MCH 12

229 15 0
                                    

Affan mengambil tempat di hadapan gadis yang sangat dikenalinya itu dengan pandangan kosong

"Kenapa kau ajak jumpa?"soal Warda sekadar untuk memulakan bicara walaupun dia tahu apa yang menyebabkan lelaki itu datang berjumpa dengannya

"Aku nak kau berhentikan semua rancangan kau"balas Affan menahan geram apabila melihat muka tidak bersalah gadis itu

"Mana ada aku rancang apa-apa"kata Warda beriak biasa

"Kau jangan ingat aku tak tau kau yang bunuh semua lelaki yang rapat dengan Aura kan?!"ucap Affan mulai hilang sabar

"Heh?lambat betul kau tau kan?ingatkan bijak sangat"balas Warda sinis sebelum menyambung bicaranya

"Cerita dia senang je,kalau Aura tu tak sundal sangat pergi mainkan perasaan lelaki..aku takkan tergamak buat dia macamtu..dia yang buat aku jadi pembunuh..dia yang paksa aku jadi macam ni"ucap Warda psyko

"Kenapa kau bunuh lelaki-lelaki tu?kenapa tak bunuh terus Aura?kan bagus kalau kau musnahkan PUNCA dia?"balas Affan bermain kata

"Kalau ikutkan memang aku nak buat macam tu..tapi,Airil kata kalau aku bunuh Aura,dia akan bunuh aku"balas Warda sayu

"Pastu kau ingat kalau kau bunuh semua lelaki tu boleh puaskan hati Airil KAU tu ke?!"soal Affan lagi tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Warda

Dari dulu sampai sekarang dia tidak tahu apa sebab wanita itu membunuh semua lelaki yang rapat dengan Aura.. bukan ke kalau betul sebab nak balas dendam kena hapuskan punca dia?

"Hahaha lawak la kau ni..kau kan selalu ikut aku?takkan kau tak tau sebab apa?ke kau nak aku bunuh kau?sebab kalau aku bunuh kau..aku takde halangan nak bunuh Aura kan?"balas Warda sebelum bangkit dari duduknya telinga lelaki itu di dekati sebelum dia membisikkan sesuatu

"Kau akan buat apa sahaja kalau tengah terdesak"selesai sahaja mengucapkan ayat tersebut dia membuka langkah pergi dari situ

MCH

"Habibi!mana awak?"panggil Aura sambil menahan air matanya yang hendak mengalir 'mana shuben saya ni?'

"Ye saya kenapa ni?"soal Idris risau apabila melihat muka Aura yang hampir menangis

"Tengok ikan ni taknak mati!huarghhh!saya dah ketuk dia pakai pisau pun dia hidup lagi!"adu Aura bersungguh sambil menunjuk ke arah ikan keli yang berada di singki

"Haishh kenapa awak tak suruh saya je siang ikan ni?"soal Idris dengan tangannya yang lincah sahaja bergerak mematikan ikan keli tersebut

"Saya taknak susahkan awak"balas Aura sambil menunduk dan memainkan jari-jemari sebijik seperti kanak-kanak yang membuat salah

"Sekarang bukan awak susahkan saya jugak ke?"tangan yang terkena kotoran darah ikan tadi di basuh sebelum pandangannya tertumpu ke arah Aura yang sedang menunduk

"Saya tak marah awak pun..cuma,lain kali kerja memasak ni biar saya je buat..awak tolong saya kemas rumah je okey?"soal Idris dalam nada memujuk

Aura sekadar mengangguk dan diikuti dengan air natanya yang laju sahaja mengalir membasahi pipinya

"S...saya m...minta m...aaf"ucap Aura dalam tangisan tubuh suaminya dipeluk erat

"Dah,takyah nangis..sekarang ni awak tunggu kat luar biar saya siapkan makan malam ye?"arah Idris membawa isterinya ke ruang tamu

Zauji [C]Where stories live. Discover now