BAB 2

148 14 0
                                    

Suasana rumah banglo dua tingkat dengan saiz sederhana ini begitu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan sempena majlis akikah Ilman Heidir. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga juga kenalan terdekat. Idrees dan Husna teruja menerima kehadiran tetamu mereka.

"Assalamualaikum..." Kedengaran suara tetamu memberi salam di pintu pagar utama.

"Waalaikumsalam. Ustaz, ustazah jemput masuk. Aisyah pun ada." Sapa Idrees.

Kedatangan Ustaz Karim dan Ustazah Naimah ditunggu-tunggu sejak tadi. Husna sudah beberapa kali bertanya tentang mereka.

"Husna dengan Ilman mana, Idrees?"

"Dekat dalam Ustazah. Dari tadi dia sibuk bertanya mana ustazah dengan ustaz."

Ustazah Naimah pamer senyum lebar. Baginya Husna sudah seperti anaknya sendiri memandangkan Husna juga anak yatim piatu.

"Itulah... Dua tiga kali Kak Una call Aisyah tadi. Aisyah silent phone. Tak dengar." Kata Aisyah.
Husna memang rapat dengan Aisyah dan Ustazah Naimah. Terhutang budi dengan Aisyah yang sanggup menemannya sehingga ke Mekah dan Madinah dalam misi memujuk suaminya dulu.

"Jemput masuk ye." Pelawa Idrees.

Ustazah Naimah dan Aisyah melangkah masuk ke dalam rumah manakala Ustaz Karim dan Idrees terus ke khemah yang menyediakan hidangan untuk kenduri hari ini.

"Ustazah... Aisyah..."

Jerit Husna yang teruja melihat ketibaan dua orang yang dia tunggu sejak tadi. Mereka inilah keluarga Husna sekarang ini setelah dia kehilangan mama dan abah. Tempat Husna mengadu nasib dan menumpang kasih.

"Hiish mummy Ilman ni terjerit macam dah tak jumpa kami setahun. Padahal minggu lepas baru je jumpa." Kata Ustazah Naimah. Husna tersengih.

"Seminggu pun dah rindu tau." Mereka bertiga bersalaman sambil berpelukan.

"Manja mengalahkan Ilman." Ustazah Naimah usap belakang badan Husna.

"Letih la Abang Idrees nak layan dua baby kan Umi." Aisyah mengusik Husna.

Husna jegilkan matanya. Aisyah terkekeh ketawa.

"Mana Ilman Una?"

"Ada dekat sana tadi dengan Hawa. Jom kita makan dulu Ustazah... Aisyah..." Husna mempelawa tetamunya menjamu selera dahulu sebelum mereka sambung berbual panjang.

"Jom lah."

Mereka bertiga melangkah keluar menuju ke arah khemah tempat semua tetamu menjamu selera. Selepas mengambil makanan mereka memilih tempat duduk yang agak jauh dari tetamu lelaki supaya lebih selesa untuk makan lebih-lebih lagi untuk Aisyah yang berniqab. Dari jauh Husna dapat lihat daddy dan abang iparnya Vincent baru sahaja sampai. Husna bangun dari kerusi.

"Ustazah dengan Aisyah makan dulu ye. Una nak jumpa daddy dengan Abang Vincent sekejap."

"yelah... Pergilah Una." Jawab Ustazah Naimah.

Husna bersalaman dengan bapa mentuanya Dato' Maliq Yap. Idrees memeluk erat daddy dan abang kandungnya Vincent.

"Daddy dengan Abang Vincent makan dulu. Ilman ada dekat dalam dengan Hawa."

"Ye lah Una. Daddy pun dah lapar. Dari tadi tunggu Vincent lambat sangat." Rungut daddy.

"I ada kerja la daddy." Vincent menjawab tak puas hati bila daddy tak habis-habis menyalahkannya sejak tadi.

"Dengan daddy pun nak gaduh ke bro?" kata Idrees sambil ketawa. Geli hati melihat Vincent dan Dato' Maliq yang sering berkelahi. Ada sahaja yang tak kena.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now