Naqim

29 8 4
                                    

(5 tahun)

seorang budak perempuan sedang mencari pensel warna kuning tapi tidak jumpa-jumpa. tangan kecilnya mengaru kepala yang tidak gatal. lukisan kertas A4 spongebob yang tidak bewarna itu ditatap lama. agak sedih. dia mula memandang teman teman nya yang ulit mewarna. rasa serba salah mula menguasai. tiba-tiba matanya tertatap pada seorang budak lelaki.
kulit sawa matang, rambut bewarna hitam,senyuman manis dan comel. aneh. budak itu tidak mewarna. budak perempuan itu cuba melangkah ke arah nya dengan perlahan-lahan .

"awak buat apa tu? "soal budak perempuan.

si budak lelaki hanya menunduk tidak memandang wajah yang comel manis itu.

"saya buat gelang" ujar lelaki itu.
"tapi saya tak pandai.. " wajah ceria budak lelaki itu makin suram.

"ohh senang je. mari saya ajarkan. mula-mula, awak ambil tali ini dan potongnya jadi 10cm" tekun gadis itu mengajar budak lelaki itu.

"lepastuu, awak masukkan manik-manik ini.. emm, apa nama awak ya? "
soal gadis itu sambil menyengetkan kepala kekanan.

"Naqim. " jawab Naqim.

"okay! saya Yasmin. " ujar Yasmin sambil senyum gembira.

diikuti Naqim yang tadi rakus melihat tutorial percuma dari gadis itu.

"sekarang, saya masukkan manik-manik nama awak. N... A... Q... I... M! siap! " gadis itu kemudiannya mengikat tali sepanjang 10 cm yang dihiasi dengan pelbagai jenis manik itu lalu dihulurkan kepada Naqim.

"longgarla Yasmin" Naqim mengadu.

gadis itu tersenyum lebar.

"ya, saya harap awak boleh pakai selama-lamanya. kalau ketat, awak tak boleh pakai besar nanti" ujar gadis itu .

Naqim senyum.

"mari saya buat untuk awak pula. " Naqim menawarkan diri.

seorang wanita berbaju kurung bewarna biru menguntumkan senyuman manis. untuk kali pertamanya Cikgu Fara melihat Naqim senyum dan ceria selepas kematian ibu bapanya 2 tahun yang lalu. anak itu anak kecil,tiada keluarga yang lain. jadi dia hanya menatap di sini. dengan didikan dan kasih sayang guru-guru . kadang-kadang Cikgu Fara sendiri akan bawa balik Naqim sebagai tempat tidur,makan,main dan tempat menadah kasih sayang. nasib suami nya tidak kisah dan perlaku kan Naqim sebagai seorang anak kecil yang memerlukan kasih sayang.

"cikguu, cantik tak saya lukis? " soalan gadis kecil di sebelah Cikgu itu mematikan lamunan nya.

wanita berumur 20 an itu menoleh ke arah suara tersebut.

"wahh Anis! cantik nya awak warna! mari, cikgu tampal di papan kenyataan ya? " guru itu mengambil lukisan Anis dan menampalkan nya di papan lukisan lalu menoleh ke arah Naqim dan Yasmin.

"Qim, Min, dah siap? mari cikgu tampal" tegurnya lembut sambil menghadiahkan senyuman manis bak gula.

Yasmin memandang Naqim. muka mereka berubah menjadi muram.

"cikgu! Min ngan Qim tak warna! diorang main! " Efiq mengadu.

"tak mengapa, cikgu tahu kamu ada buat sesuatu kan? mahu tunjuk? "soal Cikgu Fara.

perlahan-lahan Yasmin dan Naqim ke hadapan. mereka berdua menghulurkan gelang yang mereka baru sahaja buat. Cikgu Fara tersenyum lebar. dia mengusap kedua kepala anak kecil itu.

"Qim, ini pertama kali cikgu nampak Qim gembira di samping kawan pertama Qim. cikgu harap kamu berdua tidak akan berpisah dan melupakan antara satu sama lain. ingat ya, persahabatan adalah bukan siapa yang kamu telah paling lama kenal. tetapi tentang siapa yang mendukung dan menyokong kamu. "

...

ketahuilah,bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan.

Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]Where stories live. Discover now