kebun

23 8 8
                                    

Yasmin menyarungkan tudung bawalnya. dia membelit gaya simple ala ala gaya moden. pin ditengah, pin dikanan, pin dikiri ha siap. tutup dada, tutup aurat ,tutup jalan ke neraka.

dia keluar dari bilik nya, "kau dah siap? " soal Husna yang baru sahaja keluar dari dapur. dia menghidangkan nasi goreng kampung dan air milo. Yasmin angguk dan duduk di atas kerusi.

"kita tunggu nenek dan qimi dulu ya. kita makan sama sama sebelum ke kebun. " ujar Husna.

Husna ni, walau sesibuk mana pun dia, keluarga tetap nombor satu dan sesibuk mana pun semua orang dalam rumah ni, makan bersama sama tak pernah tinggal. Husna pernah cerita adiknya tu adik angkat. keluarga Husna ambil Haqimi sebagai anak angkat pada umur nya 14 tahun. Husna berumur 17 tahun. tapi,waktu nak balik dari rumah anak yatim tu, mereka accident langgar lari. mak ayah mereka tak selamat. cuma tinggal mereka berdua je. jadi nenek ambil dan jaga mereka. sekurang-kurangnya mereka masih ada tempat berteduh. Yasmin bersimpati dengan keluarga Husna.

lamunannya terhenti apabila Haqimi melabuhkan punggung disebelah nenek. Husna menghulurkan nasi goreng kampung dan air milo kepada nenek dan Haqimi.

"nenek nak pergi kebun juga? " soal Haqimi sambil memandang nenek. nenek angguk, "ye, nenek nak jumpa mak cik rokiah. lama tak dengar khabar nya. sihat ke tidak taktahu la. " jawab nenek.

...

"Min, kau ikut Haqimi. aku gi teman nenek jumpa acik rokiah jap ok.nanti aku datang balik" Husna memandang Yasmin sebelum ditinggalkan ditangan Haqimi. Yasmin angguk.

Husna dan nenek pun beredar. Yasmin memandang Haqimi. "kau boleh buat kerja berat? " soal Haqimi. aik, perempuan takleh buat kerja berat ke? desis hati Yasmin. Yasmin angguk. "okay, tapi takdelah berat mana. kau tolong kutip sampah tepi longkang tu okay? " soal Haqimi. kang kalau dia suruh bercucuk tanam hangat hangat ni memang kena la. orang kata, kita jangan buat perempuan annoying and benci kita. nanti dia ingat sampai bila bila. memang takla kena ungkit.

Yasmin akur. "kau.. buat apa? "soal dia pula.

"aku habiskan bercucuk tanam ni. dah siap nanti, aku tolong kau pula"

aiseh baiyek siak mamat ni. ingatkan sifat hantu dia semalam keluar, rupanya dia simpan elok eh. not bad. boleh buat calon suami,.. eh.

Yasmin pun, apa lagi, ambikla beg plastik hitam lepastu kutip sampah. ada banyak juga sampah tapi takde lah banyak mana. takat 20 ke 30 gitula sampah nya. sampah dia banyak botol, kertas, plastik, tin minuman ha rokok pun ada ye. kalau nak kira memang tak sempat.

matahari mula menaik. dah tengah hari kan, silaula juga. Yasmin mengecilkan matanya sebab sinaran matahari. sedar tak sedar dia terpijak satu dahan mudah patah dan jatuh ke dalam longkang. (dahan yang salah,yasmin tak pernah salah)

"aduh! "

sikunya berasa pedih, dia tengok ya Allah berdarah. lututnya pun bukan main lagi calarnya. ye lah, longkang tu banyak dahan dan duri tajam yang memang sakit.

Haqimi memandang tepat ke arah bunyi itu. "yasmin?" dia panggil yasmin banyak kali. perasaan risau, kesal, bersalah sebab beri arahan-kutip-sampah-tepi-longkang tadi mula kuasai diri.

dia melihat ke dalam longkang. keadaan Yasmin yang parah tu buatkan diri nya lagi kesal. "weh yasmin, aku minta maaf. " dia hulurkan sarung tangan nya untuk Yasmin tarik naik ke atas. "aku tak boleh, Haqimi.. kaki aku sakit, aku tak boleh bangun... "Yasmin mendongak memandang Haqimi. muka dia nak nangis (muka qimi tula). Haqimi mula ambil langkah dan terjun ke dalam longkang tersebut.

