BAB 5

91 9 2
                                    


Idrees melangkah naik ke tingkat atas. Dia baru sahaja berbincang tentang kolobrasi perniagaan bersama abangnya. Vincent bercadang mahu memulakan satu perniagaan baru.

Setelah perbincangan tadi Idrees memutuskan mahu diberikan sedikit masa sebelum membuat keputusan. Dia tidak mahu perniagaan kolabrasi antara dia dan Vincent bermodalkan duit dari sumber yang syubhah atau ada sebarang unsur syubhah sepanjang proses perniagaan itu berjalan.

Idrees pulas tombol pintu. Kelihatan Husna baru sahaja keluar dari bilik air. Melihat Husna yang hanya berkemban membuatkan Idrees mula mahu mengusik isterinya.

"Sayang..." meleret panggilan Idrees pada Husna sambil kaki melangkah rapat ke arah Husna. Husna menoleh.

"Abang... No! Husna dah ada wudhu." Husna beri amaran.

"Alaa... Abang nak peluk je." Idrees depakan tangannya.

"Nope! Jangan nak mengada-ngada eh. Abang pergi mandi. Una tunggu. Kita solat sama-sama." Husna beri arahan.

Serius wajahnya. Sambil tangan cepat mencapai pakaian di dalam almari.

"Boleh la... Sekejap je." Idrees berdiri rapat di belakang isterinya.

"Abang.... Please! Una dah ada wudhu ni jangan la. Lepas solat nanti peluk la okay." Husna merayu.

Idrees makin menghampiri. Tangannya mula beraksi. Mahu memeluk isterinya.

"Eeiii....abang ni!"

Idrees terkekeh ketawa lalu berlalu menuju ke bilik air. Sempat Husna hadiahkan jelingan pada suaminya yang suka benar mengusik.

Usai solat maghrib sempat Idrees membuat sesi ta'alim bersama isterinya. Idrees membacakan ayat al-quran dari Surah al-Isra'.

berkaitan huraian tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.

Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." ~ Surah Al-Isra' ayat 23.

Husna termenung jauh mengenangkan memori dia bersama mama dan abah. Rasa rindu mencengkam di lubuk hatinya. Keduanya pergi meninggalkannya sendiri tanpa sesiapa saat itu.

Sesungguhnya Allah itu Maha penyayang. Dia hadirkan seorang lelaki untuk berdampingan dengan Husna bagi meneruskan kehidupannya. Sehingga kini Husna mengecapi bahagia bersama.

Husna kesat air jernih yang mula bertakung di tubir matanya.

"Are you okay sayang?" soal Idrees. Husna mengangguk.

"Rindu..." jawab Husna.

Idrees tarik Husna masuk ke dalam pelukannya. Dia kucup dahi Husna lama.

"Abang pun rindu ibu."

"Kita mampu kirim doa je, kan abang." Idrees mengangguk.

Dia usap belakang badan isterinya.

"Abang..."

"Ye sayang."

"Kita ada lagi seorang insan yang boleh kita jaga sebaiknya. Boleh dijadikan ladang pahala kita." Kata Husna lembut.

"What do you mean?"

"Daddy... Kita perlu jalankan peranan dan tanggungjawab kita sebagai anak pada daddy sebaiknya."

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now