BAB 18

96 8 0
                                    

Husna belek kit ujian kehamilan yang dia letakkan di atas sinki di dalam bilik air. Senyum lebar terpamer di
wajahnya. Hasrat dia dan Idrees mahu memiliki anak kedua dimakbulkan Allah SWT. Husna keluar dari bilik air. Dia melangkah ke arah suaminya yang sedang leka menyikat rambut di depan meja solek. Dia peluk suaminya dari belakang. Tangan melingkar erat di pinggang Idrees Mikhael.

"Kenapa sayang?" Soal Idrees sedikit pelik."

"I'm pregnant."

Serta merta Idrees pusingkan tubuh menghadap Husna. Dia kucup dahi Husna lama.

"Alhamdulillah. Allah makbulkan permintaan kita."

Husna senyum dia sambung memeluk suaminya. Kepala melekap di dada bidang suami. Rasa selesa begitu.

"Tak macam cepat sangat ke? Ilman baru nak masuk setahun." Kata Husna.

"InsyaAllah okay. Nanti kita cari pembantu full time yang duduk dengan kita nak?" Cadang Idrees.

Semoga cadangannya boleh memudahkan urusan isterinya walaupun dia agak tidak selesa ada orang luar dalam rumah mereka.

"Tak nak lah. Susah nak manja-manja dengan abang nanti."

Cepat Husna menolak cadangan suaminya. Idrees ketawa. Lain pula yang difikirkan Husna.

"Sayang tak ada teringin nak makan apa-apa ke?"

"Ermm... mee kari dengan patin masak tempoyak. Nak kedai yang abang bawa Una sebelum kita kahwin dulu." Jawab Husna.

"Erkk... kena pergi Temerloh la ni?" Soal Idrees.

"Tak boleh ke? Dulu masa nak mengurat Una boleh je abang bawa. Surprise pulak tu." Bebel Husna.

Dia renggangkan pelukan. Husna melangkah duduk di birai katil.

"Ish mestilah boleh. Untuk isteri abang mesti boleh. Tapi kan, abang pernah ke mengurat sayang?"
Husna jeling suaminya.

"Tak pernah. Abang tak mengurat tapi paksa." Jawab Husna lalu terkekeh ketawa.

Bila teringat kenangan lalu sebelum dia berkahwin dengan Idrees pasti dia akan ketawa. Bila benci dah jadi cinta. Tak sia-sia jadi isteri kepada lelaki misteri tu. Tak sangka lelaki keras kejung itu rupanya seorang suami yang penyayang dan teramatlah baik.

"Kalau tak paksa dulu susah sangat nak terima. Sibuk kejar mamat sikat tepi tu." Kata Idrees lalu tersengih.

"Kat mana mamat tu sekarang ni abang?"

"Dah pindah ke Sabah. Dia yang minta pindah tempat kerja. Tak sanggup nak tengok ex girlfriend dia ni bahagia dengan boss dia sendiri agaknya." Jawab Idrees.

"Tak apa lah. Dia kena kerja sebab nak bantu keluarga dia. Nanti dia jumpa la jodoh kat sana. Confirm dia tak balik sini dah." Kata Husna.

Mereka berdua ketawa mengenang memori lama. Semuanya adalah ketentuan takdir. Keinginan yang terlalu kuat untuk memiliki Husna membuatkan Idrees melakukan apa sahaja sehingga keinginannya tercapai juga akhirnya. Usahanya langsung tidak sia-sia. Kini dia rasa sangat bahagia dengan pilihan hatinya.

Tuk! tuk! tuk!

Pintu biliknya diketuk. Husna bangun ke arah almari mahu menyarung tudung. Idrees pula melangkah ke arah pintu bilik lalu memulas timbol pintu.

"Hai bro... bahagia betul kau orang berdua honeymoon kan. Aku pulak jadi baby sitter si Ilman ni." Muncul Vincent sambil mendukung Ilman yang nampak gembira dengan unclenya.

"Okay lah bro, aku bagi peluang kau belajar jaga baby dulu. Nanti senang." jawab Idrees sambil ketawa.

"Arhh... banyak la kau. Aku calon bini pun tak ada lagi ni. Kau sembang pasal anak pulak."

"Slow...slow... la. Nanti ada la yang sesuai dengan kau tu. Buka sikit hati tu." Idrees tepuk- tepuk bahu abangnya.

"Dah la malas aku nak sembang hal macam ni. Daddy tunggu kat bawah nak makan sekali. Sudah-sudah la kau nak manja-manja dengan Husna. Ingat sikit kau tu dah jadi bapak budak." Kata Vincent lalu melangkah turun ke tingkat bawah meninggalkan Idrees di kuka pintu dengan senyuman lebar.

"Kenapa abang?"

"Daddy tunggu kat bawah. Nak breakfast sama-sama. Jom."

Mereka berdua menapak turun ke tingkat bawah.
Sampai di meja makan masing-masing mengambil tempat duduk. Ilman duduk di kerusi bayi sebelah uncle Vincentnya. Dia nampak gembira betul dengan kehadiran Vincent.

"Ilman dah lupakan mummy bila ada uncle." Kata Husna memandang ke arah anaknya. Masing-masing ketawa. Ilman turut ketawa.

"Ilman dah pandai bawa diri. Dia tau dia nak jadi abang." Kata Idrees pula. Dato' Maliq dan Vincent serentak memandang Idrees. Idrees mengangguk.

"Yup! She's pregnant." Kata Idrees. Husna menunduk.

"Owh... patut la ada adegan lari rumah. Pembawakan rupanya." Kata Vincent sengaja mengusik adik iparnya.

"Apa abang Vincent ni. Lari rumah tu sebab sakit hati tau tak. Merajuk."

"Kali ni mesti baby girl." Vincent membuat telahan.

"Kenapa?" Serentak Husna dan Idrees bertanya.

"Masa Ilman kau yang lari bro, kali ni Una yang lari. So, confirm yang ni girl." Pecah tawa mereka di situ. Husna menunduk menahan malu. Ada benarnya telahan abang iparnya itu.

"Cukuplah mummy daddy Ilman je buat macam ni. Jangan cucu tok daddy ikut perangai mummy daddy dia dah la." Kata Dato' Maliq diselangi tawa. Terhibur hatinya dengan ragam anak menantunya.

"Nasib baik kali ni Una lari dekat rumah daddy je. Buatnya dia lari kat Mekah macam Mika ramai-ramai la kita kena pergi sana buat umrah sekali." Sambung Vincent lagi.

"Amboii... suka eh kau bro kenakan kita orang. Kau tak kahwin lagi boleh la gelak-gelak. Dah kahwin nanti baru kau tau macam mana rasanya."
"Aku nanti tak main la lari-lari macam kau orang berdua ni. Macam budak-budak." Mereka sambung tawa lagi.

Riuh rumah banglo Dato' Maliq dengan hilai tawa mereka sekeluarga. Lepas satu cerita ke satu cerita. Mengisi masa yang ada bersama menikmati rasa bahagia yang dikurnia Allah SWT.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now