Haqimi papah Yasmin. "kau bertahan ngan aku eh" bisik Haqimi ke Yasmin. Yasmin mengganguk lemah. tiba-tiba Yasmin terlihat pergelangan tangan Haqimi,, macam ada gelang. yang bertulis 'NAQIM'. Yasmin mengerutkan dahinya. "gelang apa tu Haqimi?" soal Yasmin sambil menunjukkan gelang tu. "oh ni? takda apalah. jom kita naik" Haqimi mengelak dari menjawab soalan itu.

Haqimi pun mengangkat Yasmin keluar dari longkang itu dan memapahnya masuk ke dalam kereta. dia berlari anak pergi kampung sebelah. luka di pipi, di kaki tidak dihiraukan. yang pasti, keselamatan Yasmin.

...

"Min,kau ok? " soal Husna. dia menghulurkan cawan berisi air mineral kepada Yasmin. Yasmin mengambil dan kembali termenung luka luka nya yang siap dibalut. "sakit lagi ke kaki kau? " soal Husna. soalan sebelum ni tak terjawab. "aku okay. tapi,, aku nak tanya sedikit pasal adik kau. boleh? "soal Yasmin pula sambil memandang Husna.

Husna angguk mengiyakan. "apa nama penuh adik kau? " Yasmin menyoal Husna. Husna duduk bersila disebelah Yasmin. "Haqimi Faizal. kenapa? " jawab Husna.

"kenapa adik kau pakai gelang nama 'NAQIM'?" Soal yasmin terus terang. ingat dia lupa siapa Naqim? tak. dia tak pernah lupa. rakan terbaik sejak tadika. bagi diala. tapi bagi Naqim, siapa lah dia kan..? (adu sedeh plak)

"entah. kawan dulu dia kot. kau tanyala dia. dia tahu la benda benda gini. dia kuat berahsia juga. tapi aku tengok cara dia layan kau tadi, insya Allah dia buka hati nak bercerita. " terang Husna membuka pintu semangat Yasmin. Yasmin senyum lemah.

...

Yasmin membuka mata nya. perlahan-lahan dia bangun dan memeriksa jam. pukul 3:15 pagi. dia Memandang Husna di sebelah. amboii kemain tidur dia ya. meleleh air liur. Yasmin gelak kecil.

dia perlahan-lahan turun dari katil dan menyarungkan tudung sarung. kang terjumpa Haqimi kang, naya dia. dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur nak ambil secawan air. tapi dia pelik lampu dapur terbuka. dia pun redah jela. mungkin nenek tak tidur lagi cari air jugak macam dia. tapi sangkaan nya tidak tepat. kelihatan Haqimi sedang menelan ubat pil. mungkin dia sakit. desis hati Yasmin.

Haqimi menoleh ke arah Yasmin dan senyum. "tak tidur lagi? ke tak boleh tidur? " soal Haqimi memandang Yasmin. "terbangun" jawab Yasmin sepatah. kaki yang luka dihinjutkan dan berjalan mengambil cawan lalu diisikan air mineral.

Yasmin mengerling ke arah Haqimi yang sibuk menyimpan ubatnya dan menyusun nya di almari mangkuk dan cawan. Haqimi pun perasaan dengan tindakan Yasmin tu lalu senyum,"aku demam." jawab Haqimi sepatah dan kembali menyimpan ubatnya. demam demam still boleh angkat orang ek?lejen qimi ni.

"qimi,aku nak tanya sesuatu,,boleh?"soal Yasmin meminta izin takut tersinggung kan hati jejaka itu. Haqimi memandang Yasmin dengan muka ingin tahu.

"siapa Naqim? " soal Yasmin.

Haqimi mengeluh. dia mengusap lehernya. lama kemudian, dia membuka cerita.

"Naqim adalah pewira. dia berani berjuang. tuje aku mampu cakap. " jawab Haqimi. acuh tak acuh. dia segera meninggalkan Yasmin yang masih terpinga-pinga dan clue less.

Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]Where stories live. Discover now