Kenduri doa selamat yang diadakan di kampung Idris dipenuhi oleh lautan manusia
Aura hanya menjadi pemerhati antara Idris dan Irdina yang sedang berbual mesra..rasa dihati cuba untuk di buang jauh 'kau kena faham yang diorang memang rapat dari dulu lagi'
"Serasi kan Idris dengan Dina tu?sama padan"ucapan makcik yang duduk di meja sebelahnya di dengar tanpa memberi sebarang reaksi
"Betul tu,kalau diorang kahwin,aku setuju sangat!"sahut makcik yang seterusnya dengan tangan yang naik menepuk lengan kawannya
"Eh jah!kau nak pergi mana?taknak layan kawan kau ni ke? penat-penat kitorang datang jauh-jauh"bahu Puan Halijah disentuh lembut menghalang Puan Halijah dari pergi dari situ
"Aku nak pergi dekat menantu aku la..takkan nak join korang gosip pulak kan?tak pasal-pasal tambah dosa aku yang dah banyak ni"balas Puan Halijah sinis,panas sahaja matanya apabila melihat muka Aura sudah cemberut mendengar perbualan kawannya itu 'dah tua bangka pun sibuk ship-shipkan orang!'
"Laa kau tak cakap pula yang Idris dah kahwin?kenapa?kena tangkap khalwat ke?"mana taknya kalau hilang tanpa khabar dan tiba-tiba cakap anak dia dah kahwin?
"Daripada kau duduk mengata anak menantu aku..lebih baik kau jaga anak kau tu,semalam aku tengok bukan main gendong anak dara orang"lengan Aura ditarik masuk ke dalam rumah
"Kenapa Aura tak cakap je yang Aura tu menantu umi? biar diorang ternganga tengok menantu umi yang cantik ni"muka menantunya direnung dalam mencari jawapan di sebalik wajah cemberut itu
"Aura taknak keruhkan lagi keadaan,lagipun dina mesti masih trauma dengan apa yang dah berlaku sekarang ni"balas Aura menunduk dan jari-jemarinya dimainkan sesama sendiri
"Haih yela..umi tengok Aura ni macam dah berisi sikit?dah ada ke orang dalam perut tu?"soal Puan Halijah dengan penuh pengharapan
Sudah hampir 5 bulan mereka mendirikan rumah tangga takkan masih tak dikurniakan zuriat lagi?
"Entahlah umi,Aura dah takut nak check..asyik negetif ja,dah penat berharap"muka Puan Halijah di pandang sayu
Dia sedar yang badannya makin berisi sekarang..tapi, takkanlah sebab mengandung?ni mesti sebab masakan suami aku tu sedap sangat!sampai tak boleh nak diet!
"Jangan putus asa ya? InshaAllah adalah tu rezeki lain kali"lengan Aura di usap memberi semangat kepada menantunya
"Baik umi,Aura masuk rumah dulu ya? tiba-tiba rasa penat"kaki di atur masuk ke dalam rumah kampung tersebut apabila mendapat keizinan Puan Halijah
Kakinya kebas,kepala dia pening dan rasa mual..dia mengandung kah?
MCH
"Riss!kau buat apa dekat sini?"telinga anaknya yang sedang berbual dengan tetamu ditarik geram
"Ya umi?kenapa?sakit laa"adu Idris sambil memegang telinganya yang mulai memerah
"Bini kamu sakit dekat atas..kamu boleh lagi huhu haha dengan kawan ye?"muka bengis ditayangkan geram melihat sikap anaknya yang tidak mengambil tahu tentang keadaan menantunya
"Sakit?tadi riss tengok dia okey je?"telinganya yang memerah diusap perlahan 'sakit oii!'
"Tengok? isteri sendiri sakit pun tak tau!pergi tengok dia dalam bilik tu!"belakang badan anaknya ditolak
Tanpa sebarang kata,langkah diatur menuju ke bilik tidurnya dengan salam dia masuk ke dalam bilik itu
"Zaujah?heyy kenapa nangis ni?sakit sangat ke?"tubuh kecil isterinya yang sedang menangis ditarik ke dalam pelukan

YOU ARE READING
Zauji [C]
Romance-first of all, author nak cakap yang cerita ni di published sewaktu author baru nak jinak-jinak dalam dunia penulisan.so,sebarang kesalahan ejaan harap di maafkan. Sebab author malas nak edit semula! InshaAllah next book author cuba perbaiki- Hidupn...