14

16 1 0
                                    

Melihat tubuh Teyong yang sedang beradu itu membuatkan adik-beradiknya serta tetamu yang berada di mahligai NCT menarik nafas lega kerana telah berjaya melepaskan putera sulung NCT itu daripada cengkaman Scarborough buat selama-lamanya. Si peramal berbadan mungil itu pula sedang beristirehat di gazebo yang berada di istana NCT sambil menghanyutkan dirinya sambil mendengar muzik.

             " Baguslah, Taeyong hyung sudah bebas daripada makhluk tak guna itu. Jisung pun tertanya-tanya macam mana Taeyong hyung boleh dikawal oleh Scarborough. Sedangkan Taeyong hyung adalah salah seorang pemegang kuasa naga yang diturunkan oleh moyang kami." Yang lain hanya membisukan diri sahaja dengan pertanyaan Jisung itu.

Waktu pagi yang dihiasi oleh sang mentari diganti pula dengan waktu malam yang bertatahkan bintang di langit. Selesai bersantap, mereka semua membuat hal masing-masing untuk menghilangkan bosan. Ada yang beradu pedang dan senjata di padang yang terbentang luas itu. Ada juga bermain dengan alat muzik serta menyanyi di bilik muzik dan ada segelintir pergi ke perpustakaan untuk jauh dari persekitaran yang bingit di luar. Waktu itu berlalu dengan pantas sehinggalah putera sulung NCT memanggil mereka semua untuk berkumpul di bilik mesyuarat untuk memberitahu sesuatu. Putera NCT yang lain dan tetamu mereka sudah boleh meneka apa yang hendak dibicarakan oleh si putera tersebut.

              " Doyoung, adakah kamu masih ingat dengan mendiang kakak angkat kita semua?"

             "Nde hyung. Sampai sekarang Doyoung masih ingat dengan akan mendiang Sulli noona. Wae hyung?"

             " Untuk pengetahuan tetamu di sini , dulu kami ada seorang kakak angkat yang bernama Sulli. Namun dia mangkat kerana menghidap penyakit barah otak dan dia mangkat disebabkan penyakit tersebut. Disebabkan perasaan rindu yang teramat terhadap Sulli noona , hyung cari jampi untuk hidupkan si mati. Hyung jumpa jampi tersebut, namun apa yang hyung tidak sangka iaitu makhluk bernama Scarborough akan merasuk badan hyung sebagai galang gantinya. Sekarang ini, roh Sulli noona masih terikat lagi di alam roh dan tunggu untuk dibebaskan ke alam seterusnya. Untuk selamatkan roh Sulli noona , hyung perlukan bantuan Jihoon dan Hansol. Esok hyung akan beritahu bagaimana kita hendak pergi ke sana."

              " Taeyong hyung, is this trip gonna be tough as hell?" Soal Hansol.

              " Yes. Our mind and soul have to be strong enough to fight the temptation at land of souls."

Semua terdiam dengan apa yang di katakan oleh Taeyong itu. Malam mereka semua berlalu dengan seribu satu persoalan dan perasaan yang gundah gelana di dalam diri masing-masing.

THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN Where stories live. Discover now