Teaser 2 🫣
#takkanberganti
“Nah.”
Terkebil-kebil mata Eton.
“Makan ni sekarang.”
“Tak nak. Mak long tak bagi Eton makan.” Tolak Eton.
“Ini bekal aku untuk esok. Aku guna duit yang atuk bagi. Makan sekarang sebelum ibu aku keluar.”
Teragak-agak Eton dibuatnya. Tapi dia betul-betul lapar sekarang.
“Cepatlah, Eton.” Rambut panjang Eton ditarik geram.
Hampir saja dia terjerit gara-gara rambutnya ditarik kuat.
“Betul ni Abang Yas yang beli?” soal Eton sambil menggosok kepalanya yang masih terasa perit.
“Ya. Cepat makan.”
Eton senyum lebar dan terus mencapai roti di atas meja. Disebabkan terlalu lapar, dalam sekelip mata roti tadi habis dimakan. Air kotak milo disedut rakus.
“Alhamdulillah. Eton dah kenyang.”
“Pergi masuk bilik sekarang.”
Dengan wajah ceria, Eton turun dari kerusi makan. Dia jingkitkan kaki dan mencium pipi Ilyas. Terbeliak mata budak lelaki yang berusia sembilan tahun itu.
“Kau buat apa tadi?” Marah Ilyas.
“Tanda terima kasih.” Memang itulah yang dia selalu buat terhadap emak dan pak long jika dia diberi sesuatu. Setakat cium di pipi, dia sudah selalu lakukan tanda penghargaan kepada ahli keluarga terdekat. Hanya dengan atuk dan mak long dia tak berani.
“Lain kali jangan nak cium budak lelaki sesuka hati. Tak boleh.”
Terpinga-pinga Eton. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
“Kenapa?”
“Haish… aku cakap tak boleh, tak bolehlah. Nanti kau faham bila dah sekolah nanti. Lepas ni jangan nak cium orang lain selain mak su. Ingat!”
“Tapi Eton dah sekolah sekarang.”
“Kau ni memang banyak bunyilah. Pergilah masuk.” Ilyas jegilkan biji mata.
Terkulat-kulat Eton. Jujurnya dia masih tak faham perkara yang diberitahu oleh Ilyas tadi. Dia terus berlalu pergi untuk tidur di bilik stor kembali.
Ilyas tarik nafas berat. Melihat Eton tidur di bilik stor yang sempit itu membuatkan dia sangat marah. Hendak mengadu kepada ayah, dia tak nak mengeruhkan keadaan. Mujurlah dia terniat membeli roti dan air kotak untuk Eton.
💖
Pra tempahan dah dibuka sehingga 25/11. Har ga akan berubah selepas tamat PO. Tq yang dah dapatkan buku ni.
Panjang cerita ni pun 3x ganda dari yang asal dan plot dah ditukar 👏🏼
YOU ARE READING
Takkan Berganti ( ready Stok)
Romancekisah Eton dan Ilyas dari versi Wattpad ke versi cetak