"ADA orang belanja dan dia bagi name card dia pada akak."
Pekerja itu menyerahkan sekeping kad kepada Embun.
"Akak atau dia?" Embun memandang kad dan pekerja itu bersilih ganti.
Macam tak percaya ada orang tiba-tiba sudi belanja dia kek. Siap bagi kad nama lagi. Kalau belanja Fiza itu mungkin dia tak hairan. Fiza kalau pergi ke mana pun mesti ada saja lelaki yang berkenan. Maklumlah Fiza ni spesies OOTD (outfit of the day). Setiap kali nak keluar berjam juga tunggu Fiza bersiap. Fiza akan pastikan baju yang dipakainya berlainan dengan baju yang pernah dimuat naik di instagramnya. Kalau hari itu dia mahu bergambar dengan Embun, maka Embun juga terpaksa memakai pakaian mengikut tema warna Fiza.
Kata Fiza tema itu penting untuk pastikan hasil gambar mereka nanti cantik. Nak melayan karenah Fiza memang penat namun, disebabkan temannya itu sangat baik orangnya, maka nak tak nak dia terpaksa juga melayan. Itu pun sekali sekala sahaja. Tak kuasa dia nak memikirkan tema setiap kali hendak keluar rumah. Leceh!
"Kad ni untuk akak." Ibu jari pekerja kafe itu menuding ke arah Embun.
"Akak? Wau." Melopong Embun memandang Fiza.
Apabila kad bertukar tangan pekerja itu terus beredar. Embun terus terkedu. Biar betul? Takkan kut? Kenapa belanja dia kek? Takkan sebab scene drama curah air kopi tadi?
"Oh, my God!" Fiza menutup kedua belah mulutnya. Terbuntang mata memandang Embun.
Embun terdiam.
"Macam scene filem omputeh!" Fiza teruja. "Siapa? Siapa?" Tangan dihulur ingin membaca nama pada kad itu.
"Ross Gabrial?" Embun membaca nama yang tertera pada kad nama tersebut.
"Rose? Perempuan?" wajah Fiza berubah mendung.
"No. Ross with double s."
"Oh, Ross." Fiza betulkan sebutan nama itu. Mata kembali bersinar. Teringat Ross dalam sitkom Friends yang menjadi kegilaan mamanya satu masa dulu.
"Nama dah handsome, mesti tuan badan pun handsome." Fiza teruja.
"Call me?" Embun membaca tulisan berwarna silver di belakang kad itu.
"Serius?" Bersinar mata Fiza merenung Embun.
"Nah." Embun serahkan kad itu kepada Fiza.
"Oh, my God! Oh, my God! Name card ni so sexy!" Dia membelek kad berwarna hitam berbingkai warna emas. "His name are sexy too! Kau kena call!" Kad ditolak kembali kepada Embun.
"Kau ni kan... semua benda nak diseksikan!" Embun menggeleng. Kek ditenung. 'Kenapa dia suruh aku telefon dia?'
"Calllah... calllah!" gesa Fiza tak sabar nak tahu lelaki itu mahu apa daripada Embun.
"No way." Embun mencebik.
Bulat mata Fiza merenung Embun. "Kau nak jual mahal? Helo, perempuan. Satu dalam sejuta aje wanita akan dapat sepiring kek dan name card yang seksi macam ni tau? Call!" Fiza peluk tubuh.
"Tak kuasa." Embun lempar pandangan ke luar. Melihat orang ramai lalu lalang di kaki lima.
"Aku call." Fiza ambik kad itu.
"All right. Suit yourself."
Fiza simpan kad ke dalam beg tangannya. Kalau dibiarkan atas meja tu memang Embun akan tinggalkan aje atas meja tu. Rugi!
A Women of dignity. Checked.
Ross tersenyum kecil. Menaip maklumat itu pada telefon bimbitnya. Kalau perempuan itu tak sabar untuk telefonnya, memang dia akan terus keluarkan daripada senarai calon untuk Kenzi.
"Bron." Panggil Ross, bingkas bangun. Baju kot dirapikan.
"Yes, boss?" Lantas bodyguardnya yang duduk di meja sebelah menghampiri.
"Aku nak kau stalk perempuan kopi tu. Semua maklumat bagi kat aku."
"Baik, bos."
Tak perlu lagi dia tanya siapakah gadis kopi yang dimaksudkan itu. Satu kedai menyaksikan adegan mandi kopi itu tadi. Jadi memang dia tahu gadis mana yang dimaksudkan oleh bosnya itu.
"Kenzi ke mana?" soal Ross kepada Mike. Bodyguardnya yang kedua.
"Dia terus ke hotel bos. Untuk meeting malam ni."
Ross mengangguk. Melangkah keluar dari kafe itu.
"Rombongan dari Rusia dah sampai?" soalnya lagi.
"Dah, bos. Semalam. Hari ni mereka berehat dengan hadiah yang bos kirim tu." Mike tersenyum kecil.
"Bagus."
"Bos nak ke mana? Hotel terus?" soal Mike sebaik saja membuka pintu kereta.
"Nope. Shopping."
"Shopping?" Dahi Mike berkerut.
"Yup. Shopping." Ross tersenyum penuh bermakna.
YOU ARE READING
Novel Kenzi X Embun Oleh Anna Lee
RomanceSuaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hati. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross me...