Bunyi derapan tapak kaki yang kuat milik pihak musuh telah mengejutkan Seungcheol yang berada di bilik bacaannya dan Jihoon di studio 'kecil' di mahligai Seungcheol.
Seungcheol terus menekan butang kecemasan di bawah mejanya untuk memanggil rakan-rakannya yang lain untuk bertempur dengan pihak musuh.
Agragog ialah makhluk yang berbadan sasa dan mempunyai gigi yang tajam sehingga boleh mengoyakkan tisu badan seorang manusia. Ia dipimpin oleh Sauron yang merupakan seorang Raja Kegelapan di negara Mordor.
Seperti musuh yang lain akan tiba untuk memiliki tiga belas kuasa tersebut, Sauron juga terdorong untuk memiliki kuasa tersebut. Sauron boleh mempengaruhi minda seseorang dari jarak jauh sehinggalah berlaku pertumpahan darah. Ya, kuasanya seperti Seungkwan, Tetapi kuasa Sauron lebih berkuasa serta mampu mengubah tenteranya dengan hanya satu sentuhan sahaja.
" Seungcheol hyung, kami semua sudah tiada tenaga lagi hyung untuk berlawan. Hannie hyung pula, sudah sampai limitnya untuk rawat kami yang cedera." Lirih sahaja suara Seungkwan berkata kepada si ketua. Seungcheol melihat sekilas Sebelas orang sahabatnya yang dihiasi dengan darah musuh serta darah daripada badan mereka sendiri. Hampir sahaja Seungcheol menitiskan mutiara jernih serta ingin berputus asa dengan perlawanan yang sedang berlaku, Sebuah kapal angkasa tiba di bukit rumah Seungcheol dan munculnya enam orang jejaka sambil memegang pistol berkuasa tinggi dan menembak Agragog di kepala. Sauron yang melihat situasi tersebut menjadi berang dan ingin menyerang mereka, namun ia tidak berjaya apabila salah seorang daripada mereka telah menghunuskan pedangnya ke jantung Sauron sehingga membuatkan Sauron memuntahkan darah merah yang pekat melalui mulutnya.
" Hi Guys, Kami adalah Monsta X. Jangan risau, kami berenam adalah orang baik. Nama saya adalah Shownu. Saya adalah ketua mereka. Mari kita semua masuk ke dalam untuk rawat luka kamu semua."
Seungcheol dan lain-lain hanya menganggukkan kepala sahaja dengan ajakan daripada Shownu itu dan menuju ke dalam mahligai Seungcheol untuk merawat diri mereka yang luka parah itu.
Hi Winx, lama kan author tidak update. Mianhae. Ada tak yang minat Monsta X? Author suka lagu Alligator!
YOU ARE READING
THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN
FanfictionTiga belas sahabat baik tidak pernah sesekali menjangkakan bahawa mereka akan menjadi superhero ketika mereka semua sedang berkhemah di dalam kawasan hutan. Sebuah meteorit yang jatuh dari angkasa, membuatkan mereka semua dikurniakan sebuah jam tang...