rancu

32 8 4
                                    

jantung Yasmin berdegup laju. dia segera berlari menuju ke muara sungai sambil menyahut nama Naqim. peluh di dahi tidak diendahkan.

takkan hilang cinta ku padamu,

Yasmin tercungap-cungap. Efiq memandangnya dengan perasaan benci. benci kerana Yasmin lebih memilih Naqim.

takkan hilang walau kau memilih pergi,

Efiq menolak Yasmin jatuh ke dalam sungai yang deras. kaki Yasmin yang luka terjatuh sewaktu dikebun tempoh hari ditambah calar membuatkan Yasmin hilang imbang. tubuh badannya tidak berdaya dan mula mengikut arus sungai yang deras.

takkan hilang,

mata ditutup tanda letih berjuang melawan arus yang kuat.

sampai diujung waktu ku,
mencintai mu.

tangan kanannya ditarik oleh seseorang. mata Yasmin perlahan-lahan membuka. pandangan nya kabur. tapi yang pasti, dia melihat sosok tubuh yang dicari-carinya selama ini.

"stay with me, sayang. "

badannya ditarik ke tebing sungai. kini dia sedikit sedar. dia terlihat sosok tubuh seseorang yang sangat dia kenali.

"Naqim... " ujar Yasmin. Naqim senyum tawar .

"aku dah janji aku akan jadi protector kau. forever and always. " Naqim mengambil jaket kering miliknya dan meletakkannya di bahagian bahu Yasmin untuk menghormat maruah gadis itu.

sedar tidak sedar, Efiq melangkah dibelakang Naqim perlahan-lahan lalu memukul kepala Naqim dengan dahan besar yang kuat sekali gus membuatkan Naqim terjatuh dihadapan Yasmin. darah membuak buak keluar dari kepala insan itu. matanya terbeliak terkejut memandang Yasmin yang terkejut. Yasmin mengalirkan air mata duka.

Naqim senyum tawar. badan Yasmin tersedu sedan akibat mengalirkan air mata yang terlampau banyak. semua usaha nya,.. sia sia.

Efiq sambung lagi dengan memukul Naqim mati matian tanpa belas kasihan. sepanjang pukulan maut itu, riak wajah Naqim seperti tiada rasa sakit. malah, dia hanya menatap wajah Yasmin yang takut itu dengan pandangan sayang.

Yasmin sudah tidak tahan. dia menolak Efiq jatuh ke sungai yang deras. batu-batu dan ranting yang ada dalam sungai itu bagai memahami hati duka seseorang gadis lalu menelan Efiq.

Yasmin perlahan-lahan mencapai tubuh yang tidak lagi berdaya.

"yasmin... a-aku sayang kau. meskipun aku meninggalkan kau...aku akan tetap ada d-disini. selamanya... sebagai pelindung kau... " ujar Naqim dengan pandangan sayu bercampur sayang menyatakan dia akan baik baik saja.

Yasmin mengetap bibir. darah yang membuak buak dari perut dan kepala Naqim ditatap penuh benci dan sayang.

"sampai ke hujung waktu ku... mencintaimu Naqim Haqimi. "

"jumpa disana Yasmin Faliyah. " ucap Naqim lalu membaca kalimah syahadah buat kali terakhir.

pandangan menjadi kelam,
daun-daun membelai tanda selamat,
hujan yang turun semakin lebat mengalirkan darah ke sungai menandakan disitulah tapak dimana seorang insan menghembuskan nafas terakhir,
imbasan memori mula berlayar di ruang minda Yasmin,
disitu juga, awan melihat persahabatan mereka dipenuhi duka dan lara.

Awal menggebu-gebu
Ujungnya semua rancu

Katanya cinta sedalam samudra
Bohong nyata kita berakhir juga

Tahukah sakit yang tak terobati
Belum sempat sembuh tertikam lagi

(muak)

-protector end-

Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]Where stories live. Discover now