Husna

25 8 0
                                    

8 tahun berlalu. benarlah orang kata, manusia mudah datang dan pergi. andai seseorang itu datang ke dalam hidup kita dan mengatakan hasrat untuk menetap, itu hanyalah kata-kata janji yang bakal dipatahkan suatu hari nanti.

...

"min, jom lunch"ajak Husna,rakan sekerja Yasmin.

Yasmin yang tadi memandang skrin komputer kini memandang Husna. senyuman di bibir mekar.

"kau pergilah dulu. aku kenyang lagi ni" balas Yasmin.

"sure? kau tak lapar? aku belikan lah nasi goreng ke apa. "ucap Husna.

Husna ni bagaikan ibu lah kat sini. walaupun pangkat dia tinggi, dia tak lupa daratan,tidak lupa asal usul dia. jadi dia berlembut dengan pekerja-pekerja yang baru ataupun yang lama.

"ha yela. ni aku bagi kau duit. "Yasmin mencapai dompet nya.

"tak payah. aku belanja. " Husna menguntumkan senyuman.

Yasmin membalas "eih kau ni. mana boleh."tolak yasmin.

"halah kau ni, takat nasi goreng je pun. tu pun nak kecohla. saya tahu anda lapar. bentar ya saya pi beli sat. "Husna melangkah keluar dari pejabat. haih Husna.. husna..

...

"here u go. eatla" Husna menghulurkan bekas polisturena yang berisi nasi goreng.

"thanks na. kau makan apa tadi? "soal Yasmin.

Husna mengambil tempat duduknya iaitu disebelah meja Yasmin.

"mee goreng mamak. sedap gila rasa dia" jawab Husna.

siap bagi review lagi. tu belum suruh rate lagi. Husna menatap komputer ribanya sementara Yasmin pula membuka bungkusan makanan itu untuk dijamah.

"by the way min, minggu depan aku takda balik kampung sat. "ujar Husna.

"kau dah bagitahu bos? "soal Yasmin.

Husna memandang yasmin.

"ala hang habaqla sat"pinta Husna.

"awat lak. kau yang nak gi, bukan aku"tolak Yasmin.

Husna pegang tangan yasmin. noh bersungguh.

"kau minta la cuti sekali. kampung kau dekat dengan kampung aku kan?jomla pergi lawat family kau sekali. lagipun bos lembut sikit dengan kau. manatahu kalau kau yang minta ,bos bagi"pujuk Husna.

Yasmin terdiam. memang dah lama dia tak balik menjenguk mak abah yang berada di kampung. apa salahnya kan, menjenguk keluarga sekali sekala?

"ya lah, ya lah. tapi kau kena teman aku. "

"ha okay"

...

Yasmin meletakkan beg besar ke dalam bonet kereta milik Husna

"done? "tanya Husna.

Yasmin mengganguk lalu menutup pintu bonet. Husna menghulurkan kunci rumah Yasmin. kemudian mereka masuk ke dalam kereta dan terus menuju perjalanan ke kampung Husna. cadangnya, nak menetap di kampung Husna dulu seharian, baru Husna akan hantar Yasmin ke kampungnya pula.

...

Husna menekan brek. dia melihat cuaca di luar tingkap kereta. sudah malam. badannya letih. dia melihat Yasmin yang duduk disebelahnya sedang lena dibuai mimpi.

"min. bangun. kita dah sampai. " Husna mengoncang lembut badan Yasmin.

Yasmin membuka mata perlahan-lahan.

"aku pergi panggil adik aku jap, tolong ambilkan barang" Husna membuka pintu kereta dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Yasmin yang masih mamai.

Yasmin mengosok mata nya perlahan-lahan. bantal Spongebob yang dipeluknya sepanjang perjalanan diletakkan di seat belakang. dia mula meregangkan otot-otot yang lenguh. dia melihat keadaan kampung Husna. cantik juga. first time kan datang sini. dia menoleh ke kiri..

"AAHH! "

Yasmin menutup matanya. dia ternampak satu lembaga macam manusia tengah memerhati kan nya . begitu dekat . kalau takda cermin tingkap kereta tu rasa dah innalilah. mulut 'hantu' tu ternganga, mata terbeliak fuh naaa serammm. Yasmin bce ayat kursi kuat-kuat.

"yasmin! kau ok tak? "Husna mengetuk tingkap Yasmin.

Yasmin membuka matanya perlahan-lahan. ternampak wajah Husna yang tengah risau. Yasmin cepat-cepat keluar dari kereta dan memeluk Husna. Husna jadi pelik dan terpinga-pinga.

"tadiii, aku nampak ade hantuu. mata dia terbeliak, mulut terlopong. Seramm " adu Yasmin.

Husna yang ikhlas mendengar mula ketawa.

"asal kau gelak ni? kau ingat aku main-main ke?? " soal Yasmin.

muka Yasmin tak puas hati.

"hahaa,, takdelahh. tu bukan hantu, tu adik aku lahh" jawab Husna sambung ketawa.

Yasmin mengerutkan dahinya. 'adik? tak tahu pula si Husna ade adik. ke,,, dia yang tak pernah ambil tahu? ' soal hati Yasmin dalam keadaan mamai

"halo"

"AAH! "

seorang jejaka yang muncul secara tiba-tiba di belakang Yasmin membuatkan gadis itu terkejut.

"aku adik kak Husna. nama aku Haqimi. "

"aku Yasmin. "

Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]Where stories live. Discover now