MCH 14

274 17 0
                                    

Rumah banglo dihadapannya ini dilihat penuh debaran 'kenapa aku rasa tak sedap hati?ya Allah kau lindungilah aku dari perkara yang tidak baik aamiin'

Walaupun rasa takut menghantui dirinya,di gagahkan juga kaki untuk melangkah kerana hati meronta-ronta ingin tahu hubungan Affan dan gadis yang berada di dalam panggilan itu

"Bismillah.."pintu pagar rumah itu di tolak perlahan sambil matanya melilau mencari kelibat seorang gadis

"Takkan panggilan hantu kot?"Irdina menggeleng kepala sedikit apabila memikirkan perkara negetif yang bermain difikirannya

Badan yang mulai rasa seram sejuk digosok menyalurkan kekuatan pada diri sendiri

"Arghh!"teriakkan suara seorang gadis itu mengejutkan Irdina

"Siapa tu?"pintu utama rumah banglo itu di lihat gerun 'memang betul dia dengar bunyi tu datang dari rumah ni!dia tak pekak!'

"Sakit!"sekali lagi mata Irdina memerhati tajam pintu utama rumah itu dengan penuh curiga

Dengan perasaan ingin tahu,pintu utama rumah banglo itu ditolak kasar

Hampir pitam dia apabila melihat seorang gadis digantung dengan pakaian yang sudah dipenuhi darah dan ada kesan koyakan

"Tetamu undangan dah sampai! welcome to the hell!"suara robot tersebut berjaya menarik perhatian Irdina yang sudah tekaku

Matanya melilau mencari kelibat yang sedang bercakap..

Penglihatannya yang samar-samar akibat ruang yang begitu gelap itu menyukarkan Irdina untuk mencari punca suara tersebut

makin berdebar hatinya apabila melihat seseorang yang berpakaian hoodie dan topeng yang menampakkan mulut sahaja sedang merenungnya tajam

"Kau siapa?"badannya yang mulai bergetar ditenangkan sambil berdoa di dalam hati berharap supaya ada seseorang yang datang membantunya

"Malaikat maut..mybe?"senyuman sinis diukir apabila melihat badan mangsanya yang mulai bergetar hebat 'aiii baru intro dah takut?ni belum lagi masuk isi-isi penting'

"Apa urusan kau dengan Affan?!"soal Irdina pura-pura berani..melihat dari susuk tubuh yang bertopeng itu dia pasti yang susuk tubuh itu milik seorang lelaki!

Dimana gadis yang membuat panggilan dengan Affan petang tadi?

"Affan?sejak bila aku chat Affan ye?"dagunya diusap seolah-olah memikirkan sesuatu

"Ouh!petang tadi eh?pastu,kau pun bodoh pergi selidik sorang-sorang kan?"soal si pelaku gembira seolah-olah mangsanya sudah termasuk perangkap

"Kau.."tidak mampu dia menuturkan kata-kata apabila melihat kelibat itu menghampirinya

"Shuuu aku bukan sengaja nak perangkap kau..aku cuma nak Affan sedar yang dia tak patut masuk campur urusan aku je"muka Irdina yang bertutup itu di cengkap kuat membuatkan gadis itu berdecit perlahan

"Mungkin aku takkan sakitkan kau.."ayatnya sengaja di gantung sebelum dia merapatkan mulutnya ke telinga gadis itu

"Tapi aku akan bunuh kau?"sambungnya sinis dengan sepantas kilat tudung sarung yang dipakai Irdina ditarik kasar

"Tolong..lepaskan aku"rayu Irdina apabila memikirkan nasibnya yang seterusnya

"Lepaskan?kau ingat lepas lelaki tu hancurkan rancangan aku.. senang-senang aku nak lepaskan?!"kini rambut Irdina pula menjadi sasarannya

Tubuh Irdina ditarik tanpa belas kasihan dan di baling bersebelahan dengan seorang gadis yang sudah lemah

"Kawan baru kau"ucapnya sambil ketawa gembira..tangan dan kaki Irdina diikat kemas

Zauji [C]Where stories live. Discover now