“Anggap aje ni takdir jodoh kita. Kau sendiri dah dengar tadi. Aku dah tak ada pilihan. Abah dan ibu aku tetap nak teruskan perkahwinan ni. Tak ada siapa lagi boleh tolong aku selain kau.” Lembut nada suara Ilyas.
Tak berkelip mata Eton. Bukan disebabkan marah dengan jawapan Ilyas tetapi cara lelaki itu berbual dengannya. Dah pandai cakap lembut sekarang. Sah, ada yang tak kena!
“Apa yang berlaku sebenarnya sampai Kak Ieda tak nak kahwin dengan kau?” soal Eton.
“Ini urusan kita berdua. Tak perlu kaitkan dia lagi.”
“Hello! Disebabkan dialah aku dijadikan kambing hitam. Tiba-tiba nak kena jadi isteri segera.”
Ilyas pula yang kehilangan ayat.
“Tolong aku. Kau boleh buat apa saja permintaan. Aku janji akan tunaikan. Asalkan...”
Tertelan air liur Eton. Rasanya dia dah boleh agak ayat yang bakal muncul itu.
“Kau sudi jadi isteri aku.” Tambah Ilyas.
Hampir saja dia nak tergelak. Pipinya dicubit berkali-kali. Memang sah dia tak bermimpi. Agaknya Ilyas dah lupa tentang perkara yang pernah berlaku di antara mereka sejak dari dulu.
“Kau suka aku?”
“Tak.” Laju Ilyas menjawab.
“Habis tu, kenapa nak kahwin dengan aku?”
“Sebab aku sayang kau.”
Jatuh rahang Eton. Celah mananya sayang kalau dah lima tahun mereka tak bercakap.
“Tak payahlah nak gula-gulakan aku dengan ayat manis ni. Kau tak malu ke melamar perempuan yang dianggap malang ni?”
Ilyas tak menjawab. Hanya anak matanya masih setia di wajah Eton.
“Kau tak takut hidup kau jadi buruk lepas kahwin dengan aku? Aku ni pembawa malang.” Sengaja dia ingatkan kembali setiap kata-kata mak long.
Air muka Ilyas semakin berubah. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin meluahkan sesuatu. Puas hati Eton mengenakan lelaki itu. Eton tergelak sinis.
“Tadi kau cakap apa tadi? Sanggup tunaikan apa saja permintaan aku asalkan aku setuju kahwin dengan kau. Betul?”
Ilyas angguk.
“Okey. Tukar nama geran tanah rumah ni atas nama aku. Anggap geran tu sebagai hantaran kahwin untuk aku.”
Tergamam Ilyas. Dia tahu tanah yang dimaksudkan oleh Eton ialah hadiah dari pemberian atok sebelum arwah meninggal. Malah setiap adik beradiknya telah dihadiahkan tanah sebelum arwah pergi. Hanya Eton saja yang tidak menerima apa-apa. Kebetulan tapak rumah yang diduduki oleh Eton dan Puan Hasnah adalah di atas namanya.
“Kenapa diam? Kau tak sanggup nak…”
“Aku setuju.”
Terbeliak biji mata Eton.
“Aku setuju. Jadi aku anggap perbincangan kita dah selesai. Jumpa hujung minggu ni kita jumpa untuk fitting baju.”
“Eh, aku…”
Tak sempat dia mencelah, lelaki itu sudah berlalu pergi ke keretanya. Eton masih berdiri kaku di situ. Sudah! Takkan dia perlu jadi isteri Ilyas.
Habislah dia...
👉👈
Tak memasal kena jadi isteri Ilyas.
Nak ingatkan ya, selepas 25/11, kak takkan terima lagi pesanan untuk buku ni sebab nk fokus siapkan alamat. Bila kak dah selesai urusan pos, baru kak ambil. Dan Har ga pun dah berubah.
YOU ARE READING
Takkan Berganti ( ready Stok)
Romancekisah Eton dan Ilyas dari versi Wattpad ke versi cetak