5

41 3 0
                                    

Hampir empat minggu di perlukan untuk mereka semua mahir dan cekap menggunakan kuasa yang telah di anugerahkan kepada mereka. Setiap progres dan mereka direkod oleh Shining untuk mengenal pasti tahap kemampuan mereka bertiga belas. Mereka semua amat berhati-hati dengan kuasa Jihoon yang mampu boleh lihat masa depan seseorang dan merentasi masa lampau dan yang akan datang. Ia menjadi peringatan penting kepada mereka semua untuk tidak menyalakan guna kuasa jejaka berbadan mungil itu jika telah membuat sesuatu kesilapan yang tidak boleh diperbaiki langsung.

                " Yah! Siapa yang kacau Wonwoo yang sedang baca buku sampai dia gunakan kuasa ais dia! WEN JUNHUI! BAIK KAU TUNJUKKAN DIRI KAU SEKARANG, SEBELUM AKU SURUH SI HANSOL SERU MAKHLUK HALUS! YANG LAIN, KECUALI JIHOON, PERGI KE PADANG SEKARANG!" Amarah Seungcheol kedengaran sehingga ia membuatkan warna kulitnya seputih salju bertukar rona.

Maka, sebelas jejaka yang dipanggil oleh Seungcheol menuju ke padang untuk berlatih dengan kuasa mereka.

Kebolehan Seungcheol yang boleh mengilusikan sesuatu dan menukarkan dirinya kepada pelbagai bentuk membuatkan dirinya boleh menipu pihak musuh dalam apa jua bentuk. Manakala Jeonghan mampu menyeru magis yang akan membuat kekecohan di sesuatu tempat serta mampu menyembuhkan luka mahupun penyakit bukan kronik seseorang. Jisoo pula mampu mengawal cahaya dan kegelapan pada bila - bila masa sahaja.

Muka jejaka seperti kucing tersebut mampu menghilangkan dirinya serta melakukan teleportasi ke sesuatu tempat. Soonyoung pula mampu mengawal api dan api kegelapan sesuai dengan dirinya yang penuh dengan tenaga. Berlainan pula dengan Wonwoo. Dia mampu mengawal ais dan air seperti dirinya yang sentiasa senyap dan tenang.

Seokmin pula mampu menghalusilasikan sesuatu dan membuat telinga pihak musuh akan sakit jika dia mula menjerit. Lelaki berkulit berwarna tan itu mampu mengawal benda yang bermagnet serta mengawal graviti. Minghao pula mampu mengawal benda yang melibatkan besi serta mempercepatkan jarak.

Jejaka yang berasal dari Jeju itu pula mampu mengapungkan serta memindahkan sesuatu barang dan mampu memanipulasi minda seseorang. Si tenang pula mampu menyeru makhluk-makhluk halus dan mengeluarkan racun yang berbisa dengan hanya satu sentuhan sahaja. Dan, akhir sekali, Chan pula mengawal bayang seseorang dan mampu membuka lohong hitam dan menghantar seseorang ke situ dan tidak akan kembali buat selama-lamanya.

THE FALLEN METEORITE ||SEVENTEEN Where stories live. Discover now