08

36 5 4
                                    

"Terima kasih sebab teman" ujar Ayane setelah tiba di hadapan rumah. Yuta menarik senyuman manisnya lalu mengangguk kecil. Beg galas milik Ayane di serahkan kepada pemiliknya dan gadis itu mengambilnya.

"Awak tak nak masuk dulu ke? " pelawa Ayane. Yuta menggelengkan kepalanya.

"Aku hantar kau depan rumah pun dah cukup, lagipun mak aku seseorang je dekat rumah. Nanti dia risau aku tak balik-balik lagi" tolak Yuta lembut. Ayane mengangguk kecil.

"Saya masuk dulu" Ayane menarik pintu gril untuk menutupnya dan kasut sekolahnya ditanggalkan. Yuta melangkah pergi tetapi menghentikan langkahnya lalu berbalik memandang rumah Ayane.

"Ayane"

Pintu rumah tidak terjadi di tutup selepas namanya di panggil, Ayane memandang ke arah Yuta dengan tatapan polosnya.

"Esok cuti kan, apa kata kita pergi jalan-jalan. Bukan apa, aku bosan dekat rumah dan kau je yang dekat dengan aku. Apa salahnya aku ajak kan" pinta Yuta dengan tangannya mengusap belakang kepalanya.

"Boleh je, esok pukul berapa? " tanya Ayane.

"Dalam pukul tiga boleh? "

Ayane mengangguk lalu hujung bibirnya tersenyum nipis.

"Boleh, sudah lah. Awak pergi lah balik, dah larut malam ni."

"Ahh iye aku pergi lah ni, menghalau je" Ayane menjelirkan lidahnya lalu berlari masuk ke dalam rumahnya. Yuta mendecit halus lalu melangkah pergi menuju ke arah lif yang akan membawanya ke rumahnya yang terletak di tingkat sepuluh.

Ting

Yuta terkejut apabila sesampainya dihadapan lif , pintu besi itu terbuka dengan sendiri dan melihat ada seorang lelaki yang memakai topi sehingga menutup separuh mukanya. Yuta merasakan seram sejuk lalu melangkah masuk tanpa memperdulikan orang itu.

Yuta mengeluarkan telefonnya dan melihat gambar Ayane yang diambilnya tadi. Dia tersenyum nipis.

"Jauh kan diri dari Ayane senpai " Yuta memandang lelaki itu.

"Kau siapa nak halang aku daripada rapat dengan Ayane dan Ayane senpai? Kau junior lah dekat sekolah aku. " lelaki itu hanya senyap.  Yuta melihat tangan lelaki tergerak-gerak di dalam poket. Hatinya mula rasa tidak tenteram.

"Jauh kan diri atau mati" pisau lipat di keluarkan  dari poket dan menghalakan ke arah Yuta. Nasib menyebelahi Yuta, pintu lif di buka dan segera Yuta berlari sambil memandang lelaki itu. Senyuman sinis di tatap oleh Yuta.

"Psycho" gumam Yuta setelah pintu lif itu kembali tertutup. Dia melangkah menuju ke rumahnya . Dia menatap hairan pintu rumah terbuka. Laju kakinya berlari masuk ke dalam rumahnya sambil meneriak memanggil nama ibunya.

Tiba-tiba matanya menatap satu tubuh yang terbaring kaku di ruang tamu. Yuta terkaku melihat darah yang sudah mengelilingi tubuh ibunya.

"I-ibu" perlahan tapak kakinya melangkah menghampiri ibunya. Dia melutut dan jarinya diletakkan pada leher ibunya. Tiada detak nadi yang dirasakan.

"I-ibu, bangun lah. Jangan main-main dengan Yut, Yut tak suka" tubuh ibunya digerakkan. Yuta melihat satu nota yang tertampal di telapak tangan ibunya.

Ini baru sedikit, kalau kau dekat dengan senpai,
ibu bapa senpai pula yang jadi target seterusnya 

Tangan Yuta mengenggam sehingga menampakkan uratnya. Nota itu dilemparkan, lalu telefon di ambil dan menelefon polis dan selepas itu menelefon Ayane.

Air mata yang sudah lama tidak menjengah keluar kini telah mengalir keluar hanya kerana ibunya. Yuta mengesat air matanya dan memangku kepala ibunya.

"Maafkan Yut bu, Yut selalu buat ibu risau dengan Yut. Tenang dekat sana ye, tunggu Yut tau"

Selang beberapa minit polis serta beberapa orang bersuit putih masuk ke dalam rumah. Ayane yang baru tiba menghampiri Yuta.

"Yuta" tubuh Ayane di peluk erat oleh Yuta. Gadis itu membalas kembali pelukan lelaki itu dan menepuk-nepuk perlahan belakang badan Yuta untuk menenangkan lelaki itu.

"Ibu aku"

"Shh, "

Yuta menangis di bahu gadis itu. Ibu bapa Ayane menatap sayu lelaki itu. Ayane masih menenangkan lelaki itu.

Pada masa yang sama, di tepi pokok. Shotaro memandang ke arah ambulans keluar dari kawasan apartment itu. Dia menyilang tangannya di dada.

"Nasib kau Yuta, siapa suruh dekat dengan Ayane. Itu lah padahnya" ujar Shotaro tanpa perasaan. Ketawa halus kedengaran dari bibir Shotaro sebelum dia pergi dari situ.

To be continue

Saya tahu saya sudah lama tidak mengupdate sebab saya membusy dkt kv. Maseh pada yang setia membaca.

Sorry sangat "

Love love

𝐌𝐈𝐍𝐄 ◡ ɴᴀᴋᴀᴍᴏᴛᴏ ʏᴜᴛᴀWhere stories live. Discover now