BAB 1

315 23 0
                                    

BAB 1
Bunyi tangisan bayi menyedarkan Husna dari lena. Tangannya meraba-raba ke sebelah. Mata masih tertutup rapat tak mampu di buka. Terasa baru sahaja dia terlena. Sejak malam tadi anak kecilnya Ilman Heidir tidak mahu tidur. Leka bermain dan sesekali meragam.

"Sayang raba-raba apa tu?" Idrees yang sedang duduk di sofa sambil memangku anaknya menegur.

Perlahan Husna buka mata. Dia angkat kepala menoleh ke arah suaminya yang tekun menukar lampin. Dia layangkan senyum manis.

"Thanks abang tolong tukar lampin Ilman."

"Sayang tidurlah. Rehat dulu." Kata Idrees Mikhael.

Dia simpati melihat keadaan isterinya yang keletihan menjaga anak mereka seharian. Ilman baru mencecah usia 6 bulan. Sejak akhir-akhir ini dia semakin aktif. Sukar tidur pada waktu malam. Membuatkan Husna agak keletihan melayan anaknya itu.

Husna tegakkan tubuh. Dia bangun lalu menapak ke arah suaminya yang memangku anak mereka dan bersedia mahu menyusukan. Husna labuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Kepala direbahkan ke bahu Idrees. Sempat Idrees kucup kepala isterinya itu.

"Kenapa ni? Pergilah tidur. Awal lagi ni sayang." Perlahan suara Idrees. Tak mahu mengganggu anak
kecil yang sedang leka menyusu dipangkuannya.

"Terima kasih abang tolong Una."

"Tanggungjawab jaga anak ni kan tanggungjawab kita bersama. Bukan tugas sayang sorang je."

"Baiknya suami saya ni. Tak sangka tau Idrees Mikhael si 'mamat hoodie' ni rupanya suami mithali." Puji Husna sambil senyum manis.

"Tak menyesal kan kena kahwin paksa?" Soal Idrees Mikhael sambil pamer sengih.

"Of course! Langsung tak menyesal. Rugi kalau reject dulu." Husna ketawa. Idrees senyum lebar.

"Dah la sayang. Pergi tidur dulu. Kejap lagi si kecik ni bangun pula. Dia baru terlelap ni."

"Una nak abang teman Una tidur." Husna merengek.

"Sayang tidur la dulu. Nanti abang teman. Abang nak letak Ilman dalam baby coat dulu.  Sama naik manja mummy dengan baby."

"Dulu abang jugak yang janji. Walaupun ada baby Una boleh manja jugak." Husna muncungkan bibirnya.

"Iye sayang. Kejap lagi abang manjakan mummy pulak ye."

Idrees Mikhael kucup puncak kepala isterinya. Dia bangun lalu melangkah ke arah baby coat yang diletakkan di dalam bilik mereka. Dia kucup kedua belah pipi anak kesayangannya lalu dia baringkan di dalam baby coat itu. Setelah pasti semuanya dalam keadaan baik dia pusingkan tubuh.

Matanya tertancap pada susuk tubuh isteri yang masih bersandar di sofa tadi. Kepala sudah terlentok ke tepi. Idrees senyum melihat gelagat isterinya. Dia melangkah menghampiri Husna lalu tubuh Husna dicempung menuju ke arah katil. Serta merta Husna melingkarkan tangannya di leher si suami. Dia buka sedikit matanya.

"Tak payah nak buat-buat tidur sayang. Abang tahu sayang pun teringin nak kena dukung macam Ilman kan?" soal Idrees Mikhael. Kenal sangat dengan ragam isterinya ini.

"Alaa... Macam mana abang boleh tahu." Soal Husna.
Memang dia berpura-pura tidur hanya kerana mahu diangkat oleh suaminya ke katil.

Idrees Mikhael baringkan tubuh Husna di atas katil. Dia kucup dahi Husna.

"Abang dah cukup kenal dah sayang abang ni." Idrees cuit puncak hidung isterinya.

Husna pamer sengihan. Idrees mahu melangkah pergi. Husna capai jemarinya.

"Abang teman la ..." kata Husna kedengaran merengek.

