Husna menuju ke keretanya sambil menjinjing beg baju Yasmin. Dia menghulurkan kepada tuan empunya beg. Yasmin mengambil dan memasukkan ke dalam kereta.
"sure boleh pergi sorang? " soal Husna dengan nada risau.
"ye. I'll be fine. jangan risau" jawab Yasmin sambil menutup bonet kereta Husna. cadangnya Yasmin ke rumah ibu bapa nya naik kereta Husna dulu. nanti isnin minggu depan dia datang ambil Husna untuk balik ke KL. Husna tak boleh ikut Yasmin sebab nak teman nenek dan adiknya di kampung halaman.
"ha yelah, hati hati tau. dah sampai mesej aku" pinta Husna. Yasmin senyum mengangguk. Husna ni, macam kakak angkat dia pula. alang alang dah jadi kakak angkat tu, jadi akak ipar jelah senang. adiknya pun hensem juga. tapi tulah,kejadian malam semalam tu buatkan Yasmin tak boleh tidur nyenyak. Naqim? perwira? member join military ke apa? soalan tu merunsingkan kepala Yasmin yang tak berapa nak runsing pagi tu. saje tambah tambah kan runsing huhu.
selepas salam dengan nenek, Yasmin hidupkan enjin kereta. dia tak nampak kelibat Haqimi. hmmm mandi agaknya. mandi apa pukul 2 petang.. badan panas kott kan dia kata dia demam semalam alah kau ni min. husnuzon sikiyt. nak posa ni kena banyak husnuzon nohh.
kereta Husna meluncur keluar dari halaman rumah. sempatla juga tadi kirim salam kat Haqimi. Yasmin on kan radio nak dengar lagu galau. peminat setia galau boken ni. radio understood the assignment,dia buka lagu 'duka' ha berkaroke kau kat situ. perjalanan yang penuh galau itu diteruskan. sebenarnya kampung Yasmin takdelah jauh mana ngan kampung Husna. lebih kurang 100 km je.
sampai je di kampung,dia disambut dengan mesra oleh ibu bapanya. Yasmin salam dan meminta izin nak bawa masuk barang barang nya ke dalam rumah.
...
"ayah ngan mak tengok cerita apa? " soal Yasmin melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Yasmin bukanlah anak tunggal. dia ada 4 orang adik beradik and semua perempuan. bila semua perempuan ni,, faham fahamla. ramai akan kahwin awal dan ikut suami berpindah ke rumah baharu. jarang sikit nak balik. Yasmin yang tak kahwin lagi ni rajin la juga balik. tu pun dah lama.
"tengok cerita hantu. kenapa min tak tido lagi? " soal ayahnya. maknya tengah ligat lipat baju.
"tak boleh tido. lagipun min ada banyak kerja nak buat." jawab Yasmin. matanya memandang skrin tv. seorang wanita lingkungan 30 an memasuki rumah yang gelap. meskipun cerita tu agak menyeramkan, tetapi otak Yasmin sibuk memikirkan gelang Haqimi. Haqimi tu... Naqim ke? tapi kenapa dia tak terus terang je yang dia tu sebenarnya Naqim?
Yasmin meminta izin memasuki bilik tidurnya. dia membuka skrin laptop dan terus menyambung kerjanya. meskipun otak ligat bertanya,tetapi kerja tetap diutamakan. mungkin satu hari nanti dia dapat lihat sendiri jawapan yang dia tunggu-tunggukan itu.
...
Yasmin melangkah masuk ke ruang ofis ayahnya. ayahnya ada ruang ofis tersendiri dalam rumah jadi kalau nak buat kerja apa-apa,senang buat aje kat situ. Yasmin menatap wajah ayahnya yang tekun membaca surat khabar sambil meneguk secawan kopi panas. Encik Safwan perasan dan cepat-cepat meletakkan surat khabar ditepi. dia panggil Yasmin duduk di sebelahnya sebab nampak riak wajah Yasmin bercelaru.
