"annyeong, nara imnida" heeseung yang memandang nara mula terkaku.
"hm, kenapa ni heeseung?" tanya sunghoon.
"eo- ohh, tak ada apa-apa. cuma, rasanya kita patut naik kereta api sekarang" jawab heeseung selepas dia memandang ke arah pelajar lain yang sedang memasuki kereta api.
"eonnie!"
"eo, yoora!! sera! yeseul! sumin! yoora!! mujurlah kamu semua selamat~" sooyoung mula berasa gembira apabila melihat kawan-kawannya yang lain menuju ke arah mereka.
"korang semua memang datang sekali ke?" tanya sunghoon. jake menggeleng.
"tidak, kebetulan bila saya dan sera sampai, mereka pun sampai" sunghoon hanya mengangguk faham.
"kau... kenapa kau dekat dengan nara eonnie?" yeseul mula menyepetkan matanya memandang sunghoon.
"EH? mana ada! kitorang pun baru berjumpa tadi heh. kau siapa?" tanya sunghoon balik.
"tuan- maksud saya, hyung. maaflah, mulut dia ni memang tak ada insurans sikit" celah sunoo.
"eh kau, sesuka hati je cakap mulut aku tak ada insurans. aku tanya je kenapa dia dekat dengan nara eonnie!" marah yeseul.
sunghoon hanya terdiam, perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari nara.
"dahlah, jom naik kereta api. siapa lambat, kena tinggal" kata jake yang mula meleraikan pergaduhan sebelum ia bermula. jake terus menuju masuk ke dalam kereta api.
"y-yah! kata nak duduk sekali, hyung!" sunoo mula mengejar jake dan masuk ke dalam kereta api.
sooyoung mula mahu masuk tetapi dihalang heeseung.
"yah, kau kenapa?" tanya sooyoung.
"sebagai seorang lelaki, aku kena masuk dulu" katanya. sooyoung hanya mengangkat keningnya. heeseung perlahan tersenyum sambil berkata
"heh, dasar pumpkin girl" sooyoung yang terdengar mula menendang kaki heeseung sampai dia tersungkur.
"aduh!" orang di sekelilingnya mula mentertawakannya perlahan. sooyoung hanya buat tak tahu dan terus berjalan pergi ke tempat duduk.
"maaf" kata sooyoung perlahan didengari oleh heeseung.
"HAHAHAHA kesian hyung, jatuh tersungkur!" gelak sunoo. heeseung mula bangun dan terus pergi ke tempat duduknya.
skip
kini mereka tiba di akademi Decelis. semasa semua pelajar berjalan sambil melihat persekitaran akademi, terdapat banyak kejutan yang mereka tidak sangka seperti gambar potret yang tiba-tiba melambai tangannya, sedang membaca bukunya dan lain-lain lagi.
"selamat datang dan selamat malam kepada semua pelajar, tahniah kerana anda dipilih untuk masuk ke Decelis Academy ini. saya guru penolong kanan sekolah ini, Han So Hee imnida" kata cikgu itu perkenalkan dirinya pada semua murid baharu.
YOU ARE READING
𝕯𝗲𝗰𝗲𝗹𝗶𝘀 𝕬𝗰𝗮𝗱𝗲𝗺𝘆 [에애이프]
Fantasy━━━━━━━━━━━━━━ ❝ welcome to Decelis Academy ❞ 𓅓 ━━━━━━━━━━━━ ☄︎. *. ⋆ fantasy ° adventure ✦. ⩩ ꒰ on-going ✦. ⩩ ꒰ update if I had a free time ! ⩩ 𝗶𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗯𝘆 𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗮𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 . ꒰ 𝘀𝘁𝗼𝗿𝘆𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗯𝘆 @𝖧𝖮𝟖𝖭𝖨𝖤...