harini berapa kali awak belikan untuk saya guna duit awak" pap! Kepala Ayane di ketuk oleh Yuta menggunakan bungkusan roti itu dengan pandangan datar.

"Ambil je lah, banyak cakap lah kau ni" kini wajah Ayane sudah cemberut apabila dirinya asyik diketuk oleh lelaki bermarga Nakamoto itu. Sebaik kalini guna bungkusan roti, buatnya jari panjang lelaki itu. Boleh amnesia kalau lama di biarkan.

Roti itu di ambil lalu mengoyakkan bungkusan itu. Roti di keluarkan lalu mengigitnya perlahan. Yuta melihat gadis di sebelahnya dengan senyuman di sembunyikan. Tanpa sedar, tangannya mengusap perlahan kepala Ayane membuatkan gadis itu membeku seketika.

Ayane merasakan ada satu perasaan yang menyentuh di hatinya. Perasaan di sayangi. Yuta menurunkan tangannya dan giliran dia membuka bungkusan roti miliknya lalu melahapnya.

"Dulu awak tinggal di mana? " tanya Ayane sekadar mengurangkan kesunyian antara mereka berdua. Yuta menatap Ayane sambil menelan roti. Lama Yuta tidak membalas pertanyaannya.

"Perut ibu saya" balas Yuta. Ayane memejamkan mata lalu lengan lelaki itu di cubit kuat. Yuta merintih kesakitan sambil mengusap perlahan lengannya.

"Main-main lah dia ni" Yuta terkekeh ketawa.

"Dulu aku tinggal dekat Kobe lepastu aku pindah sini sebab memang kampung aku di lahirkan. Aku pernah bantah nak pindah sebab dekat sana aku ramai kawan. Tapi tak apa lah, aku ada kau sebagai kawan. " ujar Yuta dengan sengihan di bibir. Ayane mengangguk.

Yuta mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi kamera. Kamera itu di arahkan ke arah Ayane dan gadis itu menyedarinya. Laju lelaki itu menekan butang merah itu dan menangkap gambar gadis.

"Yah Yuta! " Ayane cuba untuk merampas telefon lelaki itu. Tetapi di sebabkan ketinggian mereka ketara, Yuta mengangkat tinggi tangannya untuk menjauhkan telefonya.

Saat Ayane ingin bangun, kereta api yang akan membawa mereka berdua telah tiba. Yuta segera bangkit dari duduknya dan mengambil telefonnya lalu berlari menuju ke kereta api itu. Ayane segera mengejarnya dan mereka berdua masuk ke dalam train itu.

Mereka berdua melihat ramai orang yang berada di dalam train itu dan membuatkan Ayane merasakan tidak selesa. Ramai lelaki daripada perempuan. Mereka berdua terpaksa berdiri bersama dengan penumpang lain.

Ayane menarik-narik skirt sekolahnya ketika melihat ada sepasang mata memandang ke arahnya dengan pandangan gatal. Tanpa Ayane sedar, ada seorang lelaki menghalakan kamera telefon ke bawah skirtnya dan merakamnya.

Yuta yang melihat kelakuan pelik lelaki di belakang Ayane segera memandang tangan lelaki itu berada. Yuta segera menarik Ayane berdiri di hadapannya dan merampas telefon lelaki itu. Lelaki itu terkejut tatkala telefonnya di rampas oleh Yuta. Begitu juga dengan Ayane.

"Nafsu kau memang tak boleh nak kawal ke" ujar Yuta dingin. Lelaki itu bangun dari duduknya.

"Pulangkan balik telefon aku" pinta lelaki itu. Yuta menarik senyuman sinis lalu menjatuhkan telefon itu dan memijak telefon itu kuat.

"Yah! Telefon aku! "

Buk!

Pipi lelaki gatal itu ditumbuk oleh Yuta sehingga jatuh ke atas lantai. Yuta mengabaikan pandangan penumpang ke arah mereka.

"Kau ada telefon pun hanya disalahgunakan. Berapa ramai perempuan yang dah kena dengan kau." sinis Yuta berkata. Terus tangan Ayane ditarik dan membawanya menuju ke tempat yang tiada ramai orang.

"Kau okay? " tanya Yuta risau. Dia tahu gadis itu terkejut  apabila dia melihat raut wajahnya. Ayane mengangguk kecil.

"K-kalau awak tak tolong tadi, mesti saya dah dijadikan tempat orang lampiaskan nafsu mereka. S-saya takut" Yuta menarik senyuman nipis lalu tubuh Ayane ditarik ke dakapannya. Ayane terkejut apabila dirinya dipeluk. Bauan pewangi yang di pakai oleh Yuta membuatkan dirinya tenang.

"Kau tak payah takut, sejak harini aku akan teman kau pergi mana-mana. " Ayane mengangguk kecil dan Yuta melepaskan pelukannya.

Di sudut lain, ada seorang lelaki yang memakai topi memandang mereka berdua dengan tatapan tajam. Topi ditanggalkan dan bibirnya di ketap kuat sehingga ada darah mengalir dari bibirnya.

"Beraninya lelaki itu peluk senpai. Tak guna, tunggu nasib kau Yuta. Ayane senpai milik aku" 

Shotaro memakai kembali topinya dan menurunkan sedikit untuk menghalang orang melihat wajahnya. Dalam hatinya beribu rancangan untuk singkirkan lelaki bernama Yuta itu. Senyuman sinis kini terpapar di wajah polos Shotaro.

To be continue

Last update, esok gue balik asrama😭

𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀWhere stories live. Discover now