Disebabkan ramai sangat yang minta untuk cerita Irdina dan Affan kita buat special chapter untuk korang!enjoy!jangan lupa comment
______________________________________Tangan yang diukir dengan inai merah itu di tenung dengan perasaan hiba
"Sanggup ke aku nak terima lamaran orang yang aku tak suka? sanggup ke aku nak lukakan hati abang Rayqal?"keluhan kecil terlepas dari mulutnya apabila memikirkan masalah yang dia alami sekarang
"Anak umi kenapa murung je ni?"soal puan Halijah sambil tersenyum manis
Tidak sangka bahawa anak yang diambil sebagai anak angkat dahulu kini akan bertukar status menjadi tunang orang
"Mana ada dina murung.pihak lelaki dah sampai ke umi?kenapa dekat luar tu senyap je?"soal Irdina hairan 'takkan abang Rayqal tiba-tiba nak batalkan pertunangan?'
"Abi kata diorang datang lewat sikit"balas puan Halijah sambil merenung anak gadisnya seperti ingin bertanya sesuatu
"Kenapa umi pandang dina macam tu?"Irdina mula tidak senang duduk apabila melihat emak angkatnya ini seakan-akan tahu apa yang cuba dia sampaikan
"Dina betul-betul nak terima lamaran Rayqal?"akhirnya soalan yang sudah lama dipendam akhirnya terkeluar jua
"Kenapa umi tanya macam tu?abang Rayqal kan orang yang baik dan kuat agama siapa je yang akan tolak lamaran dia kan?"dia mula bermain dengan jari jemarinya bagi menghilangkan rasa gugup
'kenapa kau perlu jaga hati orang lagi dina?!kau sanggup biarkan hati kau terluka?!'
"Memanglah Rayqal tu dah cukup lengkap untuk jadi calon suami..tapi,umi taknak tengok dina salah pilih peneman hidup..kahwin ni bukan berkali-kali tau"pesan puan Halijah sambil mengusap lembut tangan Irdina
"Memanglah orang kata cinta lepas kahwin ni lagi seronok..tapi,banyak sangat ujian yang kita kena hadap tu..yelah,nak kena belajar untuk ambil hati masing-masing..benda ni ambil masa yang lama"sambung puan Halijah panjang lebar. Hati tuanya dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang dipendam oleh gadis kecil itu
Irdina menunduk lemah apabila mendengar pesanan puan Halijah
'ikhlas ke aku terima abang Rayqal jadi calon suami aku?'"Dina fikirlah dulu ya?umi nak tunggu dekat luar.. rasanya pihak lelaki dah sampai tu"dia menepuk bahu Irdina sebelum berlalu keluar daripada ruang bilik tersebut
Bilik yang Irdina duduki saat ini dan ruang tamu hanya terhalang dengan tirai putih.ini semua permintaan daripada haji Yusri sendiri. Alasannya supaya pihak lelaki tidak perlu bersemuka dengan calon pengantin perempuan sebelum akad nikah berlangsung tidak manis katanya
Suara riuh rendah dengan pantun dapat didengari dengan jelas di pendengaran Irdina saat ini
Jantungnya kembali memainkan alunan gendang yang sangat kuat 'terima atau tolak?'
"Betulkah keputusan aku ni ya allah?"air matanya yang hampir sahaja mengalir di lap dengan hujung tisu tidak mahu merosakkan hari yang dinantikan oleh umi dan abinya
Dia buntu..dia keliru
"Assalamualaikum tunang saya"
Tersentak Irdina apabila mendengar suara gatal di sebalik tirai putih itu..suara yang sangat dikenalinya.. suara yang membuatkan dia buntu untuk membuat keputusan
"Abi suruh tanya..awak terima atau terima lamaran saya?"sambung jejaka di sebalik tirai itu amboii macam takdek pilihan je?terima or terima?hahaha
"Affan?awak yang lamar saya?!"balas Irdina dengan nada yang sedikit meninggi. Pipinya mulai merah apabila mendengar panggilan Affan sudah bertukar menjadi awak-saya

YOU ARE READING
Zauji [C]
Romance-first of all, author nak cakap yang cerita ni di published sewaktu author baru nak jinak-jinak dalam dunia penulisan.so,sebarang kesalahan ejaan harap di maafkan. Sebab author malas nak edit semula! InshaAllah next book author cuba perbaiki- Hidupn...