Bunyi jam penggera yang berbunyi bergema di bilik tidur untuk mengejutkan insan yang sedang diulit mimpi itu. Bunyi gerangan jelas didengar dan penghuni rumah itu segera mematikan jam penggera tersebut dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Setelah bersarapan dan mengemas rumah , Seungkwan bermesej dengan Jeonghan untuk berjumpa dengan Hanbin dan pergi ke Lotte World. Jam kuasa di tangan kirinya membuatkan Seungkwan tersenyum kecil mengenangkan pengembaraan yang dilalui olehnya dan dua belas sahabatnya beberapa bulan yang lepas.
“ Hanbin ah , sudah lama samchon tidak berjumpa dengan kamu! Samchon ada bawakan pepperoni pizza dan ayam goreng kegemaran kamu!”
“ Yah, Boo Seungkwan! jangan peluk badan Hanbin kuat sangat. Tubuh badan dia tidak berapa kuat!” Tegur Jeonghan yang melihat situasi itu.
“ Mianhae Jeonghan hyung. Kwannie lupa yang tubuh Hanbin tidak beberapa kuat. Mari kita makan dan kemudian kita pergi ke Lotte World.
Hampir empat jam lebih mereka bertiga berada di Lotte World untuk berseronok sehingga matahari mula terbenam sebagai tanda kepada manusia waktu siang sudah berlabuh dan waktu malam akan menjalankan tugasnya sehingga terbit matahari pada keesokan harinya.
“ Kwannie samchon, komawo bawa Hanbin dan appa ke sini. Hanbin suka sangat!”
“ Baguslah kamu suka dan gembira Hanbin. Mari kita pergi ke restoran untuk makan malam. Kamu suka makan jjampong bukan?”
Jeonghan hanya mengikut rentak Hanbin yang penuh tenaga teruja dan turut berasa gembira melihat anaknya itu berasa seronok dengan dunia luar berbanding dengan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut bagi penyakit Hanbin.
“ Nde. Jom appa kita pergi. Perut Hanbin sudah berbunyi.”
“ Appa... hari ni Hanbin berasa seronok sangat-sangat sebab dapat keluar dengan Kwannie samchon. Goodnight appa. Love you.”
“ Good night sweetheart. Appa pun happy bila tengok Hanbin gembira. Jangan risau, kamu akan menjadi seorang budak lelaki yang sihat. Appa pun sayang kamu.” Jeonghan mengucup dahi anaknya yang sudah diulit mimpi dan menuju ke kamar tidur untuk merehatkan diri seperti Hanbin.
YOU ARE READING
THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN
FanfictionTiga belas sahabat baik tidak pernah sesekali menjangkakan bahawa mereka akan menjadi superhero ketika mereka semua sedang berkhemah di dalam kawasan hutan. Sebuah meteorit yang jatuh dari angkasa, membuatkan mereka semua dikurniakan sebuah jam tang...