Majlis hari jadi Hanbin disambut meriah di rumah Jeonghan. Hiasan belon berserta kek yang bertemakan galaksi dan pelbagai juadah dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada para tetamu.
“ Appa , Hanbin tidak sabar untuk berjumpa dengan sebelas orang samchon dan Seokmin samchon di majlis hari jadi Hanbin ! ”
Jeonghan yang mendengar apa yang di katakan oleh Hanbin tersenyum kecil sambil membetulkan pakaian anaknya itu. Seokmin bersama sebelas orang bapa saudara untuk Hanbin mereka tiba di rumah Jeonghan untuk menyambut hari jadi Hanbin.
“ Hanbin ah, mengapa kamu bersembunyi di belakang tubuh appa? Bukankah kamu ingin berjumpa dengan sebelas orang samchon dan Seokmin samchon? Soal Jeonghan selepas dia menyamakan ketinggian dengan Hanbin. Melihat wajah Hanbin yang mempunyai rona merah di pipinya , Jeonghan mengerti bahawa anaknya itu malu untuk berjumpa dengan sebelas orang sahabatnya.
“ Ehem... Hanbin ah, gwenchana. Adakah kamu masih ingat dengan apa yang appa katakan tentang kawan appa?”
“ Nde! Appa kata yang samchon adalah sahabat dan pelindung Hanbin yang terbaik selain appa yang wujud dalam hidup Hanbin!” Samchon , mianhae.”
Seungcheol mengusap lembut rambut Hanbin sambil memperkenalkan dirinya dan diikuti yang lain.
“ Annyeong Hanbin , Seungcheol samchon imnida dan pemilik sebuah hotel mewah. Ini pula Jisoo samchon. Cuba kamu peluk dia Hanbin. Dia berbau wangi bukan?”
“ Eung! Hanbin suka!”
Jisoo tersenyum girang mendengar pujian daripada Hanbin itu dan belum sempat Jun ingin memperkenalkan diri , Jeonghan mengarahkan mereka semua untuk berada di laman belakang untuk bersama dengan tetamu yang lain. Pesakit berserta jururawat dan beberapa doktor di Medisuite hadir untuk memeriahkan lagi majlis hari jadi Hanbin. Tidak cukup tangan Hanbin dan Jeonghan menerima pelbagai jenis hadiah daripada penghuni Medisuite.
“ Jun samchon!”
Jun agak terkejut ketika Hanbin menyebut namanya.
“ Hanbin ah , bagaimana kamu tahu nama samchon? Samchon belum memperkenalkan diri samchon lagi?”
“ Tadi Hanbin dengar appa dan Seokmin samchon sebut nama samchon semasa Hanbin sedang bermain dengan kawan Hanbin!”
“ Wah, kamu sangat pandai Hanbin! Betul, nama samchon ialah Jun dan digelar sebagai putera untuk negeri China. Kalau kamu hendak tahu, Minghao samchon juga seperti samchon cuma dia adalah seorang yang mereka pakaian untuk orang ramai!” Minghao yang mendengar namanya disebut, dia melambaikan tangan kepada Hanbin sebagai tanda perkenalan.
Bagaikan mendengar cerita dongeng daripada mulut Jun, Hanbin khusyuk mendengar apa yang di katakan oleh Jun.
“ Memang best bukan Jun samchon cakap? Hanbin ah, ini Seokmin samchon punya hyung dan dongsaeng.”
“ Annyeong Hanbin! Jihoon samchon dan Chan samchon imnida! Seokmin hyung, memang betul apa yang hyung cakap , Hanbin memang comel!” Ucap Chan dengan nada teruja. Namun, mata Hanbin lebih tertumpu kepada Jihoon yang mempunyai kulit putih itu.
“ Muka Jihoon samchon sama dengan kucing putih yang ada di hospital appa!”
“ Hanbin ah , dalam tablet ini ada permainan yang samchon sudah buatkan untuk kamu. Pastikan kamu meminta izin daripada appa kamu untuk menggunakan tablet ini jika kamu hendak bermain.” Suara garau dan dalam milik Wonwoo kedengaran di ruang tamu Jeonghan.
“ Nde Wonwoo samchon!” Hanbin memeluk erat tubuh Wonwoo.
“ KIM MINGYU! BOO SEUNGKWAN! Berhenti bergaduh! Lihat, Hanbin sudah menangis! Perkara kecil seperti tidak sengaja menumpahkan kopi di pakaian pun hendak dibesarkan. Baguslah perangai begitu. The famous model and Korean favourite tv anchor are fighting over useless thing!” Amarah Jeonghan memecah keheningan malam dan melihat anaknya itu di pujuk oleh Hansol.
“ Hanbin ah , tarik nafas perlahan -luahan seperti Hansol samchon lakukan. Good job my love. Appa mianhae sebab tinggi kan suara. Appa tahu kamu takut. Boleh kamu maafkan appa?”
“ Eung.”
Sejujurnya, Jeonghan memang bukanlah seorang yang senang lepaskan kemarahan kepada seseorang lebih-lebih lagi kepada Hanbin. Kerana Hanbin ada mempunyai kisah silam yang pahit yang Jeonghan masih belum beritahu kepada sahabatnya. Tetapi untuk perkara begini, dia terpaksa meninggikam suaranya untuk mengelakkan sawan Hanbin berlaku.
“ Appa , Jangan pergi ke mana-mana. Takut.”
“ Hanbin ah , Mingyu samchon dan Boo samchon mianhae. So, jangan takut dengan kami semua okay.”
“ Eung!”
YOU ARE READING
THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN
FanficTiga belas sahabat baik tidak pernah sesekali menjangkakan bahawa mereka akan menjadi superhero ketika mereka semua sedang berkhemah di dalam kawasan hutan. Sebuah meteorit yang jatuh dari angkasa, membuatkan mereka semua dikurniakan sebuah jam tang...