" senpai "
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Tepat pada pukul 5 petang, seluruh murid di dalam kelas 3-2 mula bangun dan bersiap sedia untuk balik ke rumah. Ayane mengeluarkan telefonnya dan membaca mesej bapanya.
Papa
Ayane, harini papa tak dapat ambil
kamu.kamu balik jalan kaki okay?
Okay papa
Ayane mengukir senyuman nipis. Dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam begnya dan berjalan menuju ke arah loker yang bersusun di ruangan pintu utama. Loker berwarna kelabu yang sudah di tag namanya di buka. Kasut bewarna hitam di ambil dan menanggalkan kasut berwarna putih yang dipakainya. Kasut hitam diletakkan ke lantai dan menyarungnya.
Kasut putih itu di ambilnya lalu meletakkannya di dalan loker itu. Semasa ingin menutup pintu loker ada satu suara menegurnya.
" Senpai " perbuatan Ayane berhenti lalu memandang ke arah seorang lelaki yang di percayai junior nya.
"Ah Shotaro, kenapa jumpa saya? " tanya Ayane. Shotaro menyengih sambil menggaru kepalanya. Tangan kanan yang dari tadi di sorok di belakang di keluarkan dan menghulurkan sebungkus mochi berinti strawberi pada Ayane.
" senpai, ambil lah. Buat makan di rumah. " ujar Shotaro dengan senyuman polosnya. Ayane mengambil bungkusan itu dan membalas senyuman itu.
"Arigatou" Shotaro mengangguk. Dia meminta diri lalu melangkah pergi meninggalkan Ayane.
"Macam mana dia tahu aku suka mochi strawberi? Aku tak pernah beritahu sesiapa pun" gumam Ayane pelik.
"Kebetulan kut" sambung Ayane lalu mengangkat bahunya. Dia ingin melangkah tetapi hujung rambutnya di tarik oleh seseorang.
"Aish! " Ayane memusingkan tubuhnya lalu memandang orang yang menarik rambutnya dan orangnya adalah Yuta. Tangan lelaki itu di pukul Ayane.
"Suka hati je tarik rambut orang"
"Sebab aku suka hati lah aku tarik rambut kau , hah kenapa kau tak balik lagi ni"
"Biar lah " Ayane menjeling tajam lalu melangkah meninggalkan Yuta. Yuta mengejek gadis itu lalu mengikut langkah gadis itu.
"Kau balik naik apa? " tanya Yuta.
"Naik train"
"Seorang diri? "
"Yalah, ada nampak orang lain ke sebelah saya ni selain awak" sindir Ayane. Yuta memutarkan matanya ke atas. Kepala gadis itu di ketuk perlahan.
"Aish!"
"Aku ikut kau, dah alang-alang aku pun naik train. "
"Tak payah, entah-entah jalan kita tak sehaluan" ujar Ayane.
"siapa kata aku nak hantar kau sampai ke rumah? " soal Yuta selamba. Ayane terdiam. Ya tak ya juga, dia kata nak ikut je-
"Ihh! Awak diam je lah! Sakit hati saya cakap dengan awak" laju Ayane berjalan. Yuta ketawa kecil dan berlari mendapatkan gadis itu.
"Comel lah kau ni bila marah-marah" Ayane mendatarkan mukanya. Dia tidak sedar yang pipi gebunya sudah menukar rona warna.
"Tak makan pujian"
"Cih tapi pipi merah. Merah-merah ni nak cendol? " Ayane menekup pipinya. Dapat dia merasakan pipinya sudah memanas.
Mereka berdua berjalan kaki menuju ke arah stesen kereta api bawah tanah yang terdekat. Lagipun tambang kereta api murah, jauh beza dari tambang bas.
Selepas membeli tiket kereta api, mereka berdua menunggu kenderaan panjang itu tiba. Waktu itu sudah pun menunjukkan pukul 6.15. Mungkin malam baru tiba.
Tiba sahaja kereta api, Yuta dan Ayane melangkah masuk ke dalam kereta api dan melihat tiada tempat duduk yang kosong. Mereka terpaksa berdiri sambil memaut pemegang yang terjuntai itu.
Hanya Yuta sahaja lah yang sampai.
"Pegang baju aku, tiada lah kau jatuh nanti. " Ayane mengabaikan kata-kata Yuta. Yuta memutarkan matanya.
Suka hati anda lah.
Tiba-tiba kereta api tu bergerak dan membuatkan gadis itu hilang seimbang lalu berpaut di lengan Yuta. Yuta menyengir.
"Degil"
Ayane mengigit isi pipinya. Malu dengan dirinya. Yuta menarik baju Ayane merapat dirinya sehingga terlindung dengan badannya setelah perasan ada seorang memandang Ayane atas bawah. Posisi mereka tetap sebegitu sehingga sampai ke kawasan yang ingin di tujui.
To be continue
Saya blush💅🏻
Vote and comment
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀ
Fanfictionkalau dia tak dapat gadis itu , tiada siapa pun yang boleh dapat kan dia.