Teaser 🌹

520 7 0
                                    


“Dah kenyang?” soal Ilyas.

Eton mengangguk laju. Ilyas tersenyum. Tisu yang ada di atas meja dicapai. Dia dekatkan dirinya ke tubuh isterinya sedikit.

“Makan tu janganlah comot sangat. Nasib baik orang tak ramai hari ni.”

Kaku tubuh Eton. Wajahnya berubah merah. Jarak tubuh mereka begitu dekat sekali.

“Lepas ni kita singgah cari baju. Abang tengok banyak pakaian Eton dah lusuh.”

Eton pandang baju yang tersarung di tubuhnya. Dia hanya kenakan t-shirt lengan panjang dan berseluar track. Memang inilah pakaian hariannya di rumah.

“Abang malu ke Eton pakai macam ni?”

“Ada ke abang cakap macam tu?” soal Ilyas sambil menyedut minumannya yang masih berbaki.

Eton hembus nafas kasar. Bercakap dengan suaminya, ada saja yang dijawab.

“Beli pakaian untuk isteri, salah satu tanggungjawab abang sebagai suami. Tak salah abang nak belikan Eton keperluan diri.”

“Tak payahlah. Nanti mak long bising. Cakap yang Eton ni kikis duit abang.”

Ilyas pandang wajah isterinya. Jelas wajah Eton kelihatan sangat sugul ketika ini. Apa yang berlaku di rumah tadi, memang keterlaluan.

“Duit yang abang guna ni, duit abang sendiri. Tak ada kaitan dengan ibu.”

Laju Eton menoleh ke sebelah. “Abang kerja ke?”

Ilyas angguk.

“Abang kerja sebagai guru tuisyen buat sementara waktu. Sebab tu abang selalu balik lewat. Mereka bayar gaji hari. Tapi abang kerja sampai minggu depan aje.”

Ternganga mulut Eton. Teruknya dia sebagai isteri. Dah tiga hari berkahwin, baru dia tahu suaminya bekerja sambilan.

“Ibu tahu abang kerja?”

Ilyas tersenyum kelat. Jelas senyuman itu kelihatan terpaksa.

“Ayah tahu.” Hanya itu jawapan yang diberi oleh Ilyas.

Eton bertambah hairan. Dia perasan Puan Inas dan suaminya kelihatan dingin sejak mereka bernikah. Boleh jadi disebabkan perkahwinan mereka menyebabkan orang tua itu berjauh hati dengan suaminya.

Ilyas bangun dan berjalan ke kaunter. Dia mahu membuat bayaran di kaunter. Eton sekadar melihat tubuh lelaki itu dari jauh.

Tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi nyaring. Eton pandang ke skrin telefon itu. Wajahnya terus berubah saat melihat nama Ieda di skrin itu. Jantungnya berdegup laju.

Takkan suaminya masih berhubung dengan Ieda.

👉👈

Haishhh...  Mcm manalah Eton tak insecure bila bekas tunang tersayang masih berhubung dgn suami🥲

Ready stok. Berminat blh wasap 0129284568

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takkan Berganti ( ready Stok)Where stories live. Discover now