“ Haih, selesai juga kerja. Sekejap, dah lama kita tak buat meeting bulanan. Sepatutnya bulan akan datang, giliran Channie yang patut adakan meeting. Baik tanya di group.”
“ Si harimau tu memang hendak kena luku kepala dengan aku. Boleh pula dia tanya soalan yang tak cerdik tu dalam group? Macam mana lah Jihoon dan Seokmin boleh bersabar dengan sikap Soonyoung yang pentingkan kesempurnaan dalam tarian dan membiarkan adik bongsu mereka bekerja dengan Sooyoung.”Seungcheol menarik nafas lega membaca jawapan yang diberikan oleh Jihoon. Baginya, personaliti Jihoon dan Seokmin amat berbeza untuk menjadi teladan yang baik kepada si bongsu. Lee Jihoon merupakan seorang manusia yang anti sosial dan anti skinship berbanding dengan Lee Seokmin yang suka menceriakan hidup seseorang dengan senyuman. Tidak hairan lah Seokmin digelar sebagai matahari di kalangan mereka. Abang sulung kepada dua beradik itu lebih rela berada di studio berbanding keluar bersama dengan rakan-rakan. Adakalanya sampai Seokmin dan Chan terpaksa datang ke studio Jihoon dan memaksa si abang pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan berehat.
Seokmin pernah menyuarakan kerisauan itu kepada Yoongi yang merupakan orang paling rapat dengan abangnya, Yoongi hanya melepaskan tawa yang besar kepada soalan yang di tanyakan oleh Seokmin.
“ It's mean that he passionate about his job. He love so much about his job and his goal to make the world gonna know his name one day. But, that doesn't mean he didn't care about you and Chan. FYI, your older brother almost sacrificed his dream for you and Chan live a good life. ”
Dan, betul apa yang di katakan oleh Yoongi. Tiap kali Seokmin mahupun Chan ada masalah, Jihoon akan cuba sedaya upaya untuk membantu adik mereka. Walaupun ada kalanya Seokmin dan Chan tidak tahu bantuan datang daripada Jihoon. Tahun ini, menjadi tahun yang bertuah buat Jihoon kerana dia memenangi anugerah Best Producer of the Year. Ia menjadi satu batu loncatan yang besar buat Jihoon untuk namanya dikenali oleh orang ramai.
YOU ARE READING
THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN
FanfictionTiga belas sahabat baik tidak pernah sesekali menjangkakan bahawa mereka akan menjadi superhero ketika mereka semua sedang berkhemah di dalam kawasan hutan. Sebuah meteorit yang jatuh dari angkasa, membuatkan mereka semua dikurniakan sebuah jam tang...