"kenapa ni Min?beritahu ayah." pujuk Encik Safwan. Yasmin melabuhkan dirinya di atas sofa empuk bersebelahan ayahnya. "ayah ada gambar lama Min tak?" soal Yasmin. terus ke pointnya. Ayahnya buat muka 'oo' dan terus ke laci kecil bawah tv. dia mengeluarkan buku tebal bertajuk 'SAFWAN'S FAMILY' dan menghulurkannya kepada Yasmin. Yasmin menyelak perlahan-lahan buku tebal itu dengan perasaan rindu. dia terhenti pada muka surat dimana dia graduasi daripada tadika. Yasmin menatap perlahan wajah bersebelahan dengannya dalam gambar itu.
Encik Safwan perasan dan berkata, "oh tu kawan baik kamu. Naqim Haqimi tak silap." Yasmin terus memandang ayahnya. Encik Safwan terkejut memandang anak daranya. "Naqim... Haqimi? nama dia?" soal Yasmin lalu berdiri.ayahnya mengangguk teragak-agak. Yasmin terus meluru keluar rumah tanpa sebarang perkataan lalu menghidupkan enjin keretanya.
"MIN!NAK KEMANA TU NAK?" jerit mak nya. maknya baru sahaja lepas sapu sampah di halaman.
"nanti balik Min bawak menantu mak! " jerit Yasmin. membuatkan maknya terkejut. ubat apa budak ni makan ni? ayahnya memegang bahu mak dia, "biarla dia... bertambah sikit keluarga kita ni"
...
"eh min. kau bukan datang isnin ke? " soal Husna sedikit terkejut melihat Yasmin yang tercungap-cungap. "adik... adik kau , mana adik kau? " soal Yasmin. Husna beritahu yang adiknya dekat sungai. Yasmin terus meluru ke arah yang diperkatakan Husna.
baru dia sedar, dia takkan terlambat lagi. dia takkan berdiam lagi. dia akan rebut segala peluang yang ada dihadapannya. dia taknak masa lalu terjadi lagi. dia taknak kehilangan Naqim, bintang hatinya.
kakinya terhenti di hadapan sungai. langsung tiada kelibat Haqimi. dia cari punyala cari.
KREK!
Yasmin cepat-cepat toleh ke belakang. disangkakan Naqim, rupanya Efiq.
"Efiq? " soal yasmin. Efiq senyum. ingat lagi eh kat dia. si Efiq ni kalau dibezakan dengan dia waktu tadika, memang takdak beza. cuma yang beza, ketinggian dan style rambut jela. makin poyo. tapi hensem je.
"hai yasmin. lama tak jumpa kau. " sapa Efiq dengan senyuman paling mesra.
"ya, tapi aku takde masa nak borak sekarang ni. kau ada nampak Naqim? " soal Yasmin.
membuatkan senyuman Efiq mundur.'dia masih sayangkan Naqim? sejak Naqim pindah, aku lah yang jaganya. aku lah yang snyap senyap hantar biskut atas meja dia waktu dia takdak makanan. aku. semua aku. kenapa dia tetap pilih Naqim? kenapa NAQIM??? BUKAN AKU? ' Efiq berontak dalam hatinya. hatinya semakin berdegup laju menahan amarah bisikan syaitan.
"kenapa? kau masih sayangkan dia? " soal Efiq. sifat efiq yang agak obses dengan apa yang dia suka membuatkan intonasinya agak marah. membuatkan Yasmin terpinga-pinga dan memandang Efiq.
"aku kawan dia. tiada kena mengena dengan perasaan,Efiq." jawab Yasmin. agak tegas dengan penyampaiannya.
Efiq senyum hambar. sah. pasti ada sesuatu. kalau 'kawan',kenapa dia tak layan Efiq begitu juga? katanya kawan?
"Naqim kau lemas. "
![](https://img.wattpad.com/cover/323526755-288-k781745.jpg)
YOU ARE READING
Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]
Fantasy"Dulu kita sering bercerita,Tapi sekarang kita hanyalah cerita" -Yasmin Faliyah- "Ibarat bulan yang tak pernah meninggalkan bumi, bintang pun tak pernah meninggalkan langit, begitu juga diriku yang tidak akan perhah meninggalkan kenanganmu." -Naqim...