BAB 4

80 9 0
                                    

Sedang Husna leka mengemas dapur selepas memasak tadi kedengaran bunyi loceng di pintu rumah.

'Aik siapa pulak yang datang. Orang hantar barang ke? Biasa letak je tak pula tekan loceng.'

Bebel Husna sendiri sambil atur langkah.
Dia melihat skrin yang memaparkan siapa yang menunggu di depan pintu pagar rumahnya.

'Owh Aisyah dengan Ustazah. Tak bagi tahu pun nak datang.' Husna tekan butang untuk membuka pintu secara automatik lalu dia terus atur langkah ke pintu utama.

"Assalamualaikum." Ustazah Naimah memberi salam dengan senyuman lebar terpamer di wajahnya.

"Waalaikumsalam. Jemputlah masuk ustazah, Aisyah. Tak bagi tahu pun nak datang. Terkejut Husna."

"Tak bagi tahu apa pulak. Cuba kakak tengok dekat mana phone kakak. Puas kami call, Whatsapp." Kata Aisyah.

Husna garu kepala. Malu sendiri. Sudah menjadi habitnya meletakkan telefon di merata- rata tempat.

"Ustazah call Idrees tadi. Kata Idrees Una ada dekat rumah. Memang telefon suka letak bersepah-sepah katanya."

Husna sengih.

"Maaflah Ustazah, Una sibuk melayan Ilman sampai tak perasan. Ustazah dari mana? Memang nak ke sini ke?"

"Dari rumah tadi. Ustazah ada urusan dekat bandar. Kejap lagi nak pergi la ni. Menunggu ustaz selesai jumpa kawan dia dekat Masjid sekejap. Aisyah duduk rumah Una sekejap boleh? Sementara menunggu kami selesaikan urusan."

"Eh apa pulak tak boleh. Una lagi suka. Ada kawan berbual. Kalau tidak berbual la dengan Ilman ni je ha."

"Kak Hasnah yang biasa jaga Ilman mana kak?" tanya Aisyah.

"Pagi tadi dia ada. Hari ni minta balik awal nak pergi sekolah anak. Ada urusan sikit."

"Ooo... Patut dari tadi Aisyah tak nampak."
Tak lama kemudian kedengaran bunyi hon kereta Ustaz Karim. Cepat-cepat Ustazah Naimah keluar menuju ke kereta. Tak mahu terlewat. Risau urusannya lambat selesai nanti.

"Abang Idrees kerja ke kak?"

"Kerja la Aisyah. Kejap lagi balik la tu. Dia ada janji dengan Abang Vincent katanya. Tak tahu la urusan apa."

"Abang Idrees dengan abang dia berbeza betul kan Kak Una. Tak sama langsung mukanya.

"Haah. Abang Idrees banyak ikut muka ibu dia. Ibu dia kan Pakistan. Mata pun bulat semacam." Husna tersengih.

"Itulah. Kalau ikut mata Dato' Maliq memang sepet la." Kata Aisyah.

"Betul la tu. Tengok je la mata abang Vincent tu. Buka macam tak buka je." Husna ketawa.

"Tapi handsome la lelaki macam tu kak. Ala- ala oppa Korea."

"Ye ke... Akak tak minat la. Akak suka macam Abang Idrees tu." Husna terkekeh ketawa.

"Kak Una tu memang la. Dah angaukan Abang Idrees. Lelaki mana pun lalu dah tak perasan dah." Aisyah ketawa riang. Seronok dapat kenakan Husna.

Sedang rancak berbual, kedengaran bunyi loceng. Mereka berdua memandang sesama sendiri. Husna bangun lalu melihat di skrin berhampiran pintu. Kelihatan susuk tubuh abang iparnya, Vincent. Husna menekan butang untuk membuka pintu pagar membenarkan Vincent masuk.

"Aisyah suruh abang Vincent tunggu sekejap tau. Akak nak naik pakai tudung." Kata husna sambil melangkah naik ke tingkat atas.

Aisyah menapak menuju ke arah pintu utama lalu tombol pintu di pulas.

"Hai..." sapa Vincent "Aa..."

"Husna mana?"

"Kak Una pakai tudung sekejap. Dia suruh tunggu." Jawab Aisyah.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now