(15 tahun)
Yasmin menjinjing barangan yang baru sahaja dibelinya tadi di Kedai Runcit Suria. dia berjalan dan mengamati pemandangan yang indah sambil bersyukur masih dapat hirup udara yang segar. udara lepas hujan ni memang segar dan berangin. alhamdulilah lepas musim kemarau berlalu selama seminggu, hujan turun ke membasahi muka bumi.PAM!
"HAHHAHA b*d* punya kucing! "langkah Yasmin terhenti. dia merenung ke arah kucing yang baru sahaja dilanggar oleh motor budak-budak nakal.
"ya Allah... " Yasmin berlari menuju ke arah kucing itu.
hatinya berdebar, tangannya menggigil. air mata mula bertakung di kelopak mata.
"cingg, kau ok takk? " Yasmin memandang kucing itu dengan perasaan simpati.
kejam sungguh perbuatan manusia terlaknat ini. tiada respon daripada kucing itu. tiba-tiba Yasmin terlihat Naura, rakan sekelas Yasmin keluar dari rumahnya akibat terkejut dengan gelak tawa budak-budak nakal itu.
"ya Allah, yasmin! kenapa ni? kenapa dengan kucing ni? " soal Naura cemas.
"ada budak-budak nakal naik motor langgar kucing ni tadi... " jawab Yasmin.
menghalang dirinya untuk nangis di hadapan Naura.
"ya Allah.. em takpe, jap Naura panggil ayah Naura. dia tahu apa nak buat. " ucap Naura sebelum meninggalkan Yasmin dan kucing malang itu ditepi jalan.
air mata Yasmin jatuh. melihat kelopak mata kucing itu seakan-akan kuyu dan tidak larat. darah kucing yang mengalir keluar dari perut membuatkan Yasmin lagi sebak. dirinya tidak kuat melihat makhluk ciptaan tuhan terseksa begini. tidak lama kemudian, Naura keluar dengan ayah nya, Encik Tauriq.
"ya Allah sian nya kucing ni. "Encik Tauriq menekup mulut dan mula memeriksa kucing itu.
mukanya sedih memandang kucing yang tidak lagi bernyawa. kemudiannya, dia memandang Naura dan Yasmin. Yasmin menelan air liur pahit.
"Naura, bawa Yasmin balik rumah dengan selamat. ayah akan cuba call Encik Danial untuk uruskan kucing ini. " arah Encik Tauriq kepada anaknya. Naura mengangguk perlahan.
...
"yasmin, kau ok? " soal Naura.
sepanjang perjalanan, Yasmin hanya memandang bawah. Naura jadi pelik dan tertanya-tanya. soalan Naura tadi tidak terjawab. 'mungkin Yasmin trauma agaknya. 'desis hati Naura. tiba-tiba Yasmin berhenti. Naura jadi lebih pelik.
"Naqim nak pindah ke? " soal Yasmin sambil memandang ke rumah Naqim.
ada ramai orang mengangkut barangan berat dari rumah Naqim ke dalam lori besar.
"hm? kau tak tahu? dia tak bagitau kau ke? bukan korang kawan baik ke? "soal Naura bertubi-tubi.
'Naura tahu? kenapa aku tak tahu? ' soal Yasmin dalam hati.
"Naura. kau baliklah, aku nak jumpa Naqim sekejap. " arah Yasmin sambil menguntumkan senyuman manis kepada Naura.
Naura mengangguk dan berjalan pulang kerumah nya.
Yasmin mendekati rumah Naqim.
"aa bang, tuan rumah ni nak pindah ke? " soal Yasmin kepada seorang jejaka yang baru sahaja mengangkat sofa rumah Naqim.
"ya, kenapa? " soal abang itu.
"takda apala.. " Yasmin mematikan hasratnya untuk berjumpa dengan Naqim.
dia melangkah keluar dari halaman rumah Naqim dan berjalan pulang. kakinya agak sedikit lemah dengan kejadian langgar lari tadi. dan kini, dia dapat tahu rakannya sendiri ingin pindah tanpa sebarang berita. barulah dia sedar kenapa Naqim semakin menjauh kan diri darinya sejak kebelakangan ini. yasmin memandang gelang yang dia buat dengan Naqim 10 tahun lalu di tadika. perasaan sebak mula menguasai dirinya. awan yang dahulunya menjadi saksi ketulusan persahabatan mereka, kini menjadi saksi roboh nya benteng persahabatan yang sudah lama terjalin sejak mereka berdua umur 5 tahun.
dia tidak boleh memaksa. mungkin Naqim ingin melupakannya atau Naqim sudah melupakannya. sekiranya Naqim ingin dia tahu, sudah tentu lelaki itu sudah beritahunya sejak awal lagi.
lagipun, mereka kan kawan?
YOU ARE READING
Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]
Fantasy"Dulu kita sering bercerita,Tapi sekarang kita hanyalah cerita" -Yasmin Faliyah- "Ibarat bulan yang tak pernah meninggalkan bumi, bintang pun tak pernah meninggalkan langit, begitu juga diriku yang tidak akan perhah meninggalkan kenanganmu." -Naqim...