BAB 8

75 7 0
                                    

Pertama kali dalam seumur hidup Idrees dia dapat melihat daddynya solat. Menitis air matanya. Walaupun daddy sekadar mengikut pergerakannya sahaja kerana daddy langsung tidak tahu bacaan dalam solat. Namun itu sudah cukup membuatkan Idrees memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT. Sempat dia titipkan doa agar daddynya istiqomah dalam menempuh kehidupan barunya sehingga akhir hayat.

Usai membaca doa mereka berdua saling berpelukan. Mengalir lagi airmata di pipi Dato' Maliq.

"Daddy banyak buat dosa Mika. Boleh ke Allah terima daddy?" sayu soalan yang terluah.

"InsyaAllah daddy. Allah itu bersifat Al- Ghaffar iaitu Maha Pengampun. Banyakkan beristighfar pada-Nya."
Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun."~ Surah Nuh : 10

"Terima kasih Mika. Daddy perlukan Mika. Bimbinglah daddy sebaiknya Mika."
Idrees Mikhael tersenyum manis.

"Kita sama-sama belajar ye daddy. Nanti Mika bawa daddy pergi belajar sama-sama dengan Ustaz Karim dan kawan-kawan dia." Idrees usap belakang badan daddynya.

Tak lama kemudian muncul Husna sambil mendukung Ilman.

"Daddy, abang... Jom makan. Makanan dah siap hidang."

"Elok sangatlah tu. Daddy pun dah rasa lapar. Makan ramai-ramai ni baru berselera."

Dato' Maliq mula atur langkah mahu keluar dari biliknya. Idrees Mikhael hanya berdiam diri. Dia ekori langkah daddy tanpa memandang langsung ke arah isterinya.

Sewaktu makan malam Vincent turut serta. Idrees hanya berbual mesra dengan Dato' Maliq seolah Vincent dan Husna tidak wujud di situ.

"Bro... kau ada masalah dengan aku ke?" soal Vincent sebaik mereka selesai makan malam.

Idrees mendongak memandang Vincent yang berdiri menghadapnya. Tika itu Idrees sedang duduk santai di sofa di ruang tamu sambal membelek telefonnya.

Dato' Maliq sudah naik ke tingkat atas begitu juga dengan Husna. Mereka mengambil keputusan untuk tidur di rumah daddy malam itu.

"Aku okay je. Tak ada masalah dengan kau. Kenapa?" jawab Idrees selamba. Dia sambung membelek telefonnya.

"Eh bro! Kau jangan nak berpura-pura. Cara kau pandang aku pun aku dah tau la bro."

"Apa yang kau tau?" Idrees letak telefon di atas meja di sebelahnya. Dia pandang tepat wajah Vincent.

"Kau la... Kau tak puas hati dengan aku kan?"

"Apa hal pulak aku tak puas hati dengan kau. Aku okay je."

"Kau marah aku berbual dengan wife kau ke?" tebak Vincent.

Dia dapat rasakan Idrees tak puas hati bila dia berbual mesra dengan Husna.

"Siapa cakap dengan kau macam tu? Husna?"

"Kau jangan nak libatkan Husna. Aku dah cukup kenal kau bro. Tak boleh orang usik sikit hak kau." Vincent layangkan senyuman sinis. Sengaja menyakitkan hati Idrees adiknya.

Serta merta Idrees bangun dari duduknya. Mereka berdiri berhadapan. Nampak riak marah terpamer di wajah Idrees.

"Habis tu kalau kau dah tau kenapa kau buat? Kau sengaja nak cari pasal dengan aku kan?"

"Walaweh... Protektif giler kau kan. Rilek la bro. Husna tu adik ipar aku kot. Aku anggap dia sama macam kau."

"Apa pun kau anggap, dia tetap adik ipar kau je Vincent. Masih ada ikhtilat yang kau kena jaga."

"Apa ikh... apa tu? Aku tak faham." Idrees garu kepala.

'Haishh... susah la cakap dengan cina ni.' Bisik Idrees dalam hati.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now