Aura tersenyum hambar melihat pandangan di hadapannya ini.. Irdina dan Idris sedang bermesraan di dapur.. pemandangan ini sebijik macam sepasang suami isteri yang bahagia..tipula kalau diri ini tiada sedikit pun perasaan cemburu
Senyuman di bibir lelaki itu di lihat penuh dengan perasaan cemburu.. kenapa Idris tak pernah sekalipun tersenyum ke arahnya?kenapa senyuman itu mudah terukir apabila dia dengan Irdina?
"Aura kenapa berdiri dekat sini? mari tolong ummi masak"tegur puan Halijah dengan senyuman manis
Terusik sedikit hatinya apabila Aura hanya menjadi pemerhati kemesraan Irdina dan Idris..dia tau yang gadis itu cemburu tetapi tidak mampu terluah dengan kata-kata.. apalagi bila Aura tau yang Irdina dan Idris hanya sekadar adik beradik angkat
"Haa?ermm Aura tak pandai masak ummi"balas Aura perlahan malu apabila kini dia sudah menjadi pemerhatian sang suami
Hilang terus senyuman yang terukir di bibir lelaki itu..hina sangatkah diri ini sampaikan laki sendiri pun meluat?
Irdina sudah mati akal apabila melihat riak wajah Aura yang keruh membuatkan dia serba salah 'kau dah buat kak Aura cemburu dina!' bisik hatinya geram
"Apa salahnya kalau tak pandai masak?ummi boleh ajarkan..dina pun boleh tolong"puan Halijah menggosok lengan Aura perlahan tidak mahu gadis itu membuat muka murung lagi
Aura mengangguk perlahan sebelum mengukir senyuman hambar.. perlahan dia melangkah masuk ke dapur dan mengambil tempat di sisi suaminya.. bertambah kecewa hati Aura apabila lelaki itu langsung tidak memandangnya
"Awak ikat rambut dulu takut masuk dalam makanan..dina ada getah lebih ni"getah rambut kepunyaannya di berikan kepada Idris dan dia memberi isyarat supaya lelaki itu mengikat rambut Aura
Idris hanya memandang getah rambut itu lama sebelum mengambilnya malas
"Takpe,saya buat sendiri"getah yang berada di tangan lelaki itu cuba diambil namun Idris lebih cepat menepisnya
"Diam"sepatah kata itu sudah cukup membuatkan tubuh Aura kaku berdiri tegak..tidak mampu untuk melawan
Idris berjalan ke arah belakang badan Aura dan rambut gadis itu di pegang penuh dengan debaran di dada.. dengan gerakkan yang perlahan dia mengikat rambut gadis itu dengan gaya pony tail dan terserlah lah leher putih gadis itu membuatkan Idris tidak senang duduk
"Thanks"ucap Aura malu mukanya sudah berubah merah 'aa hensemnya laki kita!!'terus di lupakan masalah cemburunya sebentar tadi
"Meh sini ummi ajar siang udang"gamit Puan Halijah dengan senyuman gembira
"Dina tolong umi potong bawang yaa"tawar Irdina pula dengan senyuman penuh makna 'cepat laa aku dapat anak buah kalau macam ni'
"Baik Ummi"Aura berjalan laju ke arah Puan Halijah ingin berjauhan dengan suaminya 'tak baik untuk jantung!'
Idris berdehem sedikit ingin menghilangkan rasa pelik di hatinya sebelum dia berjalan menuju ke arah Irdina ingin menolong gadis itu mengupas bawang
MCH
Sepanjang proses mereka masak bersama..mata Idris tidak lari dari memandang gerak geri Aura membuatkan gadis itu tidak selesa
"Yang abang pandang kak Aura macam tu kenapa?kesian dia dah macam cacing kepanasan"usik Irdina lengan Aura di singgul perlahan
"Aku tengok isteri aku sendiri pun tak boleh ka?yang kau tu bila nak cari laki?duduk habiskan beras ummi jek"balas Idris sinis
Aura menahan senyumnya apabila mendengar perkataan yang baru diucapkan oleh lelaki itu

YOU ARE READING
Zauji [C]
Romance-first of all, author nak cakap yang cerita ni di published sewaktu author baru nak jinak-jinak dalam dunia penulisan.so,sebarang kesalahan ejaan harap di maafkan. Sebab author malas nak edit semula! InshaAllah next book author cuba perbaiki- Hidupn...