“Dah berapa kali mak pesan. Biarlah mak long tu nak benci kita. Kita tak payah nak balas. Kalau bukan kerana pak long, dah lama kita mati kebulur.”
Berdecit lidah Eton. Perkara itulah yang dia tak suka. Masih lagi nak terikat dengan keluarga pak long. Selepas arwah ayah pergi, pak long yang sentiasa menjaga kebajikan mereka dua beranak. Masa dia bersekolah menengah, pak long juga yang bayarkan yuran dan kelengkapan sekolah.
Perkara itu secara tak langsung menimbulkan rasa tak puas hati di hati mak long. Yang buat dia sakit hati, mak long suka sangat menghina emak. Kononnya emak cuba menggoda pak long. Memang tak masuk akal. Paling dia benci, nak menghadap muka anak bongsu mak long. Ilyas! Nasib baiklah kakak dan abang Ilyas tu baik.
“Cepat!”
Ternaik bahu Eton. Nak tak nak, dia terpaksa jugalah ke sana. Tudung sarung disauk ke kepala. Tak perlulah nak melawa sangat. Dia pakai cantik pun, sah-sah kena kutuk juga.
Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 10 minit. Baru saja mereka menjejakkan kaki ke dapur, terdengar suara lantang mak long.“Yas jangan nak buat kerja gila! Malu kita nanti. Majlis tu dua minggu lagi. Kenapa pula nak batalkan?”
Tercengang Eton. Dia dan emak saling berpandangan. Dah kenapa pula mamat tu tak jadi kahwin?
“Jawab, Yas!”
Eton cuit lengan mak.
“Kita baliklah, mak. Eton rasa macam tak sesuai aje kita datang sekarang.”
Puan Hasnah angguk setuju. Belum sempat mereka keluar dari pintu dapur, terasa lengannya ditarik kasar. Bulat mata Eton saat anak matanya bertemu dengan wajah Ilyas.
“Maaf, mak su. Yas pinjam Eton kejap.”
Terpinga-pinga orang tua itu. Eton lagilah tercengang. Tiba-tiba saja dia ditarik masuk ke dalam rumah.Terkedu Puan Inas dan Encik Zahar. Wajah Eton dan anaknya dipandang silih berganti.
“Kalau ibu masih nak teruskan majlis minggu depan, biar Eton yang ganti tempat Ieda.”
Terbeliak mata Eton. Biar betul!
“Yas jangan nak mengarut! Kenapa nak jadikan Eton sebagai mangsa?” Marah pak long.
Ilyas hanya membisu. Dan kebisuan lelaki itu membuatkan Eton rasa nak mengamuk. Ada juga kenduri hujung minggu depan bertukar kepada kenduri arwah Ilyas!
👉👈
Dah bertahun tak jumpa, tetiba kena kahwin. Haihhhh🤧
YOU ARE READING
Takkan Berganti ( ready Stok)
Romancekisah Eton dan Ilyas dari versi Wattpad ke versi cetak