"TAK habis lagi memancing?" Kenzi senyum sinis saat melihat Ross sedang mengarahkan pembantunya menyusun hadiah sebelum dihantarkan kepada si gadis yang dia sendiri tak tahu siapakah namanya.
"Ikan rare bukan senang nak dapat," balas Ross acuh tak acuh tanpa menoleh ke arah Kenzi.
"You are wasting your time, bro." Kenzi melabuhkan punggung di sofa. Silang kaki kemudian tangannya mengambil cerutu kegemarannya lalu dinyalakan. Beberapa saat kemudian ruang itu dipenuhi dengan bau cerutunya.
"Thrilling gameplay by the way," Ross tersenyum penuh bermakna.
"Thrilling?" Kenzi senyum sinis. "Dah tukar plan?" Kenzi merenung sinis.
"Apa maksud kau?"
"Aku okey aje kalau kau umpan untuk kau pun."Kenzi naikkan bahu.
"Nope. Plan asal masih berjalan." Ross memberi isyarat meminta pembantunya berlalu pergi dari ruang itu. Kaki menghampiri Kenzi.
"Dah baca fail yang aku WhatsApp tu?" Punggung dilabuhkan di sebelah Kenzi. Satu cerutu ditarik keluar dari bekasnya.
"Tak ada masa," balas Kenzi acuh tak acuh.
"Buat apa kau sibukkan diri dengan delegasi Rusia tu kalau bakal pewaris pun tak ada?" Ross menyalakan cerutunya.
"Kalau dah mati. Ada waris ke tak ada waris ke... sama aje. Aku tetap mati. Menghadap Tuhan dengan dosa-dosa yang bertimbun." Asap berbentuk O dihembus keluar dari mulutnya.
"Ouchh." Ross letak tangan di dadanya. "Sebab tu aku cari calon yang sangat sesuai untuk bakal anak kau ni." Cerutu diletakkan di atas bekas abu rokok. Telefon dikeluarkan daripada poket seluarnya.
"30 tahun. Janda..."
"Janda?" Kenzi mengerling. Satu fakta yang tak sangka akan didengarinya.
"Bonus ni. Kalau anak dara, aku pun tak sampai hati nak bagi offer ni." Matanya dikenyitkan pada Kenzi.
Kenzi menjeling sebal.
"Degree holder. Akauntan. Sekarang bekerja sebagai pembantu pengurus jabatan akaun di Rimbun Consultant." Ross mengerling.
"What? Rimbun?" Sekali lagi Kenzi merenung Ross.
"Yeahh... nice, kan?" Ross tertawa kecil.
Kenzi menggeleng sebal.
"SPM straight A. Degree anugerah dekan. Aktif bersukan ketika sekolah. Anugerah pelajar cemerlang. Anugerah pekerja cemerlang. Anak sulung daripada lima orang adik beradik. Okey, ini menarik...." Ross terus menatal fail PDF di skrin telefonnya.
"Ayah pencen guru besar. Ibu manager di syarikat swasta, tapi dah berhenti beberapa bulan lalu sebab suaminya sakit. Adik-adiknya... fuhh... semua best student dekat sekolah. Great result. Oh, adik bongsu dia, Harvard student!" Muka Ross bercahaya.
"So... a nerd for me?" Kenzi mencemik.
"You hate nerd, right?"
"Kau nak malukan aku dengan semua associate kita? Kenzi Julian kahwin dengan perempuan nerd? Are you serious Uncle Ross?"
Kalau dah panggilan Uncle Ross digunakan itu bermakna tak lama lagi mood Kenzi akan berubah menjadi taufan.
"Kau takkan jatuh cinta dengan nerd, kan? Jadi inilah calon yang sesuai. Lagipun, kita perlukan gen dia untuk melahirkan a great leader untuk legasi keluarga kita."
YOU ARE READING
Novel Kenzi X Embun Oleh Anna Lee
RomanceSuaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hati. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross me...