Idrees baringkan tubuhnya di atas katil. Husna letakkan kepala di lengan sasa suaminya. Idrees menguis-nguis rambut isterinya. Sesekali dia tinggalkan kucupan di kepala isterinya. Idrees tersenyum melihat kemanjaan seorang Husna. Isteri yang dia sayangi. Penyejuk mata dan hatinya.

Ujian rumahtangganya sebelum ini menjadikan ikatan mereka semakin utuh. Hanya syukur yang mampu dipanjatkan atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
Kini, Idrees semakin matang dalam menempuhi kehidupannya. Dia menjadi imam yang baik untuk isterinya Husna. Walaupun masih belum sempurna namun dia tak pernah lelah mencuba.

Kehadiran cahaya mata mereka 6 bulan lalu mengeratkan lagi hubungan dia dan Husna. Kehadiran Ilman bukan sahaja mengeratkan hubungan rumahtangga mereka tetapi kehadiran Ilman tika ini telah memperbaiki hubungan dia dan daddy nya Dato' Maliq Yap dan abang nya Vincent. Hubungan mereka semakin baik dari hari ke hari.

Betul apa yang diperkatakan. Anak itu pengikat kasih. Sejak kelahiran Ilman Heidir dalam keluarga mereka, semakin mencurah-curah rezeki. Bukan sahaja dari segi kewangan dan harta benda malahan kasih sayang dan kebahagiaan juga semakin melimpah ruah.
Idrees mengimbau kembali saat Husna melahirkan Ilman enam bulan lepas. Dia sendirian menemani Husna. Terasa dunia ini sunyi. Tak ada tempat mahu mengadu tentang kerisauannya bila melihat Husna menahan kesakitan yang teramat tika itu. Hanya doa dan zikrullah menjadi penemannya.

Hinggalah ketika Ilman dilahirkan. Idrees terkejut bila melihat kemunculan daddy dan Vincent di hospital yang mahu melawat Husna dan cucunya.

"Daddy..." Idrees terkejut melihat Dato' Maliq Yap muncul di wad yang menempatkan Husna.

"Congratulation son. You dah jadi Daddy hari ni. Macam mana keadaan Husna dan baby?"

"Thanks daddy. Alhamdulillah Husna dan baby okay. Kalau tak ada apa masalah esok dah boleh balik rumah." Dato' Maliq Yap mengangguk.

Riak ceria terpamer di wajahnya. Gembira menerima kelahiran cucu pertamanya.

"Congrats bro!" kata Vincent pula.

Dia menghulurkan tangan mahu bersalaman. Idrees sambut huluran salam abang nya itu. Vincent tarik Idrees ke dalam pelukan.

"You dah jadi daddy sekarang. Cool sikit bro. Jangan garang sangat." Bisik Vincent sengaja mengusik adiknya. Idrees pamer senyum.

Bermula dari situ hubungan Idrees dengan keluarganya mula berbaik. Dato' Maliq Yap dan Vincent sering berkunjung ke rumah mereka untuk bertemu Ilman. Idrees juga sering berkunjung ke rumah agam Dato' Maliq. Semuanya berlaku atas keizinan-Nya. Tak ada apa lagi yang lebih mengembirakan Idrees selain dapat berbaik semula dengan keluarganya.

Idrees bangun dari perbaringan. Sempat dia kucup dahi Husna yang lena tidur. Dia menuju ke bilik kerjanya. Ada beberapa urusan kerja yang perlu dia selesaikan. Kebiasaannya Idrees mengambil peluang di waktu begini untuk menyiapkan tugasan sementara Ilman masih tidur lena.

Sesungguhnya dia merasakan kehidupannya cukup sempurna. Selesa menguruskan semuanya sendiri tanpa ada pembantu. Husna juga membuat keputusan mahu menjadi surirumah sepenuh masa selepas melahirkan Ilman. Tak sanggup mahu menghantar Ilman ke pengasuh. Idrees gembira dengan keputusan yang dibuat Husna. Itulah yang dia harapkan. Cuma dia tak mahu terlalu memaksa. Memberi Husna peluang untuk membuat keputusan sendiri dan menghormati setiap pilihan Husna.

Idrees cuba menjadi suami yang terbaik buat Husna dan daddy yang terbaik buat Ilman. Mereka lah harta yang paling berharga dalam hidupnya kini.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now