01

51 6 0
                                    

" be my friend "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" be my friend "

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Ayane tersedar daripada lena tatkala deringan loceng bergema di dalam kawasan sekolah menandakan sudah masuk waktu rehat. Ayane merasakan sesuatu yang menjadi alas kepalanya semasa dirinya sedang tidur, dia memandang ke arah lengan Yuta sebelum wajahnya memandang ke arah Yuta yang sudah menatapnya. Terus dia bangkit dari duduknya dan membungkukkan badannya 90°.

"Maafkan saya! " ujar Ayane seraya membungkuk hormat. Wajah Yuta tetap sama. Yuta bangun dari kerusinya dan belakang baju Ayane di tarik membuatkan gadis yang sedang membungkuk itu terangkat sedikit.

"Tak payah nak bungkuk bagai, aku tak kisah. Asalkan kau jadi kawan aku" Ayane menatap polos ke arah lelaki di hadapannya.

"A-apa awak cakap? "

"Be my friend, Takata Ayane"  tuk! Dahi bersih Ayane di jentik kuat oleh jari panjang Yuta. Ayane meringis kesakitan seraya mengusap dahinya yang sudah memerah.

"Teman aku rehat" terus kolar belakang baju gadis itu ditarik perlahan dan membawanya bersama menuju ke arah kantin. Ayane cuba memahami situasi sambil di heret oleh lelaki bermarga Nakamoto itu. Sudah serupa mengheret karung guni.

Pelajar perempuan serta lelaki memandang ke arah Yuta dan Ayane masuk ke dalam ruangan kantin. Mereka membisik-bisik antara satu sama lain apabila melihat Yuta yang menarik kolar baju gadis itu dan hanya di biarkan.

Yuta melepaskan kolar baju Ayane dan mengambil dua dulang makan. Satunya di hulurkan ke arah gadis di belakang. Dia melihat Ayane yang sedang mengelamun. Yuta mendecit perlahan lalu dulang yang berada di tangannya mengetuk sederhana kuat kepala gadis itu membuatkan Ayane menjerit kecil.

"Sakit lah! " jerit Ayane perlahan. Yuta memandang gadis itu tanpa rasa bersalah dan menghulurkan dulang makan itu kepada gadis itu. Ayane mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih.

Selepas mengambil makanan yang telah disediakan, mereka berdua berjalan menuju ke arah meja yang berlainan dan itu membuatkan lelaki bernama Yuta memandang pelik ke arah gadis itu.

"Kau nak pergi mana perempuan" tegur Yuta. Ayane menghentikan langkahnya dan memusingkan tubuhnya.

"Saya ada nama lah"

"Tak peduli, sini duduk dengan aku. "

"Tapi-"

"Kau nak aku heret kau macam tadi ke? " laju Ayane menghampiri meja yang adanya dulang makanan milik Yuta dan meletakkan dulang makanannya. Yuta mendecit lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Chopstick di ambil dan mula menjamah makanan.

Ayane perlahan-lahan mengambil chopstick lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Sayur yang tercampur di dalam nasinya di asingkan dan perbuatannya disedari oleh Yuta.

"Kenapa asingkan sayur? " tanya Yuta sambil mengunyah.

"Tak makan sayur" Yuta mengangkat keningnya.

"Patut lah pendek" Ayane membuntangkan matanya. Tidak percaya kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya.

"Saya tak pendek, awak tu yang tinggi" Yuta memekakkan telinganya dan sayur yang di asingkan oleh Ayane di ambil dan menyumbat ke dalam mulutnya.

"Makan, jangan pandang muka aku macam tu. Tahu aku handsome"

"Eii perasan"

Yuta mengangkat kepalanya.

"Bukan perasan, tapi itu lah hakikatnya"

Gadis itu ingin melawan tetapi mulutnya telah disumbatkan sayur yang berisi nasi hasil tangan Yuta. Ayane mengunyah sayur itu dan memandang lelaki itu dengan pandangan tidak berpuas hati.

Dia mahu bantah, baru hari pertama kenal dia telah dibuli dengan lelaki itu. Sangat tidak adil.

Kelakuan mereka berdua di perhatikan oleh seseorang yang sedang menahan emosi. Tangannya dikepal kuat.

"Siapa lelaki tu? Kenapa dia duduk dengan senpai aku? "

"Tak guna! "

To be continue

Fikir-fikirlah sape yang antagonis tu

Yg pasti idol Jepun juga,

Btw, aku bukan hate idol itu. Cuma ya, malas nak fikir nama Jepun lelaki sebab Alih-alih keluar juga nama idol jepun HSHSHSH

Vote and comment 💅🏻🌹

𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀWhere stories live. Discover now