Bab 9

41 1 0
                                    

HADIAH tu dia kata fake?

Seriously?

Aduh. Sakitnya hati!

Ross rasa tercabar. Panas hatinya. Kalau ikutkan mulut, dia nak sound sahaja semua hadiah yang dia beli itu original. Tapi kalau dia mengaku nanti kantoilah sebelum masanya.

Kenzi menahan senyum. Patutlah wanita itu tak termakan dengan taktik Ross. Rupanya dia sangka semua barang tu barang fake! Kenzi mengerling ke arah Ross di sebelahnya. Melihat wajah Ross yang merah padam dia boleh agak apa yang ada dalam hati pak ciknya itu. 'Huh. Padan dengan muka tu!'

"Tapi dari mata kasar I, beg tu bukan fake." Ross menahan suaranya agar tidak meninggi. Bibir dipaksa senyum.

"Kannn?" Fiza mencelah. Tayang muka bangga. Belum sempat dia menyambung hujahnya, pintu lif terbuka.

"Silakan..." Ross hulur tangan meminta Embun dan Fiza keluar terlebih dahulu.

"Terima kasih," ucap Fiza.

Embun meluru keluar. Kalau ikutkan hati dia ingin segera sampai ke meja kerjanya. Tentu sekarang Encik Zakri sedang menunggu kedatangannya.

"Cuba encik tengok dari mata halus pula." Fiza hulur begnya kepada Ross. Tadi kata tengok dari mata kasar. Kali ini dia mahu lelaki yang penuh gaya itu melihat dari dekat pula.

Ross berhenti melangkah. Menyambut beg yang dihulur. Kenzi dan Embun juga berhenti melangkah. Keduanya saling berpandangan namun kemudian kedua-duanya segera melarikan anak mata, memerhati Fiza dan Ross yang sedang sama-sama melihat detil beg tersebut.

"Yup. Original." Ross angguk.

"Kan. Aku dah kata." Fiza tersenyum teruja memandang pada Embun.

"So?" Embun tayang muka, ada aku kisah? Sebelah keningnya terangkat.

Kenzi memandang wajah itu. Melihat attitude Embun itu, dia yakin Ross akan tawar hati untuk melamar gadis itu untuknya. Bertahun dia hidup dengan Ross. Pak ciknya itu memang pantang jika ada sesiapa saja buta label. Pandang enteng pada label. Kenzi menahan senyum. Rasanya tak perlu dia buat apa-apa. Tentu sebaik saja habis mesyuarat ini Ross akan mencari calon lain. Great! Kenzi mengatur langkah dengan hati lapang.

Embun angkat kaki dengan perasaan sebal. Fiza mengejar. Ross mendengus kasar. Tercalar hatinya apabila hadiah yang dipilih dengan bersungguh-sungguh itu dikatanya bukan original.


"JOM, big boss sediakan breakfast." Zakri mencabut pendrive dari laptopnya.

"Breakfast? Dalam meeting room?" Embun terpinga.

"Yup." Zakri angguk.

"Tak pernah-pernah."

"Biasalah klien besar, kena ampu lebih sikit." Zakri mengambil beberapa buah fail. "Nah bawa ni. Fail budget yang saya suruh prepare minggu lepas, dah siap?"

"Dah, bos."

"Okey, bawak sekali. Mana tahu dia orang nak tanya apa-apa pasal belanjawan projek tu." Encik Zakri terus melangkah keluar dari biliknya. Embun mengekori.

"Saya tak fahamlah, bos. Kenapa kita terlibat dalam meeting ni? Kita bahagian akaun. Bukannya bahagian market research atau business analysis. Kita tak terlibat secara langsung pun dengan klien ni."

Embun masih tak puas hati. Sudahlah plan nak menikmati sarapan dengan Fiza tergendala. Terpaksa pula meeting dengan mamat muka ketat, sombong berlagak tu. 'Seksi konon? Huh. Langsung tak seksi! Mentang-mentang aku ni kerja makan gaji. Dia senyum sinis aje tengok beg yang aku pakai tu. Dasar orang kaya berlagak!'

Novel Kenzi X Embun Oleh Anna LeeWhere stories live. Discover now