"kau okay tak nara?" sunghoon mula risau.
"a-aku okay. cuma youngwool punya kuasa-"
"tuanku!" belum sempat nara menghabiskan ayatnya dipotong oleh heeseung yang memanggil sunghoon.
"heeseung, macam mana situasi di dalam?"
"elektrik masih lagi terputus tuanku. patik tak tahu puncanya dari mana"
"youngwool" sunghoon dan heeseung mula memandang nara.
"hah? kenapa dengan youngwool?" tanya sunghoon.
"kuasa youngwool.. plasma" fikiran nara mula bercelaru dan terus memegang lengan sunghoon.
"cepat! bawa dia keluar dari dewan. mereka sekali.."
"mereka?"
"sewaktu kita semua berjumpa tadi.. mereka" sunghoon yang mendengar terus mengangguk faham.
"heeseung, panggil yang lain dan beritahu cikgu yang enam lagi pelajar perlu keluar dari dewan dengan senyap. kita tak nak pelajar lain tahu tentang kuasa mereka. youngwool tadi pun hampir ramai mempercayai kuasanya. biar berlima lagi buat di bilik lain, di tempat yang tiada pelajar" arah sunghoon.
"baik tuanku" heeseung mula masuk ke dalam dewan semula.
"heeseung, dia..." sunghoon mula tersenyum.
"dia pengawal peribadi aku. tak lupa juga lagi lima yang jumpa kawan-kawan kau tadi pun pengawal peribadi aku" nara berkerut.
"aku dulu sorang je pengawal, kau ni mesti perangai teruk sampai ada enam pengawal" kata nara sambil tergelak kecil.
"tak adanya, pengawal aku jadi ramai sebab aku masuk akademi ni je. kan dah dikira luar kawasan istana" terangnya. nara hanya mengangguk.
dalam dewan
heeseung berjalan mula mendekati lima rakannya.
"pst, korang" bisik heeseung. dia hanya perlu berbual dengan perlahan supaya tiada siapa yang mendengar mereka.
"eo, hyung tadi ke mana? tuanku okay tak?" tanya jungwon.
"tuanku okay, cuma korang ingat tak gadis yang ada sebelah tuanku sewaktu kita sampai tadi?"
"iyelah. kenapa dengan perempuan tu?" soal jongseong pula.
"shh, jangan gelar dia 'perempuan' lah! dia anak raja sebelum ni"
"dah dah, tuanku suruh kita keluar dan bawa mereka berenam sekali keluar" kata heeseung.
"mereka? siapa?"
"yeoja yang datang dengan korang tadi. tuan puteri tadi kata mereka juga ada sesuatu. kita bawa mereka keluar dan buat penentuan jenis sihir dan rumah di tempat lain"
"baik" jungwon dan lain mengangguk faham. mereka semua bangun dari meja makan itu dan mula bergerak.
niki mula bergerak ke depan untuk mengambil youngwool yang sedang dipegang erat oleh cikgu so hee. youngwool sorang sahaja yang masih berada di sisi cikgu itu, yang lain sudah kembali ke tempat duduk mereka.
YOU ARE READING
𝕯𝗲𝗰𝗲𝗹𝗶𝘀 𝕬𝗰𝗮𝗱𝗲𝗺𝘆 [에애이프]
Fantasy━━━━━━━━━━━━━━ ❝ welcome to Decelis Academy ❞ 𓅓 ━━━━━━━━━━━━ ☄︎. *. ⋆ fantasy ° adventure ✦. ⩩ ꒰ on-going ✦. ⩩ ꒰ update if I had a free time ! ⩩ 𝗶𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗯𝘆 𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗮𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 . ꒰ 𝘀𝘁𝗼𝗿𝘆𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗯𝘆 @𝖧𝖮𝟖𝖭𝖨𝖤...