ready stok

396 11 0
                                    

Ready stok

#takkanberganti

Bekas makanan yang dibawa dari rumah, disimpan kembali ke dalam beg galas. Tiada selera nak menjamah roti walaupun perutnya lapar. Botol air diambil. Baru beberapa teguk dia minum, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang.

“Eton!”

Hampir terlepas bekas minuman di tangannya. Dadanya diusap perlahan. Kecil besar aje dia pandang wajah si Dayah.

“Kat sini pun. Puas aku cari kau.” Dayah duduk di sebelah Eton.

“Sekarang masa rehat. Memang sinilah tempat aku.”

Dayah pandang air mineral di tangan Dayah.
“Minum air aje?”

“Aku bawa roti. Hujung bulan ni kena jimat. Faham-fahamlah.”

Menggeleng Dayah. Kalau tak hujung bulan pun, Eton memang lebih suka mengikat perut. Dah hampir cengkung wajah sahabat baiknya gara-gara terlalu berjimat. Nak kata tak cukup gaji, setiap bulan ada duit yang dikirim oleh Ilyas.

“Janganlah kedekut sangat. Kau guna aje duit yang mamat tu bagi. Memang itu hak kau.”

Eton tak membalas. Dia simpan bekas makanannya ke dalam beg.

“Aku nak sambung kerja.” Dia terus berdiri dan berjalan ke arah bilik stor. Beberapa alatan cucian dimasukkan ke dalam troli.

“Eton… err… aku ada benda penting nak beritahu.”

“Cakap ajelah. Aku dengar.” Eton masih ralit dengan kerjanya.

“Tapi aku takut salah orang. Tu yang serba salah nak cakap.”

“Kalau macam tu, tak payah cakap.”

“Hishh... tapi aku kena cakap juga.” Laju Dayah mencelah.

Eton julingkan biji mata. Dah masak sangat dia dengan perangai Dayah. Sejak dari kampung, suka sangat bergosip. Dari zaman anak dara, sampai dah berkahwin.

“Kali ni pensyarah mana pula buat kau terpesona? Ingat sikit kau tu dah kahwin.” Sindir Eton.

Tiga tahun yang lepas, Dayah selamat berkahwin dengan pilihan hatinya. Dia tumpang gembira dengan perkahwinan sahabat baiknya. Yang buat dia terharu, Dayah masih mengambil berat tentang dirinya setiap hari.

“Kali ni bukan buat aku terpesona tapi rasa nak bagi pelempang.” 

Berkerut dahi Eton.

“Kenapa pula? Dia buat benda tak elok dekat kau.”

Laju Dayah menggeleng.

“Muka dia macam Ilyas.”

Keras kejung tubuh Eton. Lama anak matanya menjamah wajah Dayah.

“Kalau betul Ilyas dah balik Malaysia, kenapa mak dia tak hubungi kau? Bukan ke dia nak sangat kau orang bercerai cepat.”

Eton masih membisu. Hanya senyuman hambar yang terukir di bibirnya. Kalau betul lelaki itu sudah pulang ke Malaysia, itu satu petanda yang baik. Tak perlu lagi dia diikat dalam satu hubungan yang tergantung. Paling penting, dia tak perlu lagi terus menunggu.

“Kau dengar tak?”

“Aku tak pekak lagi. Sah-sah orang tua tu takkan beritahu aku. Soalan tu biarlah pandai sikit.”

Selepas dia tinggalkan kampung tiga tahun lepas, belum pernah lagi dia jejakkan kaki ke sana. Setiap hari dia berdoa agar hubungan yang tergantung ini cepat terlerai.

“Kalau betul dia dah balik, kau nak buat apa?”

Eton tergelak sinis. Takut pula Dayah melihat reaksi sahabat baiknya itu. Selepas kejadian lepas, sikap wanita ini semakin dingin. Malah ramai pekerja yang takut untuk berkawan dengan Eton.

“Aku nak dia lepaskan aku dengan talak tiga.”

Tertelan air liur Dayah.

🤧

Berminat wasap 0129284568

Takkan Berganti ( ready Stok)Where stories live. Discover now