Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Tiba sahaja di destinasi, Ayane keluar daripada kereta api itu diikuti Yuta. Jam tangan yang melilit di tangan Ayane sudah menunjukkan pukul 7.15 malam.
Ayane berjalan keluar dari stesen kereta api bawah tanah itu dan berjalan kaki menuju ke satu kawasan apartment. Ayane mengenggam erat tali begnya apabila mendengar bunyi tapak kaki di belakangnya.
Dia masuk ke dalam apartment itu dan menuju ke arah lif. Dia memandang belakang dan mengerut dahinya apabila melihat Yuta ada di belakangnya.
"Kenapa awak ikut saya? " Yuta menekan butang lif dan pintu lif itu di buka. Beg Ayane di tariknya membuatkan gadis itu terikut masuk ke dalam lif itu.
"Tingkat berapa"
"Lima" butang yang memaparkan nombor lima dan sepuluh di tekan oleh Yuta. Riak wajah Ayane berubah.
"Aku tak ingin nak ikut kau, tak tahu pula kita satu flat" ujar Yuta. Ayane memejam matanya. Berapa kali harini dia perasan sendiri.
Yuta mengukirkan senyuman nipis. Sampai sahaja di tingkat lima, pintu lif di buka dan Ayane keluar dari lif itu.
"Terima kasih kerana teman " ujar Ayane.
"Siapa kata aku teman kau" Ayane menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya geram. Yuta menjelir lidahnya lalu menekan butang untuk menutup pintu lif itu.
"Geramnya aku!! " teriak Ayane sambil menarik rambutnya geram. Dia menghentak kakinya dan melangkah pergi menuju ke rumahnya.
Kunci rumah dikeluarkan dan masuk ke dalam lubangnya lalu memusingkannya. Pintu besi di tarik dan melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu menutup kembali pintunya dan menguncinya.
"Ayane dah balik" ujar Ayane tatkala membuka pintu kayu itu. Ibunya yang sedang menonton televisyen segera bangun dan menghampiri anaknya.
"Kenapa lambat balik? "
"Ayane naik train tadi. Papa tak dapat ambik"
Puan Takata mengangguk lalu mengusap perlahan rambut anaknya.
"Pergi lah bersihkan diri tu lalu rehat. Mama tak sempat buat makanan malam, nanti Ayane tolong beli ya. Papa kamu tu, lambat balik agaknya"
"Okay ma, Ayane masuk dalam bilik dulu. Nanti Ayane turun beli makanan"
Ayane menuju ke dalam biliknya dan bersiap untuk keluar kembali untuk membeli makanan. Selepas bersiap, dia keluar dari biliknya dan melihat beberapa keping wang berada di atas meja. Dia mengambilnya lalu melangkah keluar dari rumahnya dan mengambil basikalnya.
Dia menolak basikalnya menuju ke lif dan masuk ke dalam lif. Tiba sahaja di tingkat satu, terus Ayane naik ke atas basikalnya dan membawanya menuju ke sebuah kedai makan.
Tanpa dia sedar, ada seseorang memerhatinya dari atas motor. Lelaki itu mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar gadis itu.
Senyuman psiko terpapar di wajah polosnya.
"Rupanya, rumah senpai ada dekat sini? Tak sia-sia aku ambil risiko masuk dalam bilik maklumat pelajar tch. Agak-agaknya tingkat berapa ya? " Shotaro menarik topinya ke bawah dan menghidupkan enjin motornya. Dia mula memandu mengikuti Ayane dari jarak jauh.
To be continue
Dia macam ni, aku terpengaruh dalam satu game jepun sekian